Jika anda ingin memasuki ke rumah baru atau pindah rumah sama ada rumah sendiri atau sewa dan kosong, anda tidak digalakkan masuk begitu sahaja tanpa sebarang amalan atau doa yang telah diamalkan oleh orang-orang Islam.

Sebelum berpindah, anda perlu membuat persiapan yang sewajarnya dan banyak perkara penting yang perlu anda diambil kira dan harus disenaraikan sebelum pindah rumah. Terkadang apabila nak pindah ke rumah sendiri kita pasti akan lupa tentang pantang larang dan syarat-syarat untuk memasuki rumah baru yang akan kita duduki itu. Oleh itu, beringatlah sebelum sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku kepada diri kita atau pun ahli keluarga.

Amalan dan Doa Pindah Rumah Baru

Sama Ada Rumah Sewa Atau Rumah Baru, Ini 5 Adab & Amalan Pindah Rumah Mengikut Cara Islam

Berikut adalah tips dan panduan untuk masuk ke rumah baru yang akan anda duduki. Adab dan amalan serta doa semasa pindah rumah dengan tujuan untuk mengingatkan sesama kita sewaktu ingin memindah rumah. Samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga perkongsian ini memberi manfaat.

1. Azan

Sama Ada Rumah Sewa Atau Rumah Baru, Ini 5 Adab & Amalan Pindah Rumah Mengikut Cara Islam

Ads

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

Ads

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Sama Ada Rumah Sewa Atau Rumah Baru, Ini 5 Adab & Amalan Pindah Rumah Mengikut Cara Islam

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Sama Ada Rumah Sewa Atau Rumah Baru, Ini 5 Adab & Amalan Pindah Rumah Mengikut Cara Islam

Ads

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:

Sama Ada Rumah Sewa Atau Rumah Baru, Ini 5 Adab & Amalan Pindah Rumah Mengikut Cara Islam

  • Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas).
  • Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
  • Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…

SUMBER: Mohd Khairul Ikhwan Ahmad

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI