Abaya merupakan pakaian budaya bagi wanita Timur Tengah. Pakaian ini turut menjadi daya tarikan di negara-negara Asia termasuklah Malaysia.
Di Malaysia, pemakaian abaya sudah menjadi pilihan kebanyakan kaum Hawa kerana ia bukan sahaja selesa bahkan menutup aurat.
Najihah Mohd Shahrudin merupakan salah seorang usahawan abaya di negara ini. Ibu kepada dua cahayamata ini memperkenalkan abaya berkonsep versatile
dan universal.Ia bukan sahaja boleh dipakai oleh kaum Hawa bahkan bukan muslim juga. Najihah merupakan pengasas jenama B I . A L B A K.
Nama B I . A L B A K diilhamkan daripada perkataan Arab iaitu قلب bermaksud hati. Makna keseluruhaan B I . A L B A K ialah ‘dalam hati anda’ dengan slogan ‘Modest by Heart’.
“Modesty datangnya dari hati. Jadi, bagi mereka yang memperagakan abaya ini akan merasai bahawa modesty itu satu keanggunan,”
ujar Najihah yang gemar memakai abaya.
Tutur Najihah lagi, abayanya yang berkonsepkan minimalis itu boleh dipakai dengan pelbagai cara. Antaranya, dipakai secara full set bersama inner dan tudung.
Boleh juga digayakan secara berasingan di mana luaran abaya boleh dipakai bersama skirt atau jeans, dan inner abaya boleh digayakan dengan jaket atau kardigan.
Manakala harganya pula sangat berpatutan sesuai dengan kualiti fabrik dan rekaannya yang eksklusif.
Perincian manik di abaya dijahit dengan tangan. Terdapat juga lining
di dalamnya bersama poket dan butang dedepan.Dari segi fabriknya adalah daripada kain nidha yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.
“Inner abaya juga jenis breastfeeding and bump friendly. Dengan rekaannya yang bersilang dan ada butang tap di hadapan para ibu dapat menyusukan bayi mereka dengan selesa,” ujar Najihah.