Ada Dendam Kesumat Macam K-Drama ‘The Glory’? Anda Perlu Belajar Untuk ‘Move-on’…

Share

Dendam kesumat adalah suatu benda yang sering menjadi konsep sebuah cerita drama. Begitu juga menjadi satu motif utama konflik yang sesetengah dari kita alami sejak kecil atau suatu perkara yang memberikan trauma buat mereka.

Adakah anda seorang yang menyimpan dendam seperti Moon Dong Uun (Song Hye Kyo) dalam The Glory? Anda perlu faham menyimpan dendam tidak menguntungkan…

Artikel berkaitan: Tiada Guna Kalau ‘Overthinking’ Tapi Tidak Ada Jalan Penyelesaian, Elakkan Dari Fikir Secara Berlebihan Demi Kesihatan Mental

Dendam kesumat tidak akan kemana…

Sumber dari kompas.com

Bagi peminat k-drama

 sudah tentu tahu drama yang hangat dan viral seperti The Glory yang dibintangi oleh Song Hye Kyo! Ramai yang tahu bertapa suspen cerita ini sehinggakan dapat merasakan ‘tekanan’ yang cuba disampaikan.

Seperti yang ditunjukkan melalui drama ini, dendam seorang wanita kepada rakan sekelasnya dibawa sehingga ke alam dewasa. Ianya banyak memberikan impak yang negatif sehinggakan mengacau kehidupan Moon Dong Uun!

Sebenarnya ada sahaja yang mengalami masalah seperti watak yang dibawa oleh Song Hye Kyo dimana dendam yang tidak ingin dilepaskan. Mungkin disebabkan trauma atau perkara yang sangat dahsyat membuatkan mereka ingin membuat seseorang alami apa yang mereka lalui.

Menurut verywellmindmereka yang menyimpan dendam ini boleh berisiko mengalami masalah kesihatan mental. Hal ini menyebabkan anda lebih cenderung kepada mentaliti yang penuh kemarahan, benci, dan perasaan sedih.

Mengingat perkara yang buruk berulang-kali hanya membuatkan anda murung dan berfikiran negatif sahaja. Anda juga boleh alami masalah seperti:-

  • Menjadi terlalu agresif
  • Kemurungan
  • Emosi tidak stabil
  • Ingin mencederakan diri sendiri

Lepas dan memaafkan bukan suatu yang mudah…

Sumber dari Canva

Kami faham untuk melepas dan memaafkan seseorang itu atas perkara yang mereka buat bukanlah suatu benda yang mudah. Tapi anda perlu fahami konsep memaafkan itu sendiri seperti:-

  • Memaafkan seseorang tidak bermakna mereka akan bebas dari tindakan yang pernah dilakukan terdahulu
  • Tidak perlu memaklumkan anda maafkan mereka
  • Perasaan tidak perlu dicampur sekali untuk memaafkan seseorang
  • Kemaafan tidak bermakna juga suatu hubungan itu perlu dibaiki (mungkin sahaja cukup sekadar menjadi kenalan)
  • Maafkan seseorang tidak bermakna perkara itu akan dilupakan
  • Memberi kemaafan buat mereka bukan tanda untuk puaskan hati individu lain

Itulah realiti kemaafan yang dinukilkan oleh hellodoktor, ia merupakan proses yang perlu diambil berat dalam pelbagai faktor. Anda boleh sahaja ambil sebanyak masa yang perlu tanpa perlu semat perasaan dendam kepada mereka.

Artikel berkaitan: 7 Kesan Negatif Media Sosial, Tak Percaya No 4 Sering Berlaku Pada Hijabi. Boleh Jadi Anxiety!

Sumber: hellodoktor dan verywellmind 

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee