Trio adik beradik iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali pasti tidak asing lagi di minda anda jika anda merupakan pengikut setia akaun @thefamily.uk di instagram dan facebook. Walaupun masih kecil, mereka telah mengecap populariti luar biasa setelah video mereka viral di laman sosial. Selain bijak berhadapan dengan kamera, mereka juga terkenal kerana kepetahan berbicara bahasa melayu lebih-lebih lagi dalam dialek Kelantan walaupun membesar di United Kingdom (UK).
Baru-baru ini, abang sulung mereka, Omar Mukhtar yang baru berusia 11 tahun telah berjaya memasuki sekolah King Edward’s School (KES) yang merupakan antara sekolah terbaik di UK. Ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan kerana bukan calang-calang orang yang boleh masuk ke situ!
Hari yang dinantikan telah tiba . Secara rasminya saya adalah pelajar King Edward. Saya berasa begitu teruja dan gembira! Terima kasih Tuhan kerana menjadikan mimpi ini satu kenyataan! Terima kasih ayah,ibu dan seluruh ahli keluarga yang ada di sisi pada hari yang sangat istimewa ini! Saya harap saya boleh terus membuat kamu semua bangga!
Terima kasih semua untuk doa dan segala ucapan. Tiada perkataan yang mampu menggambarkan betapa saya menghargai sokongan anda! Moga Tuhan merahmati anda dan keluarga.
Nampak budak dalam gambar ini ? Itulah saya pada pada tahun 2017- 18 Mac untuk lebih spesifik! Saya hanya berusia 10 tahun pada masa itu. Saya masih ingat lagi perasaan pertama kali saya menjejakkan kaki ke King Edward’s School (KES) untuk Hari Terbuka mereka. Saya rasa seperti Harry Potter yang sedang menjejakkan kaki ke Hogwarts! Saya rasa seperti ada satu pertalian di antara saya dan sekolah itu. Saya boleh membayangkan diri saya menjadi pelajar sekolah itu, meneruskan pengajian di Universiti Oxford dan seterusnya. Dulu segalanya rasa hanya seperti sebuah mimpi kerana sangat susah untuk memasuki KES, hampir mustahil! Tapi dengan pertolongan Tuhan, kerja keras dan sokongan semua, saya mampu lulus peperiksaan dengan jayanya. Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur diberikan biasiswa penuh daripada 125 pelajar! Saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas peluang yang telah Dia kurniakan ini untuk saya gembirakan ibu bapa saya.
Jadi, mengapa KES ? Kerana ia merupakan antara sekolah terbaik di UK! Ia sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 1552 oleh King Edward VI dan sekarang hampir berusia 500 tahun. JRR Tolkien, penulis terkenal siri ‘The Lord of The Rings’ & ‘The Hobbit’, dan banyak lagi orang terkenal merupakan alumni sekolah itu atau lebih biasa dipanggil, ‘Old Edwardians’. Sesetengah daripada mereka merupakan pemenang Anugerah Nobel! Banyak pelajarnya menyambung di Oxford dan Cambridge-begitu menginspirasikan!
Kepada Omar Mukhtar,
Terima kasih kerana menunjukkan contoh terbaik buat adik-adik kamu! Kamu adalah ikon terbaik untuk mereka, bukan hanya dalam penulisan tapi dalam keseluruhan karakter. Kami bergitu bersyukur dikurniakan kamu sebagai anak lelaki sulung. Teruskan bersinar dan pimpin Fatimah dan Ali untuk terus menggapai bintang!
Kepada Fatimah & Ali,
Teruskan percaya kepada diri sendiri, sentiasa rendah diri dan teruskan memberi inspirasi!
Kepada Tuhan,
Terima kasih kerana kurniakan kami dengan 3 orang anak yang sangat hebat! Mereka tak pernah gagal membuatkan kami bangga dan memberikan senyuman di wajah kami setiap hari. Teruskanlah membimbing kami supaya kami dapat memimpin mereka menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.