Bukan mudah seseorang itu dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya. Semuanya bergantung pada cepat atau lambat hidayah yang akan datang padanya dalam pelbagai bentuk. Tidak kiralah hidayah untuk berhijab setelah balik dari mengerjakan haji, kehilangan seseorang ataupun setelah duji Tuhan dengan dugaan. Begitu juga dengan saudara baru yang memeluk agama Islam. 

Namun bagi Mell Matius vokalis kumpulan Sakura Band punya kisah tersendiri bagaimana penghijrahannya. Menerusi satu entri di akaun instagamnya, Mell dilihat memuat turut sekeping gambar dia memakai hijab berwarna merah jambu. Wajah Mell begitu cantik sekali dengan pemilihan hijab warna polos.

Maklumlah jika dilihat gambar sebelum penghijrahannya, penampilan Mell lain daripada yang lain.  Bercakap pada Utusan Online, Mell mengakui agak gementar untuk mendedahkan status pengislamannya sejak beberapa bulan lalu.

Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell ? Semoga Allah S.W.T merahmati kamu. #missyakiniku #yakiniku

A post shared by Vokalis Sakuraband Official (@mellsakura) on

Ads

Mell turut menjelaskan bahawa  ibunya, Nur Batrisyah  adalah pendorong utama untuknya memeluk Islam. Ibunya itu telah bergelar Muslimah sejak tiga tahun lepas.

“Tidak dinafikan saya khuatir dengan pandangan umum terhadap penghijrahan ini, sebab itulah dirahsiakan terlebih dahulu sebelum mengumumkannya sempena hari lahir saya yang jatuh pada 10 Oktober.

“Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan atas bantuan ibu yang menetap di sini. Saya juga mendapat sokongan daripada banyak pihak terutama ahli keluarga dan sahabat handai,” ujarnya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu.

Ads

Lebih manis lagi, Mell memaklumkan status agama barunya ini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 29 tahun. Malah sebaik status dimuat turun, dia turut menerima ucapan sempena sambutan hari jadi dan juga rata-rata netizen gembira dengan penghijrahan Mell.

Ada Sebab Mell Sakura Band Dedah Status Peluk Islam Pada Hari Jadinya Semalam. Baca Penjelasannya!
Komen positif.

Walau bagaimanapun Mell tidak mahu mengulas lanjut mengenai penghijrahannya kerana perlu menjaga hati banyak pihak. Tambahan pula isu agama agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di negara ini. Mell yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah ini juga merupakan graduan dari Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Bachelor Of Arts Degree With Honors (Creative Art).

Ads

Admin dokan agar Mell terus istiqomah dengan penghijrahannya dan terus kekal menjadi seorang Muslimah sejati. Contohi sahaja, Mizz Nina, Natasha Hudson, Irma Hasmie dan beberapa lagi artis yang hingga kini kekal menegakkan perjuangan Islam.

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI