Meraikan Ulangtahun Ke-9 ALHUMAIRA, jenama hijab terulung ini mempersembahkan koleksi ‘EXPECTATION’ dan Hari Raya 2019 di pertunjukan fesyen yang diadakakan di Royale Chulan Kuala Lumpur.
‘EXPECTATION’, siri yang menampilkan 10 koleksi berlainan dengan citarasa dan gaya minimalis. Koleksi ALHUMAIRA Hari Raya 2019 mempamerkan sisi berlainan berbanding ciri elegan dan ringkas yang dibawa oleh jenama ini sebelumnya.
Hani Elia Rousli telah memimpin dan meneraju ALHUMAIRA si cantik manis ini pernah menjadi penghias muka depan majalah hijabista pada April 2013. Jenama ini unggul pada kemunculan jenama-jenama hijab ketika itu kini AlHUMAIRA kembali dengan kolaborasi edisi kedua bersama Swarovski, ALHUMAIRA
menampilkan lebih 900 biji kristal Swarovski yang “ditabur” di atas salah satu helai koleksi hijab dan telah menganggarkan ribuan tatahan Kristal Swarovski.Namun ALHUMAIRA melangkah keluar daripada zon selesa mereka dengan hadirnya rekaan cetakan yang didedikasikan buat wanita cekal seluruh dunia. Tanpa mengabaikan keindahan karakter feminine, ALHUMAIRA telah mencorak garisan abstrak dan cetakan flora sebagai simbolik kepada sofistikasi dengan sentuhan gaya retro.
“Agak mencabar untuk saya yang sukakan rekaan asas, yang turut menjadi signature
ALHUMAIRA selama ini. Tetapi kali ini, kami maju selangkah ke hadapan dengan menawarkan koleksi bercorak untuk musim Hari Raya 2019. Ia mencabar, namun menjadikan perjalanan ALHUMAIRA sebagai satu jenama lebih menarik lagi. Helaian hijab bercorak kami adalah versatil, ia boleh digayakan dengan pelbagai cara di mana kami mencipta rekaan yang boleh diubah gaya,” kata Hani ketika acara pertunjukan fesyen ALHUMAIRA, yang mendapat tajaan tatahan kristal oleh Swarovski dan Caudalie sebagai penajaPelakon kesayangan Malaysia dan bintang media sosial, Elfira Loy sebagai ahli keluarga baru ALHUMAIRA dalam menyemarakkan lagi kempen dan kolaborasi musim Hari Raya.
Elfira Loy sentiasa memperlihatkan sokongannya terhadap helaian hijab ALHUMAIRA sejak bertahun lalu, sama ada melalui penggayaan dan pemakaian hijabnya atau kala berbicara bersama media ketika ditemu ramah. Pemahaman beliau dan penata gayaan hijabnya yang serasi dengan jenama ALHUMAIRA menyumbang dalam gaya hijab hariannya.
ALHUMAIRA berbangga memperkenalkan Elfira Loy sebagai wajah baru dan Duta Jenama di mana dirinya mempamerkan pemakaian helaian hijab ALHUMAIRA dengan penuh keyakinan.