“Ada Halal Dan Mafia Mode…Terbaik!” – Sharnaaz Ahmad Jadi Contoh ‘Bapa Terbaik’ Hantar Jebat Tunai Ibadah Umrah

Share

Jelas dilihat kemesraan bersama di sosial media, Sharnaaz Ahmad dan anak lelakinya, Jebat Jayden. Ramai yang gemar untuk melihat telatah bapa dan anak kecil ini bersama.

Artikel berkaitan: Lincah Menari Lagu ‘Blackpink’ Telatah Comel Jebat Jayden Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Artikel berkaitan: Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Selamat Tiba Di Mekah, Tunaikan Ibadah Umrah

Semoga Perjalanan Jebat Selamat!

Tular satu video di aplikasi TikTok menunjukkan pelakon tersebut hadirkan diri untuk menghantar anaknya menunaikan umrah bersama keluarga Noor Nabila, bekas isterinya itu.

Melalui video itu kelihatan Sharnaaz sedang asyik melayan Jebat yang berada di dalam baby stroller. Boleh dilihat pandangan sayu untuk melepaskan putera kesayangannya berjauhan di Tanah Suci.

@seorangnur Muhammad Bilal tenang je tidur. Semoga semuanya dipermudahkan ❤️ #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Meski pun kelihatan ramai yang ingin mengambil gambarnya, pelakon berusia 37 tahun itu masih sempat memeriksa keadaan anaknya sambil menunaikan permintaan orang ramai. Begitu bagusnya daddy Jebat ini ya.

“Sukanya Lihat Parent Seperti Ini…”- Wargamaya

Ramai juga yang gemar menonton video yang memperlihatkan Sharnaaz dan juga ahli keluarga Noor Nabila yang berangkat ke Tanah Suci semalam. Pujian demi pujian diberikan sampai ada yang berharap mereka ditemukan orang seperti Sharnaaz.

Sumber dari Instagram @sharnaazahmad

“Hebat co-parents ini. Sama-sama jaga anak sebab tak mahu anak terabai dan hilang kasih sayang,

“Aku paling suka tengok @Sharnaaz Ahmad sporting betul. Janji anak dia itu, kemana-mana harus dia ada,

“Sharnaaz ini baguslah. Kalau bab anak mesti dia sentiasa ke depan.” tulis mereka memuji keperibadian Sharnaaz Ahmad.

Sebagai info, Sharnaaz terdahulunya mendirikan rumah tangga bersama kakak Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Perkahwinan mereka berakhir pada tanggal 9 Julai. Mereka juga telah mendapat seorang putera sulung, Jebat Jayden.

Sumber: Ohmymedia dan Tiktok @seorangnur

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee