Penyanyi terkenal, Aina Abdul akui satu ketika dahulu dia akan mudah tersinggung dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh segelintir pihak gara-gara penampilan ‘luar kotak’ yang sering digayakannya ketika membuat persembahan.
Menurut Aina, setiap kata-kata negatif atau berbaur sindiran itu akan sentiasa bermain di benak fikirannya.
Namun, seiring perjalanan waktu, penyanyi yang terkenal dengan kekuatan vokal itu menyifatkan dirinya kini lebih matang untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
“Kalau dulu, saya akan mudah bengang dengan gelaran-gelaran negatif daripada netizen. Komen-komen tersebut akan menghantui saya sepanjang hari itu. Saya akan moody dan cepat overthink.
“Namun, sekarang saya semakin kuat. Saya juga punyai sistem sokongan yang sangat membantu. Mereka akan sentiasa pastikan saya tidak nampak komen-komen negatif itu.
Artikel berkaitan: Sering Di Kecam Gayakan Busana ‘Luar Biasa’, Kini Netizen Puji Penampilan Aina Abdul – “Cantiknya Outfit!”
“Saya rasa sangat dilindungi. Mereka lebih mengetahui diri saya daripada saya kenal diri saya. Ia juga membuatkan saya lebih mengenali diri sendiri.
“Jadi, saya cuba untuk tidak melihat dan membaca komen-komen negatif itu. Walaupun saya cakap saya kuat tapi tentu ada harinya kita akan rasa down juga,” katanya kepada HIJABISTA.
Aina berkata sedemikian ketika ditemui pada sebuah majlis sidang media yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Semalam itu tetap mahu memandang perkara ini dari sudut positif selain turut menyifatkan komen-komen netizen antara faktor yang membuatkan namanya terus kekal relavan sehingga hari ini.
“Segala komen-komen netizen sepanjang empat hingga lima tahun ini sememangnya banyak membantu perjalanan kerjaya saya dalam cara yang sangat pelik.
“Mereka membuatkan semangat saya rasa ‘terbakar’. Setiap kali saya buat sesuatu, saya mahu pastikan mereka bercakap dan berfikir mengenai saya.
“Untuk terus kekal di dalam industri bukan sesuatu yang mudah. Saya salute kepada artis-artis senior yang mampu bertahan sehingga hari ini.
“Tanggungjawab anak seni ini besar. Sebab itu saya dan team akan sentiasa brainstorm untuk setiap idea pemakaian dan persembahan untuk mereka sentiasa ingat saya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Artikel berkaitan: Penampilan ‘Gorgeous’ Aina Abdul Di Set MeleTOP Pukau Netizen
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aina Abdul