Ada sebab Rosma AF1 berjaya turunkan berat badannya sebanyak 9.7kg dalam masa 2 bulan

Share

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content.

Kemunculan dalam program Akademi Fantasia musim pertama memang menjadi perhatian. In kerana bakat nyanyiannya yang begitu menyerlah dengan dikurniakan suara yang sedap.

Ternyata jodohnya kuat, apabila selamat mendirikan rumahtangga dengan Khai yang juga peserta AF musim pertama.

Itu cerita 14 tahun lalu dan kini Rosma dan Khai sudah pun mempunyai dua orang cahayamata. Perasan tak kalau dulu berat badan Rosma tidak selangsing sekarang.

Beratnya ketika itu 66kg dan tidak sesuai dengan ketinggiannya sekarang. Menurut Rosma selepas lahirkan anak kedua penururan berat badannya sangat perlahan dan jadi statik.

Ketika itu juga Khai ada memberitahu keinginan untuk mengeluarkan produk kurus berbentuk krim. Oleh kerana merasakan krim agak lambat, jadi Rosma mencuba cari formula produk pelangsingan badan menerusi ekstrak buah-buahan.

Rosma mencuba dulu produk berkenaan sebelum dijual. Dan hasilnya berat badannya turun dengan cepat walaupun masih makan dan tidak bersenam.

Namun bukan usaha itu sahaja yang membuatkan tubuhnya kini langsing. Rosma juga mengamalkan mengambilan jus campuran buah naga, manga, betik, kiwi dan kurma pada sebelah pagi.

Tengahari dia tetap mengamalkan ambil nasi dan lauk seperti biasa. Manakala jadual petang pula, Rosma tetap minum the tarik kegemarannya.

Manakala malam pula, Rosma akan makan sup atau telur rebus dua biji Bersama yogurt. Dia juga akan memastkan makan malam sebelum jam tujuh.

Setelah beratnya kembali normal seperti sekarang, barulah Rosma tidak lagi mengambil Magic Slims produk yang diusahakan bersama suaminya secara harian tetapi memadai tiga kali sehari.

Menurut Rosma lagi dia bukan sengaja berniat untuk kurus ketika itu. Tetapi kerana tahu betapa sukarnya mencari baju tajaan. Pernah dia mengamalkan diet hingga menyebabkan dirinya collapse dan dimasukkan ke wad beberapa hari dek kerana melakukan crash diet.

Dia kini yang sudah bergelar usahawan kecantikan turut melengkap diri dengan ilmu berkaitan sebelum menjual produk kepada pelanggan.

Kini Rosma boleh tersenyum puas kerana berjaya mendapatkan berat badan ideal. Kalau dulu beratnya 56.7kg dan kini hanya 47kg, penurunannya hampir 9.7kg dalam masa dua bulan sahaja tanpa melalui diet keterlaluan.

Sumber: InTrend

Kredit Foto: Instagram Khai & Rosma

Published by
Zully