Imam al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Ha Mim ad-Dukhan’ dan ‘Yasin’, jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni.”
Al-Ishbihani meriwayatkan dengan lafaz :
“Sesiapa yang membaca ‘Yasin’ pada malam Jumaat dia diberi keampunan.” – [Hadith ini disebutkan oleh Imam al-Munziri di dalam kitab al-Targhib dengan katanya; “Hadith ini diriwayatkan oleh al-Ishbihani.”
Inilah antara dalilnya bagi pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana diamalkan sekian lama oleh umat Islam di Alam Melayu-Nusantara, walau pun terdapat hadith-hadith lain yang menyarankan pada malam Jumaat juga dianjurkan membaca surah ad-Dukhan, al-Baqarah, Ali-‘Imran, dan al-Kahfi dengan kelebihannya yang tersendiri.
Pemilihan surah Yasin yang dijadikan amalan membacanya secara beramai-ramai pada malam Jumaat adalah kerana surahnya tidak terlalu panjang dan bersesuaian pula dibacakan pada waktu ruang antara selesai solat Maghrib dan sebelum waktu solat Isya. Manakala, surah-surah lain itu pula boleh dibuat secara bersendiri mengikut kemampuan masing-masing.
Ads
Sementara itu, surah al-Kahfi pula boleh diamalkan pembacaannya secara beramai-ramai selepas selesai solat Subuh berjemaah, iaitu sejurus selepas berwirid dan berdoa, kerana ruang itu memadai bagi menghabiskan surah al-Kahfi sebelum menunaikan solat sunat Dhuha. Ia juga boleh dibaca sebelum sampai waktu solat Jumaat.
Pembacaan surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat ini berdasarkan beberapa hadith, sebagaimana disarankan oleh Baginda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, antaranya :
Al-Hakim dan al-Baihaqi telah mentakhrijkan daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, sabda Baginda :
Ads
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan mendapat cahaya di sepanjang masa di antara dua Jumaat.” – [Al-Hakim berkata : “Hadith ini sahih.” Ibnu Hajar berkata : “Hadith ini adalah hadith hasan dan ia hadith yang terkuat mengenai surah al-Kahfi.”
Sa’id bin Mansur telah mentakhrijkan hadith mauquf daripada Abu Sa’id al-Khudri dengan lafaz :
“Dia akan mendapat cahaya di antara tempatnya dengan Kaabah.”
Sa’id bin Mansur juga mentakhrijkan daripada Khalid bin Ma’dan katanya : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebelum munculnya imam [pada hari Jumaat], dia akan mendapat kaffarah dosanya di antaranya dengan Jumaat itu dan cahayanya sampai ke Kaabah.”
Ads
Ibnu Mardaweih telah mentakhrijkan daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah sehingga ke langit tinggi meneranginya pada Hari Kiamat dan dia diberi keampunan [terhadap dosanya] di antara dua Jumaat.”
Berdasarkan pada huraian serba ringkas ini, diharapkan tidak akan ada lagi perbalahan antara sesama umat Islam mengenai isu ini sekali gus mempertikaikan pula pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam di Alam Melayu-Nusantara ini secara istiqamah.
Moga bermanfaat. Apa yang penting ialah kita teruskan beramal demi mencapai keredaan Allah ‘Azza wa Jalla, kerana perbalahan dalam perkara yang kecil dan khilafiyah sifatnya ini tidak membawa sebarang manfaat, melainkan umat ini hanya tergelincir dalam perkara sia-sia. Wallahu a’lam.
Sejak mengumumkan sudah berkahwin, pasangan ini dilihat begitu romantis sekali. Dalam mood percutian ‘honeymoon’, kedua-duanya seakan tidak boleh berenggang dan sifat manja pasangan ini begitu terserlah dalam video yang dimuat turun netizen di laman sosial. Inilah yang dikatakan nikmatnya bercinta selepah nikah. Pasangan yang selamat bergelar suami isteri 27 November lalu kini jadi perhatian dan dianggap antara yang trending. Apakah keistimewaan Fattah hingga mampu menawan hati Fazura yang dikatakan sebelum ini begitu tegar memikirkan soal kerja.
Mungkin ciri-ciri lelaki sebegini yang perlu wanita di luar sana cari untuk memilih calon suami. Maklumlah tidak mudah mencari mereka yang jujur dan betul-betul mencintai pasangan mereka seadanya.
Dalam satu temu bual, Fazura mendedahkan 4 perkara istimewa suami pilihannya ini.
1. Seorang lelaki yang berani
“Bila jumpa dengan Fattah, dia seorang lelaki paling berani pernah saya jumpa. Dia memang sangat consistent, sampai bagi bunga dekat KL Fashion Week tu something yang Wow. Saya sendiri tak sangka.”
Umum mengetahui, Fattah Amin sangat utamakan keluarganya dalam setiap perkara. Baru-baru ini, Fattah Amin, merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH menerima hadiah kereta Peugeot 408 dan menghadiahkan kereta tersebut kepada ibu bapanya.
“Sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang setia dan yang ada agama. Boleh membimbing kita. Allah telah mengejutkan saya bahawasanya selama ni jodoh saya adalah orang di dalam industri. Sebagai isteri saya bangga kerana mempunyai seorang suami yang baik seperti dia.”
Empat ciri inilah yang menyebabkan si dia boleh jatuh hati. Dan rasanya empat ciri ini sudah memadai jika ada di kalangan hijabi yang mahu mencari calon suami.
Apa yang penting bakal suami itu seorang yang mempunyai ilmu agama dan begitu mementingkan keluarga. Jika ada ciri-ciri ini usah berpaling untuk mencari orang lain. Insya-Allah.
Dewasa ini sudah banyak kita lihat masyarakat kita terdedah pada masalah depresi atau kemurungan yang berpanjangan. Malah lebih teruk lagi kesannya boleh menyebabkan kematian pada orang lain dan biasanya dalam kalangan ahli keluarga. Apa agaknya simptom kepada masalah kemurungan ini yang jika kita boleh elakkan daripada memudharatkan diri sendiri. Perkongsian wanita ini di laman twitter memberitahu pengalamannya berdepan masalah ini sehingga terfikir untuk membunuh diri.
Menurut wanita ini Hannah Fawwazah yang juga seorang ‘backpacker’ dia disahkan mengalami kemurungan ini pada tahun 2016 ketika menetap di USA. Dan sejak itu dia terus mendapatkan rawatan (diberi ubat) oleh pakar psikitari hingga sekarang.
Sebelum ini memang yang ramai orang berkata dia kelihatan gembira setiap kali bergambar dalam Instagram. Tetapi sebenarnya dia menderita setiap hari dan setiap saat. Dia tidak mahu menambah kesakitan yang memang dirasai dalam hdupnya.
Ayuh kita selami thread yang ditulis sepanjang pengalamannya berdepan dengan masalah ini.
‘Depression’ langsung tak sama dengan ‘stress’ biasa.
Memang jenis tak kuat.
So apa yang kau boleh buat.
Disahkan alami ketika tahun 2016 lagi sewaktu menetap di USA.
Kalau keluarga tak sokong, jangan berada di sekeliling mereka.
Paling penting kena jumpa psikiatri.
Oleh kerana threadnya mengenai kemurungan ini hingga mendapat retweet hampir 10 ribu dan butang like lebih 6 ribu, ramai yang telah DM padanya untuk bertanya lebih lanjut mengenai masalah ini.
Wanita yang menggunakan akaun di twitter Hannah On Earth ini kemudiannya tidak keberatan berkongsi simptom yang dialami sepajang mengalami kemurungan ini.
Buat penyelidikan atau baca artikel berkaitan.
Minta orang tersayang beri kata-kata semangat. Dia juga turut menghabiskan masa dengan pergi ke pusat perlindungan haiwan dan ia berkesan.
Turut menjaga haiwan peliharaan sendiri iaitu seekor tikus belanda.
Jangan sesekali ada rasa bersalah dalam diri. Menangislah bila terasa mahu menangis.
Tapi belum sampai nak cederakan diri. Kalau ada pemikiran begitu cepat-cepat cari orang lain untuk bersama mereka.
‘Stress’ berpanjangan juga akan menyebabkan bertukar kepada ‘depression’. Jadi bila dapat ubat terus kena makan.
Terus makan ubat dan jangan berhenti. Untuk kurangkan beban bukan merawat dan ia adalah salah satu usaha.
Sebagai kawan baik, sentiasalah berada di sisi mereka yang ada masalah ini. Banyakkan bersabar dan doakan mereka yang baik-baik sahaja.
Ini sebenarnya yang dialami oleh wanita ini sepanjang alami kemurungan.
Tidak suka keluar rumah jumpa orang.
Alami sakit yang tak sembuh, batuk dan badan jadi lembik.
Bukan senang untuk kita sebagai suami isteri mempertahan sebuah perkahwinan yang dibina. Pastinya pelbagai ranjau dan onak duri yang perlu dihadapi sepanjang usia perkahwinan. Perlu ada sikap tolak ansur, saling sayang menyayangi dan kerjasama agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke jannah. Suami sebagai ketua keluarga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Jangan anggap isteri sebagai hamba abdi, atau orang suruhan kerana wanita inilah yang akan menjaga zuriat hasil perkahwinan anda berdua. Kalau sayang, layan dan belailah mereka seperti seorang Raja.
Perkongsian lelaki ini di laman sosial ini juga boleh dijadikan panduan buat pasangan yang baru berumah tangga atau yang sudah lama berkahwin. Pesanan Mizan Dzai memang cukup menyedarkan bahawa isteri itu insan paling mulia dan jangan memperlakukan sesuka hati. Tanpa kehadirannya hidup berumah tangga seperti tidak lengkap dan tiada indahnya.
KENA KONGSI SEGALANYA
Sebenarnya, perkahwinan dan kehidupan aku tak seindah yang kau orang sangkakan. Bohong kalau aku tak pernah bergaduh dengan isteri, bohong kalau aku sentiasa berduit, bohong kalau bisnes-bisnes aku tak pernah ada masalah.
Ramai orang PM aku bertanyakan tips, nampak hidup aku indah, kononnya aku suami yang penyayang dan ada bisnes-bisnes yang maju, katanya aku ada anak-anak yang comel ikut El yang berkacukan Arab.
Orang nampak kita senang, orang tak tahu susah kita macam mana. Hidup ni bukan seindah drama pukul 7 tapi hidup ni cukup indah kalau kita bersyukur dengan cabaran dan dugaan yang mendatang. Bagi aku, kunci kebahagiaan dan kejayaan adalah bermula dengan bersyukur.
PERNAH GADUH BESAR
Siapa kata aku tak pernah bergaduh besar dengan El? Dia jenis yang tak banyak cakap, susah nak membebel dan dia akan pendam kalau terasa dengan aku sampai aku jadi bengang kekadang.
Mana taknya, aku dok fikir apa salah yang aku buat sampai salam yang patutnya cium tangan pakai mulut tapi dia pakai dahi. Cramp otak aku asik fikir apa aku buat, aku ada pergi rumah urut tanpa sedar ke apa semalam?
Untunglah kalau kau ada pasangan yang suka membebel atau meluahkan perasaan sebab mudah untuk kau tahu apa masalah atau kesalahan yang perlu kau baiki. Macam aku ni, sampai ke lubang cacing kena korek sendiri.
Menurut Ustaz Abdullah Khairi, kaum wanita ni bercakap 26,000 patah perkataan sehari tapi El 260 patah perkataan je sehari aku rasa. Dia lain, sebab tu aku cintakan dia sangat-sangat.
Kekadang sampai menangis El aku paksa bagitahu apa salah aku. Tak adil untuk aku dihukum tanpa aku tahu cerita sebenar atau disedarkan bahawa aku dah buat silap atau benda yang dia tak suka.
KENA UTAMAKAN KELUARGA
Nak kata aku tak utamakan keluarga, sebelum ayam habis aku dah topap yang baru termasuk kepala dengan tongkeng sekali. Nak kata susu Farrel habis, aku jenis yang beli satu kotak terus.
Nak kata barang makeup habis, aku simpan wax dan sikat dalam beg makeup El supaya aku tahu apa bekas yang dah ringan dan perlu aku tanya bila nak pergi beli. Tekan punya tekan, rupanya aku balik lambat dan asik pegang phone memanjang. Alahai sayang.
Perempuan ni tak faham yang kita sibuk sekarang sementara masih muda dan kuat supaya nanti ada masa untuk keluarga, untuk kesenangan mereka. Tapi menjadi tugas kita sebagai suami untuk bagi dia faham.
Mana dia nak faham, kau kerja asik stalk Instagram ex girlfriend kau, asik like, PM yang bukan-bukan dan komen kat Facebook awek lain. Perempuan gila je boleh faham sebab apa yang kau buat tu kerja gila bang walaupun bagi kita yang lelaki ni sekadar berkawan, sekadar mengusik.
Dia takkan faham kalau kau kantoi karaoke sambil peluk rama-rama kanan kiri sambil bergesek atau pergi Crown berkali-kali bang. Sudah-sudahlah, kalau roger aku sekali tak apa juga kah kah.
Bukan tak nak bagi berdikari tapi aku jarang bagi El keluar kecuali ada teman terutama beli barang keperluan dia atau rumah secara sendirian. Selalu aku minta untuk tunggu aku sebab lunyai dia kena belasah dengan Farrel nanti.
Anak aku, aku tahu lasak dia MashaAllah! Kalau tangan dia pun dia boleh masukkan dalam ekzos kereta lepas tu jilat, kalau iPhone 7 Plus Red Edition bini aku pun aku boleh jumpa dalam air baldi mop, kau rasa mak dia kena lanyak macam mana nanti?
PENAT URUS RUMAH TANGGA
Bukannya sebagai beban tapi terkial-kial dia nanti nak jaga anak-anak kat luar, bukan senang dengan stroller 4mom Origami yang macam motor LC 135 beratnya.
Nak topap bekas susu, pampers, baju spare, air panas air suamnya lagi, kena make sure atau tunggu anak-anak berak dulu sebelum keluar supaya tak cranky dalam kereta, dalam mall nanti. Kalau kau yang bekerja kata sibuk dan tak ada masa, aku jamin aku 5x lagi sibuk dari kau.
Cuma kita sebagai suami kena ingat, kita terlalu meremehkan hal-hal di dalam rumah seperti tentang perkembangan anak-anak, kepenatan isteri jaga makan pakai kita, barang mandi atau perhiasan isteri dah habis, stokin dan spender campak merata dll.
Penat weh urus rumahtangga sebenarnya, dulu masa Farrel lahir aku jaga El pantang dan uruskan hal rumah pun penat. Sekarang bila Aldric lahir, aku uruskan Farrel yang cranky gila sebab ada adik plus El tengah berpantang lagilah 10x ganda penat.
Tapi itulah kita sebagai suami, kalau tak bersedia nak berkorban jangan gatal nak anak orang. Ingat, lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang. Jangan asal balik kerja balik melepak, kau goyang kaki goyang telor, tau-tau semua dah terhidang.
Tengah malam yang kau tahu nak pakai isteri. Dia separuh nyawa bersilat dari siang sampai ke malam kau tak fikir? Time ni pandai pula cakap isteri walau atas unta sekalipun wajib layan suami.
Habis tu sediakan keperluan, mengemas, memasak kau ingat dalam Islam tugas isteri? Banyak kau punya lawa ya, tugas isteri ni melayan suami dan anak-anak je sebenarnya bang.
Bawa-bawalah kurangkan melepak malam kalau tak mendatangkan faedah. Apa yang kau nak malu sangat member cakap #SalamGari atau bini singa? Bukan member basuh spender kau bang. Bukan member yang tahan lapar bila kau tak ada duit nak beli barang dapur.
ISTERI BUKAN HAMBA
Suka aku pesan, member ada hadnya. Member ada tempatnya. Isteri bukan hamba tapi adalah separuh jiwa. Kau abaikan isteri sama macam kau tengok bapak kau abaikan mak kau. Suka?
Kalau kau tak ada member yang dok sindir, yang tak nak paham tugas sebagai suami tu, kau tak rugi satu sen pun bang. Jangan kawan dia. Kalau dok ejek kau juga, kau starlight kan je. Bangang.
Anak-anak tengok layanan kau pada isteri, dia orang ingat macam mana kau buat pada mak dia orang. Dah tua esok, nangis air mata darah pun dah tak guna kalau anak anak ketepikan kau dan utamakan member-member dia yang tak ada masa depan dan bawa pengaruh yang buruk.
Belum terlambat untuk kita buat isteri kembali tersenyum macam mula-mula kahwin dulu. Tiada istilah terlambat selagi nyawa masih dikandung badan, belum terlambat selagi pernikahan masih halal dan penceraian belum difailkan.
Bahagia ni bila kau bertolak ansur, bahagia ni bila saling memahami satu sama lain dan bahagia ni bukan hanya suami yang bersenang-lenang. Ianya bukan sekadar kau cantik, bukan sekadar kau hebat berniaga.
Kau kongsilah segalanya dengan pasangan terutama dari segi kewangan. Ini sangat penting supaya suami atau isteri faham situasi dan gelora yang sedang melanda keluarga. In shaa Allah segalanya akan dapat diatasi.
Kalau bukan kebahagiaan untuk kedua-dua pihak yang kau cari, tanya diri sendiri untuk apa kau berkahwin kerana sesebuah perkahwinan itu adalah satu perkongsian.
Kau patut bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan ibu yang baik lagi penyayang. Betul kata Nabi, pilihan yang mendapat restu ibu bapa dan Ilahi akan membuahkan keberkatan. Dia seorang yang penyabar.
TAK PUTUS BAGI SEMANGAT
Kesabarannya itu menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan kau bang. Dia mula sanggup berkongsi masa dengan kerja, kawan atau hobi kau tanpa mengeluh.
Dia sanggup menunggu kepulangan kau walaupun telah larut malam demi kelangsungan periuk nasi keluarga dan mereka-mereka yang bekerja dibawah kau.
Dia tak pernah putus memberi semangat dan nasihat kepada kau hinggalah ke saat ini. Kita sebagai suami banyak terhutang budi dengan isteri.
Allah, peliharalah permaisuriku Eleena Arif ini, panjangkan umurnya, murahkan rezekinya dan bahagiakan kami seperti mana kau bahagiakan ibu bapa kami hingga ke syurgaMu.
Kalau ini pun kau tak boleh baca sampai habis, macam mana kau nak harap isteri faham dengan diri kau? Lapangkan dada, baca dengan fikiran yang positif in shaa Allah semoga ada manfaat untuk kita semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...