Bayi paling popular di Malaysia iaitu Siti Aafiyah Khalid, puteri kesayangan kepada Dato Sri Siti Nurhaliza ini sentiasa membuatkan rakyat Malaysia berasa ‘geram’ dengan telatahnya yang comel itu.
Baru-baru ini, Aafiyah sekali lagi telah mencuri tumpuan ramai apabila aksinya yang tidak senang duduk apabila melihat gambar kanak-kank di bungkusan plastik lampin bayi itu dimuat naik oleh ibunya di laman instagram.
Ternyata bijak sungguh Aafiyah ini. Sudahlah comel, pintar pulak tu. Moga terus membesar menjadi anak yang soleh ya!