Sekarang ini seperti menjadi trend, setiap kali ada cuti panjang ramai antara kita terutama mereka yang bertugas sebagai guru mengambil peluang melawat beberapa tempat menarik di luar negara. Apatah lagi tiket tambang murah yang sering membuat promosi menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan bercuti sama ada secara group atau individu.
Tiada halangan atau alasan tiket mahal atau tidak tahu kerana sekarang semua maklumat kini hanya di hujung jari. Seperti perkongsian wanita ini yang juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah. Biarpun mengajar jauh di luar bandar demi anak bangsa, tetapi Haitun Kamarazaman tidak melepaskan peluang untuk berkembara di bumi asing setiap kali cuti persekolahan.
Dan sebagai seorang wanita Muslimah, guru yang mengajar di Sekolah Menengah Koyan dalam subjek Bahasa Melayu ini tetap tidak meninggalkan sesekali kewajipan bersolat. Baginya, tidak kira walau di mana berada, SOLAT itu adalah kewajipan dan tiada alasan untuk tidak menunaikannya.
Oleh sebab itu, jika pergi bercuti di tempat yang sukar untuk berjumpa masjid, beliau akan mempersiapkan segala keperluan dirinya untuk menunaikan kewajipan fardu itu. Sebelum ini, banyak sudah tempat yang dilawati seperti Osaka, Jepun, Paris, Belgium, Amsterdam dan banyak lagi. Dan sempena cuti Deepavali tempoh hari, beliau telah mengambil kesempatan bercuti ke beberapa tempat menarik di India.
Ads
Beliau pergi bersama rombongan guru dari Kuala Lipis dan turut membawa seorang anak lelakinya, Mohd Aidil Mukhreez. Memilih pergi ke India kerana mahu melihat sendiri keindahan alam semula jadi di beberapa kawasan terutama di Khasmir dan Taj Mahal yang merupakan satu daripada tujuh perkara ajaib di India. Beliau turut kagum dengan kegigihan saudara semuslim yang mencari rezeki di sana. Juga Kashmir dikatakan mempunyai cuaca sejuk dingin yang menyenangkan.
Jika dilihat dalam facebook miliknya, Haitun berpakaian seperti wanita Muslimah lengkap berstoking dan tudung labuh di hadapan Taj Mahal walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 32 darjah selsius. Sebenarnya ada sebab kenapa beliau berpakaian begitu. Menurutnya, ini adalah untuk memudahkan dia bersolat dan perlu menunjukkan identiti sebagai wanita Muslim walau di mana sahaja berada. Tiada alasan panas dan dia cukup selesa dan rasa lebih selamat berpakaian demikian.
“Saya memang dah banyak kali travel ke tempat orang. Memang setiap kali cuti sekolah saya akan berusaha untuk melihat negara luar kerana banyak pengalaman boleh kita peroleh sepanjang percutian itu nanti. Juga untuk tambah ilmu dan boleh kita kongsi kegembiraan itu dengan anak murid. Bukan setakat makan angin, tetapi sebelum menjelajah setiap inci saya akan membuat research terlebih dahulu. Misalnya daripada segi masyarakat, budaya, agama dan makanannya.
Ads
“Bagi saya tiada masalah pergi bercuti sementelah tubuh masih kuat dan sihat ini. Dan setiap kali bercuti juga saya memang akan bawa seorang anak. Biasanya ikut turn masing-masing dan tidak timbul pilih kasih. Tujuan saya cuma satu supaya dapat create memory bersama anak-anak dan mahu mereka menambah pengalaman melihat tempat orang. Namun sebelum pergi saya akan ingatkan anak-anak agar menjaga tingkah laku di tempat orang dan perlu ada sikap sabar sepanjang travel,” ujar Haitun juga seorang guru aktif yang bersukan.
Menurutnya juga, sepanjang berada di Khasmir dia tidak menghadapi masalah makanan kerana masyarakat di sini majoriti adalah Muslim. Cuma ketika berada di Delhi, rombongan mereka telah membawa bekalan seperti sambal hitam Lipis dan sambal bilis. Namun mereka semua tidak ada masalah untuk makan makanan vege.
Ads
“Sebenarnya setiap kali bercuti, saya memang sangat particular bab SOLAT. Oleh sebab itu, saya tak kisah berbaju kurung, stoking dan tudung labuh kerana memang memudahkan untuk solat. Tak perlu cari telekung kerana pakaian kita sudah menutup aurat. Biarlah apa orang kata janji ia menyenangkan untuk bersolat.
“Dan segala gambar yang saya post dalam FB milik peribadi bukan tujuan menunjuk, cuma sekadar berkongsi pengalaman bersama rakan lain. Tidak ada maksud lain yang boleh membawa kepada riak. Tambahan pula ramai rakan yang request untuk berkongsi gambar-gambar menarik semasa di luar negara.
“Kita tahu jika pergi ke tempat orang, memang agak sukar untuk bersolat tetapi jangan jadikan ia alasan untuk elak daripada melakukannya. Nasihat saya kepada mana-mana wanita Muslimah yang pergi bercuti tempat orang, jangan lupa untuk SOLAT dan kalau boleh teruskan amalan yang kita sudah biasa buat di rumah misalnya mengaji.
“Ini kerana dalam perjalanan ramai yang saya jumpa tidak menjaga SOLAT. Jadi kembara kita menjadi sia-sia andainya kita mengabaikan solat. Namun ada juga sahabat-sahabat yang tetap tidak meninggalkan amalan mengaji dan juga BERTAHAJJUD semasa berkembara”, jelasnya lagi yang tidak putus-putus mengingatkan kepada wanita agar memakai pakaian yang senang untuk bersolat jika TRAVEL.
Sebelum mengakhiri perbualan, ibu kepada 5 cahaya mata ini juga turut memberi tip bagaimana mengumpul duit secukupnya untuk pergi bercuti. Menurutnya, setiap bulan dia akan allocate sedikit wang gaji untuk keperluan pergi bercuti. Disiplin itu penting kerana nawaitu untuk melihat tempat orang sambil mengutip ilmu itu penting dan pasti segala urusan akan dipermudahkan Allah.
5 TIP PALING MUDAH KETIKA TRAVEL:
1. Set minda awal-awal sebab kita bukan berada di tempat sendiri.
2. Prepare ubat-ubatan.
3. Makanan kering dari Malaysia seperti serunding, sambal bilis dan sambal hitam sangat membantu selera. Bimbang jika perut tidak serasi dengan makanan luar.
4. Pakaian yang sesuai dan menutup aurat.
5. Bawa pen dan buku nota. Jangan lupa tulis segala catatan pengalaman.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menjadi kerisauan buat diri apabila kenangkan masa yang akan tiba sekiranya berlaku perkara yang tidak di duga. Mungkin anda boleh berada dalam keadaan miskin tanpa sedari.
Segala kemungkinan pasti akan menjadi persoalan penting di dalam kehidupan. Ada perkongsian yang boleh di amalkan untuk elakkan perkara ini berlaku.
Amalkan Lailaahaillallah 100 kali dalam sehari
Kekafiran dan kemiskinan membawa maksud di mana keadaan hidup yang ramai tidak mahu berada–ada yang bakal lihat kehidupan yang senang-lenang boleh jadi miskin. Jadi ramai yang tidak senang hati bila fikirkan tentang perkara ini.
Ya, apa-apa yang berlaku kita pasti tidak dapat elakkan, bahkan, ia sangat tidak di duga. Apa-apa yang berlaku adalah dugaan tuhan yang sukar kita elakkan.
Melalui perkongsian di TZKRH.com, terdapat satu amalan dan pelbagai doa yang boleh membantu dari segi kerohanian. Antara amalan yang sering menjadi amalan bagi menjauhkan kemiskinan dan ingin menjemput kekayaan adalah dengan zikir ‘LailahaillaAllah’ sebanyak 100 kali.
Sudah tentu ada sumber riwayat yang menjelaskan perkara ini, seperti:
من قالَ في يومٍ مئةَ مرَّةٍ : لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الحقُّ المبينُ كانَ لهُ أمانًا منَ الفقرِ ، واستجلَبَ بهِ الغنى ، وأمنَ من وحشةِ القبرِ ، واستقرعَ بابَ الجنَّةِ
Maksud: “Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’
Maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia meraih dengannya kekayaan, selamat daripada keperitan kubur dan dengannya dia akan dapat mengetuk pintu syurga.”
Tetapi hadis ini berstatus munkar, kenapa? Hadis ini telah di riwayatkan oleh perawi yang lemah, maka kurang tahap kepercayaan dan tidak di terima jika ia berdiri dengan sendiri.
Juga terdapat amalan yang lain sehaluan dengan amalan ini yang lebih baik–memohon ampun kepada Allah. Ia telah di nyatakan dengan jelas dan terang dalam Al-Quran, Surah Nuh, ayat yang ke-12.
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.”
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Surah Nuh, 71:10-12)
Erti kata lain di sini–menjadi miskin atau perubahan dalam kehidupan itu semuanya adalah duniawi. Tetapkan pada diri kekayaan bukan kerana harta tetapi pahala untuk akhirat.
Siapa tidak kenal dengan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah yang lantang menyuarakan isu kehadiran orang ketiga dalam rumahtangganya.
Baru-baru ini ketika menjadi tetamu jemputan bagi progrm MeleTOP, Sarah mendedahkan bahawa ‘kelantanganya’ itu bukan suka-suka dan mempunyai maksud tersendiri.
Sarah Bersyukur ‘Kelantangan Isu Rumah Tangga’ Bantu Orang Ramai Atasi Isu Sama
Menurut Sarah, dengan bersuara lantang mempertahankan rumah tangganya dari gangguan orang ketiga, dia bukan sahaja diberi kekuatan untuk menolong diri sendiri.
Malah, dalam masa sama membantu menyelamatkan rumah tangga orang lain yang dilanda masalah sama untuk terus bangkit dalam menghadapi masalah tersebut.
“Saya lantang sebab saya ada maksud. I rasa I ada kekuatan untuk bukan sahaja untuk tolong diri I, tetapi untuk tolong orang ramai dekat luar.
“So, bila I lantang makin ramai yang bangkit. Ramai yang memerlukan I untuk nasihat, untuk guide dan I rasa I happy untuk guide mereka-mereka ni yang tak tahu,” ujarnya.
Laporan Rumah Tangga Melibatkan Orang Ketiga Meningkat Kerana S
Jelas Sarah lagi, asbab dari sikap lantang yang dipaparkan itu demi menyelamatkan masjid yang dibina, kini laporan mengenai isu rumah tangga melibatkan orang ketiga, telah meningkat sebanyak tiga kali ganda.
“And you know what, I dengar cerita yang sekarang ni dah 3 kali ganda laporan kejadian orang ketiga,” katanya.
Sehubungan itu, Sarah memanjatkan rasa syukur dengan penuh kegembiraan apabila perkongsiannya berkenaan ‘orang ketiga’ itu dapat membantu ramai orang.
Tambahnya lagi, dirinya percaya sekiranya dia membantu untuk memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan mempermudahkan pula setiap urusanya.
“I am happy to do that. Bila tolong orang dengan memberitahu first step bukan susahpun. I rasa lega, pahala pun dapat.
“Bila kita mudahkan, Allah akan mudahkan kerja kita,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 8 Mac 2014 Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Syamsul Yusof telah diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Hasil perkahwinan selama lapan tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Syaikhul Islam Mohd Syamsul dan Sumayyah Mohd Syamsul.
Salah satu sikap yang murni adalah dengan melakkan kebaikan tanpa mengira siapa pun mereka. Setiap pertolongan itu juga tidak akan kita sangkal satu kebaikan yang ‘lebih’ kita bakal terima.
Tular satu video menunjukkan seorang gadis bekerja sebagai juruwang di stesen minyak belanja pelanggannya kerana tidak membawa dompet. Tindakannya itu meraih ramai wargamaya untuk jadikan salah satu contoh kebaikan yang boleh dibuat walaupun kecil.
Video perkongsian dari TikToker@pinn_yang itu menunjukkan situasinya yang terlupa membawa dompet untuk membeli sebotol minuman isotonik. Dia pula memaklumkan gadis itu mengenainya untuk melihat reaksinya.
Setelah mendengar keluhan dari Pinn Yang, juruwang stesen minyak yang bernama Tasha itu terus menawarkan untuk belanjanya minuman tersebut. Dia juga kelihatan bersahaja untuk membayarkan minuman itu tanpa menyoalkan apa-apa.
Dalam situasi itu, Pinn Yang menjelaskan ini hanya eksperimen sosial yang sering dia lakukan. TikToker itu juga memberinya wang berjumlah RM50 oleh kerana niat gadis itu yang baik.
Terkejut dan terharu melihat pemberiannya, Tasha mengucapkan terima kasih meski pun tawarannya hanya untuk membayar minuman yang berharga tak lebih dari RM10.
Video yang dikongsikan semalam itu telah mendapat tontonan sebanyak 966.6 ribu viewer. Ramai juga yang memuji dan mendoakan kesejahteraan atas baik budi juruwang bernama Tasha itu.
“Laju dia cakap dia belanja. Maknanya dia tak fikir apa-apa pun, janji encik dapat minum. Terima kasih Tasha!
“Laju dia cakap ‘takpe saya belanja’. Sungguh ikhlas dia nak membelanja,
“Bila dia bertegas nak belanja, memang betul-betul tidak kisah dan ikhlas.” tulis wargamaya melihat keikhlasan gadis itu.
Sekadar info, Pinn Yang juga banyak melakukan eksperimen sosial ini sebagai konten utama di akaun TikTok miliknya. Banyak juga video yang menunjukkan kebaikan rakyat Malaysia seperti kisah gadis juruwang ini.
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut...