Kulit awet muda bukan anugerah alam semula jadi. Ia dicapai melalui rutin yang betul. Wanita cantik jarang beritahu rahsia kecantikan mereka, melainkan ianya sudah berhasil.
Hijabista ingin berkongsi beberapa rahsia yang akan membantu anda mengekalkan kulit anda kelihatan sempurna untuk beberapa tahun akan datang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Gunakan kaedah “4-2-4” semasa mencuci
Kaedah “4-2-4” ialah: 4 minit menyapu minyak hidrofilik pada kulit muka, kemudian 2 minit menggunakan krim penulen. Setelah ini selesai, luangkan masa 4 minit lagi untuk membilas kulit dengan air. Proses pembersihan seperti ini dikenali sebagai pembersihan 2 peringkat.
Gunakan span Konjac
Bersihkan kulit anda dengan berhati-hati, gunakan span konjac khas ini adalah span yang telah dihasilkan daripada akar tumbuhan konjac. Sebelum menggunakannya, biarkan ia direndam dalam air suam selama beberapa minit untuk menjadikannya lembut. Kemudian perah sedikit dan bersihkan muka anda menggunakan gerakan membulat, bermula dari dahi dan turun ke dagu.
Berikan wajah rutin kecantikan istimewa yang terdiri daripada serum emulsi dan pati
Di Asia, sebagai contoh, wanita boleh menggunakan sebanyak 10 produk untuk menjaga kulit wajah mereka! Semua produk kecantikan pakar hendaklah digunakan dengan cara berikut, pertama, sapukan produk tersebut dengan tekstur ringan, kemudian yang lebih berat dan akhirnya krim dan emulsi yang paling tebal harus digunakan. Dengan cara ini, kulit anda akan dapat menyerap jumlah maksimum bahan-bahan pemulihan.
Ads
Lindungi wajah daripada kesan cahaya biru dan ungu
Pada peringkat pertama, ini adalah cara yang berkesan untuk melindungi kulit anda daripada sinaran matahari dan cahya biru peranti anda yang boleh menjejaskan walaupun pada hari yang mendung dan di dalam rumah. Pada masa yang sama, ramai yang menggunakan krim SPF untuk melindungi diri daripada kesan penuaan yang disebabkan oleh cahaya matahari.
Gunakan air beras untuk menjadikan kulit anda kelihatan cantik
Selama berabad-abad, air beras digunakan untuk meningkatkan kecantikan kulit dan rambut. Mencuci muka dengan kerap menggunakan air beras akan menjadikan kulit anda lembut serta meningkatkan warna dan tona. Bahan ajaib ini juga boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan rambut, ia boleh bertindak sebagai pembilas yang baik apabila mencuci syampu.
Tambahkan pudina dan teh hijau ke dalam produk kosmetik
Pudina dan teh hijau adalah elemen penting dalam menjaga kulit anda. Produk ini terkandung dalam pelbagai topeng muka, krim anti-penuaan, emulsi, minyak dan infusi. Menggunakan pudina dan teh secara kerap akan menjadikan kulit anda lebih sihat dan membantunya bersinar.
Tukarkan produk menjadi buih sebelum disapu pada muka
Elak daripada menggosok produk kosmetik terus ke dalam kulit. Sebaliknya, mereka harus menggunakannya dalam sapuan cahaya, yang membantu menguatkan aliran darah ke kulit dan seterusnya, menguatkan proses pemulihan dan membantu peremajaan. Anda juga boleh menggabungkan produk menjadi buih hanya gunakan beg bersih yang direka khas untuk tujuan ini.
Mencapai kulit yang cerah dan sempurna
Ads
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlu menggosok kulit anda dan menggunakan topeng pemutih kulit.
Ambil 1/2 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk cendana. Gaul sebati.
Anda memerlukan separuh tomato yang dihiris.
Gosok kulit anda dengan lembut dengan tomato ini dan campuran cendana gula selama 5-10 minit.
Perah tomato untuk menyapu jus dengan betul.
Selepas menyental, basuh kulit anda dengan air biasa.
Untuk penyediaan topeng pemutihan kulit, parut kentang. Sekarang ambil penapis, dan keluarkan jus daripadanya.
Tuangkan 2 sudu teh tepung beras ke dalam mangkuk
tambahkan 1 sudu teh madu, 4 sudu teh jus kentang, dan 3 sudu teh jus lemon. Gaul sebati.
Sapukan lapisan tebal topeng pada kulit anda, dan biarkan selama 30-40 minit. Kemudian urut perlahan-lahan selama 2-5 minit.
Basuh dengan air suam.
Gunakan minyak
Bukan sahaja di muka anda! Anda boleh menggunakan minyak organik seperti minyak kelapa, minyak avokado dan juga minyak zaitun untuk pelbagai bahagian badan anda dan untuk kesan yang berbeza. Minyak kelapa akan memupuk kulit anda dan minyak zaitun akan memberikan anda warana kulit yang sempurna tanpa merosakkan kulit anda.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 47 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial.
Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Beliau bukan sahaja dikenali kerana dakwahnya, tetapi ibu kepada tujuh cahaya mata ini juga gigih menimba ilmu dan siapa sangka beliau juga merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada hijabi di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak. Hijabista cukup bangga dengan kejayaan yang dikecapi.
Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga, suami dan anak-anak.
IDOLA SELURUH WANITA MUSLIMAH DI MALAYSIA
Dato Dr Norhafizah Musa. Inilah indikasi contoh terbaik untuk seorang “beauty with brain”. Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh wanita muslimah di Malaysia.
PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata, tapi memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu.
Hijabi juga harus mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama, secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
BEAUTY WITH BRAIN
Buat semua wanita yang mendambakan menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah kita semua. Amin.
Siapa sahaja yang tidak suka mendengar muzik, sudah pasti setiap orang mempunyai genre muzik tersendiri tidak kira balada, jazz, rock, dan sebagainya. Jadi anda tahu tak bahawa muzik juga mempengaruhi mood kita?
Adakah betul muzik berkebolehan sebegitu atau ia sekadar bualan kosong sahaja? Ya, terdapat kajian yang menunjukkan emosi kita boleh terangsang dengan lagu yang kita dengari.
Dengar lagu ubah emosi menjadi lebih ceria
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa muzik mempunyai kesan kepada emosi–mungkin ia membawa kepada positif mahupun negatif berpandukan muzik tersebut. Muzik juga diakui dapat bantu menyingkirkan kesedihan dan juga kegelisahan serta ia dapat meningkatkan rasa bahagia dan baiki emosi.
Menurut Hellodoktor, beberapa pakar beranggapan muzik dapat membantuk mengurangkan potensi kemurungan dan kegelisahan oleh kerana ia dapat beri kesan yang banyak di bahagian otak. Hippocampus, prefrontal, dan korteks adalah bahagian otak yang memainkan peranan untuk mengendalikan emosi dan juga perasaan dalm pengurusan aspek rentak, meter, timber, pitch sesuatu muzik.
Ahli terapi juga menggunakan muzik sebagai alternatif untuk mengajar individu yang menghidapi strok atau bagi individu yang lembam untuk bercakap kembali atau tidak mampu bercakap dengan jelas. Juga terapi itu boleh membantu perubahan emosi sebagai rawatan kemurungan dan kegelisahan. Ada beberapa lagi kegunaan muzik yang lain, antaranya:
Muzik dapat memberi emosi positif
Seperti yang kita tahu, kebanyakan orang yang sedih sering menggunakan alternatif lain untuk mengekspreskan perasaan mereka itu kepada sesuatu benda. Jadi muzik menjadi salah satu alternatif buat kebanyakan orang kerana apabila anda mendengar lagu yang bernada menenangkan, ia dapat menyumbangkan kepada serotonin, hormon yang berperanan penting untuk mewujudkan rasa bahagia dan keselesaan.
Muzik juga mampu mengeluarkan satu hormon yang di panggil dopamin, neuroytransmiter yang penting untuk meningkatkan emosi. Hormon sperti norepinephrine juga terhasil dengan banyak jika seseorang itu mendengar muzik yang gembira.
Gelombang otak di ubah suai
Bukan sahaja berfungsi untuk mengubah emosi anda dari sedih kepada gembira, ia juga boleh mengubah emosi yang bakal muncul secara bila-bila. Gelombang di otak akan dapat berubah oleh muzik walaupun ia tidak kedengaran. Ini terbukti bahawa mendengar muzik adalah sinonim dengan rasa positif selama berjam lamanya.
Begitulah hebat juga muzik yang mampu mengubah persepsi serta emosi kita. Tetapi muzik bukanlah penawar untuk segala-galanya, sudah tentu anda perlu bertafakur dan juga mendapatkan rawatan yang sebetulnya untuk membantu anda jikalau menghadapi masalah depresi atau kemurungan yang teruk.
Bila menyebut hidangan paling sedap pernah dinikmati seumur hidup, pasti ramai yang memberikan jawapan masakan air tangan ibu. Ya, tidak dinafikan, masakan air tangan ibu adalah paling istimewa di hati setiap individu bergelar anak!
Walau ke mana juga kaki melangkah, masakan air tangan ibu sendiri sememangnya tiada tandingan. Walaupun hanya hidangan ringkas seperti telur goreng, namun masakan ibu tetap paling sedap di dunia.
Terkenang Masakan Ibu Setiap Kali Ramadhan
Setiap kali tibanya Ramadan pasti terkenangkan masakan arwah ibunya. Siti Elizad memuji masakan arwah ibu memang super sedap, terutamanya bila masak lemak cili padi dan rendang.
“Ada sesuatu yang istimewa dalam masakan mama, sebab setiap masakan lauk pauknya, mama mesti tambah ulam-ulaman, tak kisahlah ulam apa, kebiasaanya pucuk ubi. Malah, di sekeliling rumah di kampung dulu, mama tanam macam-macam jenis ulam-ulaman,” katanya.
Luah Elizad, selepas pemergian ibu, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh ke pangkuan Ilahi akibat penyakit Parkinson, rasa rindu yang teramat terhadap ratu hidupnya itu sukar dibendung.
“Saya bersyukur sempat mewarisi ilmu memasak daripada ibu. Cuma saya tak sempat belajar menjahit dengan arwah,”ujar Elizad mengenang ibunda tersayang.
Sebagai anak tunggal perempuan daripada lima beradik, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin mengambil alih tugas arwah dalam membuat persiapan raya.
“Dulu ibulah yang menjahit baju raya kami sekeluarga selain mencari langsir untuk disuai padan. Menu istimewa lebaran pastinya rendang campur air tangan ibu yang selalu dirindui,” katanya mengakhiri perbualan.
GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
(Resipi: Datuk Chef Wan)
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi (daun lembut sahaja)
1kg daging salai | hiris nipis
3 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | siat-siatkannya
1kg santan pekat
Garam dan gula
4-5 biji belimbing buluh
1 keping asam gelugor
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
1cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging salai dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan separuh dari santan.
2. Masak sekejap sehingga daging empuk.
3. Setelah kuah agak kering, masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata. Guna api dapur yang agak sederhana agar santan tak pecah.
4. Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam dengan secukupnya. Masukkan belimbing buluh dan daun pucuk ubi yang telah dibersihkan.
5. Setelah daun agak layu sedikit, dalam 10 minit bolehlah tutup api. Sedia untuk dinikmati.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!