9 Tip ‘Berguna’ Untuk Jemaah Wanita Yang Bakal Mengerjakan Ibadah Haji Dan Umrah!

Share

Selalunya bila kita nak pergi travel jauh-jauh untuk jangkamasa yang lama, masalah utama yang sering dihadapi oleh kaum hawa adalah bila mula nak packing dan kemas barang keperluan yang diperlukan sepanjang travel nanti.

Malah, Hijabista dapati masalah sama turut dihadapi oleh jemaah wanita Haji dan Umrah yang akan berangkat ke Tanah Suci. Kadangkala, apabila berangkat ke sana, bagasi yang di bawa dalam kuantiti sedikit atau biasa sahaja. Namun, jumlah bagasi akan bertambah sewaktu pulang mengerjakan Haji atau Umrah.

Justeru, disini Hijabista tergerak untuk berkongsikan beberapa tip yang mungkin boleh membantu dan diaplikasikan oleh jemaah wanita agar beg yang dibawa pulang tidak semakin bertambah. Semoga tip ini dapat membantu dan dimanfaatkan oleh hijabi yang dijemput menjadi tetamu Allah kelak.

9 Tip WAJIB Diaplikasikan Muslimah Agar Bagasi Tak Bertambah Ketika Pulang Dari Umrah Atau Haji

1. Bawa baju untuk satu atau dua hari sahaja, selebihnya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli juga baju di tanah suci kerana tergoda dengan kecantikkanya.

2. Bawa satu sandal saja, tak payah bawak lebih dari satu kasut. Meskipun, bercadang nak mendaki Bukit Uhud atau Jabal Rahmah. Hijabista cadangkan anda membawa sandal yang senang nak sodok kaki dan yang lengkap mempunyai sole dan grip. Ini kerana, lantai marble sewaktu melaksanakan ibadah Sa’ie antara Safa dan Marwah jadi nak kena balance kalau sole licin bahaya boleh tergelincir.

3. Bawa satu set telekung saja, tak payah nak ‘acah-acah’ Ootd tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan sedikan mini telekung, nanti bila sampai Tanah Suci memang yang itu je anda bedal, tiada masa nak main tukar-tukar sebab fokus ibadah.

4. Ini penting! Tandas di Masjidil Haram boleh tahan jauh. Jadi amatlah digalakkan untuk Hijabi membawa disposable panties. Dah pakai terus buang, tak payah pening kepala nak mencuci. Bawa siap-siap dari Malaysia, sebab di sana sangat limited dan susah nak cari. Klaau tanya Pak Arab / Bangladesh memang mereka pun tak faham.

5. Bawa Panty Liners, sebab kat sana mahal.

6. Bawa stokin yang mesra wuduk, jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai. Pastu kaki basah-basah nanti bau masam, sampai menganggu ketenteraman hidung jemaah lain.

7. Bawa 1-2 helai tudung sauk yang labuh, senang nak pergi memana tinggal capai dan sarung je. Terutamanya ketika makan. Jadi, mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab.

 

Artikel berkaitan: Bakal Tunai Haji Tahun Ini? Ini Beberapa Tip Elak ‘Tersesat’ Ketika Di Tanah Suci!

8. Kalau sakit, jumpa doktor yang travel agent dah bayar insurance. Sebab tak perlu bayar apa-apa free je. Jangan beli ubat kat pharmacy. Mahal… harga ubat boleh beli satu jubah tau. Lebih baik, bawak ubat sendiri, especially Strepsil, kat sana paling murah is SAR29.

9. Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma. Sebab kat sana dah commercialised, their customers are only those comes with bus. Beli kurma kat wholesale

atau mall, lagi murah. Yang lain-lain boleh cari di Bin Dawood.

10. Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg. Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.

Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa jua situasi yang dihadapi.

Sumber kredit: Zuraida Lazni via Viral Media Johor

Artikel berkaitan: “Aku Serahkan Segalanya Padamu Ya Allah.. Selamat Jalan Sayangku” – Lisdawati Tunai Haji Tanpa Suami.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir