Ads
Home Berita “Abah Hidup Susah, Kumpul Makanan Terbuang Bagi Kami Adik Beradik” – Kakak...

“Abah Hidup Susah, Kumpul Makanan Terbuang Bagi Kami Adik Beradik” – Kakak DS Aliff Syukri Sedih Imbas Memori Lalu

Ads

Memang sukar untuk kita menerima hakikat kehilangan orang tersayang. Lebih-lebih lagi jika mempunyai hubungan yang sangat rapat. Begitu juga dengan perkongsian Yatie Sendayu Tinggi yang kehilangan arwah ayahnya semalam.

Dia yang merupakan kakak sulung kepada jutawan kosmetik, DS Aliff Syukri menulis dalam posting di instagram kenangan bersama arwah abahnya yang akan dikenang sampai bila-bila.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @yatie_sendayutinggi on


Menurut Yatie yang merupakan kakak sulung memberitahu dia jarang sekali muat turut gambar bersama arwah abahnya sebelum ini. Tetapi hari ini dia terpanggil untuk meletakkan gambar kenangan mereka bersama ketika Syawal lalu.

Ternyata perkongsiannya mengimbas kenangan lalu begitu menyentuh perasaan. Yatie berkata arwah abahnya itu dulu orang susah. Hanya jadi guard di hotel. Ketika itu tidak mampu belikan dia dan adiknya makanan sedap-sedap.

Malah arwahnya juga ketika hayatnya sangat penyabar, tidak pernah marah dan jarang bercerita perkara tidak elok mengenai orang lain dari mulutnya.

Saya jarang letak gambar abah. Tp hari ni lepas semua selamat dikebumikan, terimbas gambar raya tahun sudahnya. Sy masih x blh terima abah dah x ada. Sy cuba belajar redha. Abah jumpa dulu arwah Ani

Alhamdulillah abah berjaya tgk kesemua anak2 nya ( anak dgn isteri kini ) mandikan beliau. Itulah hajat arwah sebenarnya. Utk tgk anak2 dia sekali berkumpul

Sy sedih. Sebak. Tapi tersangat tersentuh sbb arwah meninggal dlm keadaan tersenyum lebar. Badannya juga tak ada sedikit najis pun. Memandangkan doktor tak sempat buat pembedahan lanjut, badannya elok dari luka

Ads

Abah sy org susah. Jadi guard di hotel. Tak mampu belikan sy dgn adik @aliffsyukriterlajaklaris makanan sedap2. Dia kumpul dr makanan yg dibuang dr hotel. Letak dlm tisu utk bagi kami berdua setiap kali kami berjumpa. Itu je yg dia mampu bagi selain sedikit duit poket. Sy pernah mogok nak jam tgn. Padahal duit abah ada tu je smpi cukup bulan


Minta walkman. Abah tolak gaji 6 bulan. Sedikit pun x pernah marah sy sbb arwah teramat penyabar orgnya. Spjg sy kenal abah, tak akan keluar dr mulut dia cerita buruk org lain. Semua org keliling dia baik katanya

Jauh sekali meminta sy & adik duit walau sesak mcm mana pun. Oh abah, kalaulah keluarga kita spt keluarga normal yg lain.. kami akan berikan apa shj. Tp Allah lbh hebat mencaturkan hidup kita semua

Perkongsian ini mendapat respon dari netizen yang rata-rata bersimpati dengan Yatie yang menguruskan Sendayu Tinggi ini. Masing-masing mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

mizzshiela sedihnya kak @yatie_sendayutinggi smoga arwah abah akk dtmptkn dklngn org beriman

Ads

nurislam6267 Semoga arwah ditempatkan bersama2 para solihin.. Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 arwah sepanjang berada didunia ini.. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala buat arwah sepanjang berada dialam sana..In Shaa Allah.. Amin ya rabbal alamin.. Salam takziah.

yndalynda Menitik airmata sy baca.. Kehilangan ayah mmg suatu yg pedih… Sabar lah dato @aliffsyukriterlajaklaris@yatie_sendayutinggi semoga Allah ampunkan dosa2 nya dan semoga roh arwah diletak kan bersama para solihin… Aamiin

lisamikhaylatouch Al fatihah sis ..smg arwah ditempatkan di kalangan para solihin

 

View this post on Instagram

 

hanya yg pernah mengalami perceraian ibu bapa je faham apa yg saya lalui….impianku dari kecil ingin semua bersatu dalam gambar ni bersatu dan hari ni “dah punbersatu”?….cuma gambar arwah kakak saya ani x ada dalam ni…kalau arwah ani ada dia mesti dah besar dan cantik mcm kak long dan hari ni sy tersenyum walapun hanya gambar yg di edit tpi bagi sy cukup indah.. . . Dulu kecik2 saya selalu mengharap kami akan bersatu mcm family normal yg lain ada ibu dan abah dan adik beradik duduk satu bumbung tpi mak sy @bondarozitaibrahim bercerai… dan sy ada kakak terencat akal arwah ani dan yg hidup kak long @yatie_sendayutinggi adalah kakak kandung satu mak dan abah hasil perkahwinan pertama mereka…..apa kah daya jodoh itu ketentuan Allah…..dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambanya…..dulu sy selalu fikir kenapa kenapa keluarga aku tak sempurna..knp bukan keluarga orang lain… . Keluarga yg x lengkap ni……Insya Allah akan lengkap di syurga…. dan semoga gambar ini menjdi saksi dan kita berjumpa di syurga dalam satu family bersama arwah ani.. Mari sedekah kan doa dan Al Fatihah buat abah sy yg tercinta Allahyarhan Hj Kamarzaman B Hj Kamaludin….. .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Ads

KREDIT FOTO: INSTAGRAM YATIE SENDAYU TINGGI & DS ALIFF SYUKRI

 

 

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI