Ada DOSA Yang Lebih Besar Daripada Dosa BERZINA. Hati-Hati!

Share

Zina sememangnya satu dosa besar yang amat dibenci Allah. Banyak dinyatakan di dalam Al-Quran tentang hukuman yang bakal diterima oleh pelaku baik di dunia mahupun di akhirat.

Terdapat di dalam sebuah riwayat menjelaskan bahawa Nabi Musa tidak memaafkan pelaku zina kerana dianggap sangat hina. Hal ini membuktikan bahawa zina merupakan dosa besar yang sukar diampuni.

Namun jika anda merasakan dosa zina itu sudah cukup besar, ternyata anda salah. Ada dosa lain yang 1000 kali ganda lebih besar daripada dosa ini. Ancaman bagi pelaku dosa tersebut adalah hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapat kehinaan di dunia dan akhirat. Apakah dosa tersebut?

Dosa yang dimaksudkan adalah dosa individu yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja. Solat merupakan kewajipan bagi semua umat Islam di mana ia merupakan tiang agama Allah.

Meninggalkan solat dengan sengaja diibaratkan seperti meruntuhkan tiang agama dan membuat Allah menjadi murka dengan kita. Tidak hanya di dunia, hukuman di akhirat juga sangat pedih.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah RA mengatakan:

“Ulama’ bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras.

Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”

Hukuman Orang Yang Meninggalkan Solat

  • Solat Subuh – Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun
  • Solat Zuhur – Dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam
  • Solat Asar – Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah
  • Solat Maghrib – Umpama berzina dengan emak bagi lelaki dan perempuan dengan bapa
  • Solat Isyak – Allah tidak redha hidup di dunia.

Jangan Tinggal Solat!

Amirul Mukminin, Umar bin Al Khoththob RA pernah berkata:

“Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama.

Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tidak ada bagian dalam Islam, bagi orang yang meninggalkan solat.”

Imam Ahmad RA juga mengatakan perkara yang sama:

“Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu.

Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan solat lima waktu.

Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.”

Begitu pentingnya penjagaan solat lima waktu. Semoga kita setiasa menjaga solat dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala.

Sumber: tazkirah.net

Published by
Naqiyatul Uzma