Sambutan hari lahir adalah acara yang sangat bermakna bagi setiap ibu bapa. Sama ada besar, kecil atau sederhana cara meraikannya; ianya tetap menjadi tanda kesyukuran melihat anak-anak membesar di depan mata.
Satu-satunya puteri kesayangan kepada pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana; baru-baru ini berjaya mencuri tumpuan netizen apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelapan dengan lapan biji kek. Setiap kali bulan November, para peminat setia Aaisyah Dhia Rana pasti menunggu dan teruja untuk melihat acara sambutan hari lahirnya itu. Setiap tahun mesti meriah!
Menerusi hantaran gambar di laman Instagram, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, berkongsi momen-momen bersama anak perempuannya itu untuk tatapan umum. Tulis Che Ta ringkas di instagramnya “8 taun 8 cakes 🎉. Aaisyah Dhia Rana’s birthday party #ADRturn8”
Terdahulu, Che Ta memaklumkan anaknya itu disahkan positif Covid-19 dan terpaksa menangguhkan sambutan ulang tahun kelahiran yang dirancang. Che Ta juga sempat menitipkan semangat untuk anaknya melalui posting di ruangan Instagram. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut juga berjanji untuk “Celebrate all out!” apabila Aaisyah dah sembuh.
Artikel berkaitan: Kena Covid Sewaktu Hari Jadi, Che Ta Janji Sambut Lepas Aaisyah Kembali Sihat
Cantik dan manis ditatarias jurusolek Kasih Cicie, bagi sambutan hari lahir ke lapan ini, Aaisyah terima kejutan dengan lapan kek. Wah, memang all out! Lapan biji kek tersebut merupakan lambang kepada umurnya yang genap lapan tahun. Berikut merupakan antara koleksi foto yang dikongsi Che Ta di instagramnya, jom tengok!
Wah, di antara kek yang dapat dilihat adalah kek dua tingkat, kek dengan hiasan rantai mutiara, bunga ros, mahkota dan banyak lagi!
Majlis sambutan hari lahir tersebut telah diadakan di sebuah resort di Lantera Venue, Cahaya SPK, Shah Alam. Birthday girl, Aaisyah juga terlihat sangat comel persis selebriti mengenakan blouse ropol berwarna merah jambu, skirt pendek keemasan dan dilengkapi pelbagai aksesori. Memang cute sangat!
Menjengah ke ruangan balas hantaran tersebut, beberapa rakan artis dan netizen turut memberikan pelbagai respon dan sempat juga berseloroh terhadap ‘lapan tahun, lapan biji kek’ tersebut. Tambahan itu, ramai juga turut memuji penampilan puterinya itu serta mengirimkan ucapan selamat ulang tahun kepada Aaisyah.
“MasyaAllah Aaisyah mcm bdk pompuan arab, Cantiknye MasyaAllah. Alhamdulillah happy birthday beautiful girl, gorgeous like mommy lah you!”
“Happy born day senorita Aisya Dhia Rana awat la hang herlokkk sgt..moga trus cantik naa❤️”
“Alhamdulillah. 🤲 Mashaallah cepatnya dah 8 tahun . HAPPY BIRTHDAY PRETTY PRINCESS AAISYAH DHIA RANA. 🎂💖💖💖 Semoga di rahmati Allah swt sihat sejahtera selalu di murahkan rezeki anak yg soleha yg pandai yg cantik comel yg berjaya dunia akhirat di permudahkan segala urusan sentiasa ceria dan bahagia bersama family tersayang. Aamiin3x yrb”
“Happy birthday Aaisyah.. kejap je dah 8 tahun. Makin cantik anak dara ni.”
Artikel berkaitan: “Alhamdulillah, sehelai uban pun kami tak ada lagi” .. Rozita Che Wan Kongsi Kekal Muda Walaupun Berhijab!
Wah, memang grand dan all out ya sambutan hari lahir Aaisyah! Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi yang ke lapan Aaisyah Dhia Rana. Semoga menjadi anak yang solehah, berjaya duniawi dan ukhrawi. Amin!
Sumber info dan gambar: Instagram Che Ta
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.