“Lawak tak kering gusi!”

Terhibur sungguh rasanya selepas menonton tayangan perdana filem The Lost City semalam. Dibintangi barisan pelakon hebat Hollywood seperti Sandra Bullock, Channing Tatum dan Danial Radcliffe, filem ini dapat menghilangkan segala stres yang anda rasai sepanjang hari.

Filem The Lost City mengisahkan tentang seorang pengarang novel, Loretta Sage menulis tentang tempat eksotik dalam novel pengembaraan popularnya yang menampilkan model kacak bernama Alan.

Acah-Acah Nak Jadi Hero, Filem The Lost City Buat Penonton Terhibur Sakan!

 

Ads

Semasa dalam lawatan mempromosikan buku baharunya bersama Alan, Loretta telah diculik oleh jutawan yang berharap dapat membawanya ke pencarian harta karun bandar purba yang hilang daripada kisah terbarunya.

Bertekad untuk membuktikan dia boleh menjadi wira dalam kehidupan sebenar dan bukan hanya pada kisah dongengnya, Alan mula menyelamatkannya.

Ads

Acah-Acah Nak Jadi Hero, Filem The Lost City Buat Penonton Terhibur Sakan!

Bukan hanya lucu, filem komedi ini juga ada  menampilan jejaka tampan, Brad Pitt yang turut membuat kemunculan istimewa dalam filem ini. Watak apa? Haa, itu anda kenalah tengok sendiri!

Ads

Walaupun ia sebuah filem ringan, namun banyak nilai-nilai positif yang boleh kita ambil iktibar menerusi filem ini contohnya jangan sesekali kita memandang rendah terhadap keupayaan seseorang itu. Tak baik tau… Nanti kita sendiri yang speechless bila melihat kemampuan sebenar yang disoroknya.

Mula ditayangkan hari ini di pawagam seluruh negara, anda bolehlah menonton sekarang di pawagam berhampiran anda. Jom!

Acah-Acah Nak Jadi Hero, Filem The Lost City Buat Penonton Terhibur Sakan!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI