Ketika admin bertemu di majlis memperkenalkan koleksi terbaru busana Creacion, pengasasnya Datuk Siti Nurhaliza, kelihatan sedikit berisi.
Biarpun tubuhnya sedikit berisi, tetapi persembahannya petang itu cukup memukau. Malah beliau masih lagi ramah bercerita mengenai perkembangan terkininya dan juga gembira koleksi pakaian sempena Syawal 2017 telah berjaya dilancarkan.
Jika dibandingkan penampilan Siti dua tiga tahun kebelakangan ini memang nampak berbeza. Rupa-rupanya, tubuhnya berisi ada sebab. Bukan saja suka-suka kerana beliau sebenarnya dalam proses ‘family planning’.
Dalam satu temu bual bersama majalah tempatan, Siti mengakui memang dia alami berat badan yang mendadak.
Biarpun menyedari berat badan bertambah, namun Siti tidak boleh berhenti hanya kerana tidak mahu ‘berisi’. Beliau turut menjelaskan itu bukan alasan untuk tidak melakukan apa-apa. Inilah yang dikatakan pengorbanan.
Bagaimanapun, Siti tetap menjaga kesihatannya dengan bersenam bersama suami di gim setiap pagi. Mereka berdua akan meluangkan masa satu jam di situ.
Selain itu, dia juga turut mengambil makanan yang sihat. Katanya jika ada masa terluang Siti sendiri akan menyediakan menu sihat.
Sebenarnya tidak kisah pun jika penampilan Datuk Siti kelihatan berisi, kerana penyanyi nombor satu ini tetap kelihatan comel dan sangat sweet.
Malah ia tidak menjejaskan kemerduan suaranya yang gemersik dan cukup lantang apabila mendendangkan lagu.
Apa yang penting, suaminya Datuk Khalid adalah penyokong setia beliau dalam mengusahakan apa yang dilakukan kini.
Rasanya Datuk K tidak kisah sama ada Siti berisi atau tidak kerana kasih sayang mereka sudah cukup berpadu setelah hampir 11 tahun (Ogos ini) melayari kehidupan berumah tangga.
Kita doakan agar impian Siti untuk menimang cahaya mata akan dimakbulkan Tuhan setelah pernah mengalami keguguran tahun lalu.
TIP HAMIL CEPAT:
1. Jaga pemakanan & diet.
2. Pengambilan makanan tambahan atau supplemen.
3. Punya berat badan ideal.
4. Lakukan hubungan intim lebih kerap.
5. Ambil tahu bila waktu subur & ovulasi
6. Jumpa doktor pakar, jika lebih 5 tahun
7. Kurangkan minuman kafein
8. Hindari stres
9. Berdoa pada Tuhan
SUMBER: INTREND & IG CTDK