‘Ada Sahaja Anasir Membolak Balikkan Hati’- Akui Tak Mudah, Lisa Surihani Mohon Doa Diteguhkan Hati

Share

Penampilan terbaru artis terkenal iaitu Lisa Surihani menawan hati semua yang memandangnya apabila kini beliau tampil anggun dengan berhijab. Kesempatan bertemu dengannya sewaktu rakaman program Tanya Dr. Imelda yang bakal bersiaran tidak lama lagi di Astro Prima bermula 4 Julai ini digunakan sepenuhnya bagi bertanyakan kepadanya mengenai penampilan terkininya itu.

Pandangan Yusry…

Saya kebiasaannya akan suruh orang tanya Yusry terus. Bukan atas suruhan beliau. Saya mungkin dapat merasakan beliau ingin saya buat keputusan itu sendiri di atas sebab yang betul. InsyaAllah. Untuk sebab yang kita semua harapkan.

Hijab itu luas konteksnya, bukan hanya sekadar imej…

Sejujurnya, ini agak over whelming. Sebab saya baru balik umrah. Kalau benda ini senang, cepat-cepat je saya dah post gambar bagi masing-masing faham tapi sebab disebalik mengapa saya pakai amat peribadi. Bukan satu keputusan yang dilakukan semalaman.

Very long journey. Pada masa sama, kenapa saya tak begitu gemar dengan istilah new look kerana ia mengehadkan definisi hijab kepada clothing sahaja di mana ia luas konteksnya. Dan saya masih berdoa dan tak mhau cakap yang saya dah jumpa hidayah itu atau saya nak umumkan pun. Saya nak buat correction statement mengenai ‘sudah terbuka hati’. Saya tak cakap macam itu. Saya masih mencari hidayah itu, berdoa agar terus istiqomah.

Bagi Lisa, perjalanan ini terlalu peribadi untuk dikongsi, cuma dia mengharapkan doa yang terbaik dari semua untuk dirinya.

Journey ini very personal. Saya rasa mereka yang pakai juga terutama pada zaman kini ada sosial media semua rasa juga macam yang saya rasa. Tak pernah anggap main-main dan tak berani nak cakap lebih-lebih, takbur. Kita manusia setiap hari tak lari dari dosa. We are sinful servant

.

Banyak dalam hatilah, hanya kata doakan eh. Sukar untuk saya cakapkan. Adakah disebabkan faktor usia buatkan kita lebih berhati-hati. Saya tak  pasti. Saya cuma boleh minta doakan. Saya cuba untuk memahami dan belajar lebih lagi. Perbanyakkan amalan. Begitu sahajalah. Tapi kalau nak kata sempurna memang jauhlah, tapi yang pasti trying. Semua orang ada pemahaman masing-masing.

Akui Lisa, ada sahaja anasir yang membolak balikkan hatinya. Namun, dia sentiasa meminta agar diteguhkan hati.

Sebelum pakai mesti fikir ‘patut ke’, ‘ada job ke’. Dan sampai sekarang pun ada sahaja anasir yang membolak balikkan hati. Bukan mudah. Saya minta diteguhkan hati. Kadang-kadang ada statement, judgment doubt macam ‘lama ke pakai ni?’ padahal kita tengah cuba tapi tidak mengapalah. Tak nak letak janji yg tinggi. Im just trying

.

Tak boleh kata ada satu. Perkara ini saya cari bertahun-tahun. Tak boleh kata ‘oh ada satu insiden menyebabkan… its not like that. Semuanya saling berkait. After a while, slowly banyak jenis pentunjuk atau saya rumuskan sebagai petunjuk . Ada yang mengelirukan kita. That is why I said Im still learning.

InsyaAllah, kita semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Semestinya semua juga berpendapat yang Lisa kelihatan sangat berseri dan bertambah manis apabila mengenakan hijab. Moga yang baik-baik sahaja datang untukmu. Love you Lisa!

Published by
Qistina