Sumber Gambar: Jakel & fashionvalet

Sudah menjadi tradisi masyarakat Malaysia mengadakan jamuan rumah terbuka, maklumlah raya sebulan, pasti hujung minggu di penuhi dengan jemputan. Masih belum terlambat lagi Hijabista kongsi adab-adab hadir rumah terbuka.

Ramai antara kita lupa adab-adab menghadiri majlis ini.Perkongsian ini panduan untuk kita bersama agar tidak melukakan hati tuan rumah.

1. Betulkan Niat Dan Tujuan

Mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga itu tujuan sebaiknya apabila kita memenuhi undangan rumah terbuka. Hindari daripada menghadiri majlis tersebut dengan niat dan tujuan tersembunyi seperti untuk menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan berjenama yang dipakai. Jagalah niat dan iman agar tidak terpesong.

2. Mematuhi Masa

Masa amat penting di mana kita harus tahu waktu Majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Maka hadirlah pada waktu yang tepat dan patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur / tuan rumah.

Ads

3. Menjaga Aurat & Pergaulan

Hormatilah orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat bagi Muslim ketika menghadiri rumah terbuka. Jaga pergaulan di dalam rumah terbuka kerana di dalam rumah mereka mungkin terdapat ahli keluarga yang tidak mengenali sikap anda.

4. Hormati & Doakan Tuan Rumah

Ketika sampai ke majlis rumah terbuka, berilah salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan mintalah izin untuk masuk sambil menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalaman serta bertanya khabar. Begitu juga apabila pulang nanti, janganlah terus pergi begitu sahaja, bertemulah tuan rumah terlebih dahulu untuk meminta izin berundur dan bagi mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan serta mendoakannya supaya murah rezeki dan diberkati usia mereka sekeluarga.

Ads

5. Menjaga Akhlak Dan Tingkah Laku

Akhlak dan tingkah laku haruslah dijaga semasa berada di majlis rumah terbuka. Sewajarnya dielakkan daripada bersikap bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk, sombong, riak, dan takabur.

6. Jaga Adab Makan

Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Ingatkan orang yang datang kemudian dan jangan suka membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir itu adalah amalan syaitan. Sekiranya anda mempunyai penyakit dan alahan, makanlah makanan yang sihat dan tidak melanggar pantang.

Ads

7. Memendekkan Tempoh Ziarah

Pendekkanlah tempoh ziarah ke rumah terbuka. Jangan duduk terlalu lama berjam-jam ketika berkunjung ke majlis tersebut hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad

8. Jangan Mengata

Selepas pulang dari rumah terbuka janganlah pula mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi. Sama ada dari segi layanan, kemewahan, perhiasan atau makanan yang dihidangkan. Namun sebagai tetamu, kita haruslah bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.

9. Utamakan Solat

Ketika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga melalaikan untuk tunaikan solat. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI