“Ada Orang Dah ‘Nervous’..”- Menanti Hari Bergelar Ibu, Ernie Zakri Minta Pendapat Ramai Untuk Hilangkan Rasa Gementar!

Share

Nampaknya, pelantun lagu Ku Bersuara ini tidak sabar menanti detik manis untuk bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya. Penyanyi Ernie Zakri atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkongsi debaran yang dirasainya bersama-sama dengan peminatnya di laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan kelunakan suaranya itu memuat naik sebuah gambar bersama dengan kapsyen bertanyakan kepada netizen mengenai cara untuk mengawal perasaan takut saat menanti momen melahirkan bayi.

para ibu, bagaimana anda mengatasi rasa takut apabila anda semakin hampir untuk melahirkan bayi anda?

Ernie Zakri yang baru sahaja melancarkan single terbaru, Korban, turut meminta netizen terutamanya kaum ibu untuk berkongsikan pengalaman mereka menanti detik-detik melahirkan bayi. Bersama-sama dengan #AdaOrangDahNervous, ramai peminat serta rakan selebriti yang memberikan pendapat kepadanya di ruang komen gambar itu. Ada yang menasihati untuk memperbanyakkan istighfar, zikir dan berdoa. Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar segala urusan Ernie dipermudahkan oleh-Nya.

Ernie Zakri bersama pasangan yang juga seorang penyanyi popular, Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Tertutup Puncak Alam. Pasangan sejoli ini dikatakan bakal menimang puteri sulung mereka tidak lama lagi.

Team Hijabista mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan mereka. InsyaAllah..Amin YRB!

Sumber gambar: Instagram Ernie Zakri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini:

Shoppe 

Published by
Putra