9 Skincare Dari Korea Ini Buat Anda Yang Usia 40an Tampak Seperti Muda Remaja

Share

Memasuki usia 40 tahun, kulit wajah tentunya memerlukankan perawatan yang lebih rapi. Utamanya untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Buat anda yang mencari produk perawatan wajah usia 40 tahun ke atas, boleh cuba skincare Korea.

Kenapa produk kecantikan Korea pula? Ternyata beberapa selebriti terkenal seperti Go Hyun Jung, Lee Il Hwa, Kim Sung Ryung danLee Young Ae yang sudah terjangkau usia tetapi menampakkan raut wajah seperti muda remaja.

Antara ramuan utama dalam produk kecantikan Korea ginseng dan bahan-bahan alami yang mempunyai khasiat. Tentu sahaja anda yang seusia 40 mahu merosakkan wajah dengan bahan-bahan kimia bukan!

Untuk itu, jom semak 9 cadangan skincare Korea untuk usia 40-an:

1. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil

Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil diperbuat dari tiga bahan alami berkualiti tinggi. Diantaranya black bean oil yang mengawal produksi sebum, meningkatkan keanjalan kulit, serta memberi efek menyejukkan black sesame oil untuk menghidrasi wajah dan menghindarkannya dari tanda penuaan. blackcurrant seed oil yang akan bekerja memperkuat lapisan pelindung kulit sekaligus menjaga kelembabannya. Cleansing oil ini teksturnya sangat ringan dan produk paling dicadangkan oleh sibeauty junkie

.

BACA JUGA ARTIKEL INI:Mahu Tampil Bak Selebriti Korea? 47 Produk K-Beauty Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

2. Neogen Real Fresh Foam Cranberry

Pencuci muka Neogen ini dihasilkan dalam tiga varian. Salah satunya diperkaya dengan fermented cranberries dan air cranberry yang tinggi antioksidan. Bahan utamanya inilah, Neogen Real Fresh Foam Cranberry efektif untuk mengatasi tanda-tanda penuaan. Selain itu, formulanya efektif membersihkan kotoran tanpa menghilangkan minyak alami di wajah.

3. Innisfree Jeju Orchid Skin Toner

Kalau anda sedang mencari toner untuk usia 40 tahun, boleh juga mencuba Innisfree Jeju Orchid Skin Toner. Produk ini ditugaskan untuk merawat keanjalan kulit, menghilangkan noda, kedutan, dan memperbaiki tekstur wajah secara bersamaan. Selain itu, toner Korea ini juga mengandung hyaluronic acid yang menjaga kulit supaya tetap lembap.

PERHATIAN: 12% DISKAUN untuk beberapa produk koleksi innisfree  dengan menggunakan kod: HBINNIS12. Sah selama 10 hari bermula 10/9/2020 berakhir pada 20/9/2020.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Tren Mekap Ala Korea, 42 Himpunan Kosmetik Jenama Korea Terbaik Di Pasaran.

4. Secret Key Starting Treatment Essence

Essence Korea terbaik ini banyak yang memperkatakan sama seperti FTE dari SK-II. Bila dilihat, khasiat dan bahan penyusunnya memang tidak mempunyai perbezaan yang jauh. Secret Key Starting Treatment Essence (STE) diperkaya dengan 94% Galactomyces Ferment Filtrate atau biasa dikenal dengan nama Pitera. Bahan ini difungsikan untuk membuat kulit wajah semakin tegang, halus, dan lebih cerah. Di samping itu, masih ada dypropylene glycol, glycerin, dan niacinamine yang akan memastikan kulit agar tetap terhidrasi dan tidak berminyak.

5. Missha Time Revolution Night Repair Borabit Ampoule

Supaya kulit tetap tegang, wanita Korea selalu mengaplikasikan ampoule atau serum anti-aging terbaik untuk usia 40-an. Salah satu cadangannya adalah Missha Time Revolution Night Repair Borabit Ampoule. Produk ini diperkaya dengan fermented Bifida, Lactobacillus, dan Lactococcus yang boleh mengembalikan tenaga dan memperbaiki kulit wajah. Ampoule dengan konsentrasi tinggi ini akan menutrisi kulit sepanjang malam ketika anda tidur. Wajah anda kelihatan lebih cerah, segar, dan flawless apabila bangun keesokan harinya.

6. Mizon Snail Repair Eye Cream

Produk best seller Mizon ini disebut sebagai skincare all-in-one yang siap menghidrasi, menghilangkan garis halus, menutrisi, melindungi, dan mencerahkan area di sekitar mata. Bahannya, 80% komposisi Mizon Snail Repair Eye Cream terbuat dari snail mucin atau lendir siput yang dikenali boleh mengembalikan keanjalan dan meremajakan kulit.

7. COSRX PHA Moisture Renewal Power Cream

Krim wajah untuk usia 40 tahun ke atas ini memiliki tiga bahan utama, iaitu PHA, coconut fruit water, dan niacinamide. Bahan-bahan tersebut menghidrasi dan mengeksfoliasi kulit secara ringan. Selain itu, COSRX PHA Moisture Renewal Power Cream juga mempunyai manfaat mencerah.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Pemilik Kulit Sensitif & Berjerawat, Cuba 12 Produk Skincare Korea Ini Kesannya Tampak Segera.

8. Laneige Time Freeze Firming Sleeping Mask

Dari pelbagai varian sleeping mask Laneige, anda boleh cuba produk dengan packaging silver ini. Formulanya mampu membuat kulit yang kendur kembali tegang. Selain itu, teknologi Dynamic Collagen yang dikandungkan di dalam Laneige Time Freeze Firming Sleeping Mask juga berfungsi menghilangkan lima tanda penuaan sekaligus. Mulai dari kulit kering, tekstur yang kasar, garis-garis halus, pori-pori yang membesar, juga rona wajah yang kurang merata.

PERHATIAN: 12% DISKAUN untuk beberapa produk koleksi Laneige  dengan menggunakan kod: HBLANG12. Sah selama 10 hari bermula 10/9/2020
berakhir pada 20/9/2020.

9. Nacific Fresh Herb Origin Sun Block

Memakai tabir suria wajib untuk semua peringkat usia. Untuk anda yang lingkungan umur 40an, Nacific Fresh Herb Origin Sun Block. Selain melindungi kulit dari bahaya sinar UV dengan SPF 50 yang dibawanya, sunblock terbaik keluaran Nacific ini juga punya kemampuan mengawal minyak wajah yang luar biasa. Sedangkan bahannya, terdiri dari ekstrak lavender, chestnut shells, green tea, cranberry, dan bunga calendula yang siap membuat wajah lebih lembap dan segar.

Mahukan kulit tegang dan anjal masih seperti muda remaja persis selebriti Korea, inilah rangkaian produk perawatan wajah usia 40 tahun ke atas dari jenama Korea yang wajib dicuba. Walaubagaimanapun sesuaikan penjagaan kulit dengan jenis kulit anda, sekiranya mempunyai efek sampingan anda disarankan berjumpa dengan pakar kecantikan.

Published by
SH