Setiap insan di muka bumi ini inginkan pola gaya hidup sihat agar senantiasa cergas, kurang berisiko menghidap penyakit dan melalui hari nan indah. Kali ini, Hijabista kongsikan serba sedikit pola gaya hidup sihat yang bagus untuk diamalkan.

Yakin dan usaha, pasti ia berjaya dilakukan. Jika diamalkan secara konsisten akan membuatkan anda kekal sihat, cergas dan awet muda. Lebih-lebih bila mahu meraikan Syawal mulia.

AIR MINERAL MENCUKUPI

Air mineral adalah air yang bagus diminum setiap hari, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ia mampu mencuci usus dan melancarkan sistem penghadaman. Mineral juga dapat membantu mengawal sisa kotoran di dalam tubuh.

Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!
Ambil air mencukupi.

TOLAK AIR KARBONAT

Ramai yang meminati air berkarbonat, bukan? Rasanya enak dan melegakan, namun awas! Kandungan gula di dalamnya amat tinggi hingga mampu membuatkan anda mengalami masalah kegemukan dan buncit perut andai terlalu kerap pengambilannya.

Ads
Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!
Elakkan air bikarbonat.

CUKUP TIDUR

Waktu tidur juga amat dan harus dipertimbangkan. Tidak boleh kurang mahupun terlebih masa tidur.  Ini kerana tenaga dan imunisasi badan akan lemah andai tidak dijaga. Maka, anda harus amalkan gaya tidur mengikut jam yang ditetapkan; 6 jam minimum dan maksimum adalah 8 jam.

Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!
Tidur yang mencukupi.

MENTALITI POSITIF

Nampak mudah bukan mengenai mentaliti yang positif. Kini anda harus tahu fikiran anda harus dijaga agar tidak terlalu memikirkan hal orang lain, sebaliknya fikirkan yang baik-baik sahaja. Usah terpengaruh dengan anasir negatif.

Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!
Kekal positif.

AMAL MINUM JUS

Amalkan meminum jus setiap hari kerana jus juga dapat mengawal berat badan manusia. Ia boleh menurunkan berat badan kerana setiap buah-buahan mempunyai zat tersendiri.

Ads
Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!
Jus juga baik untuk kesihatan.

SELALU KETAWA

Mungkin anda tidak tahu bahawa ketawa juga mampu mengubati penyakit kerana ketawa dapat menghilangkan stres. Akan tetapi, usah ketawa berlebih-lebihan, tampak tidak sopan apatah lagi di khalayak ramai.

Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!
Ketawa boleh hilangkan stress.

RAJIN BERSUKAN

Perkara yang wajib anda lakukan, bersukan setiap hari selama 30 minit dikatakan dapat melupakan segenap kerja seharian anda. Inilah hiburan yang positif untuk diamalkan.

Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!
Kalau boleh sentiasa bersukan untuk kekal sihat.

SISTEM MAKANAN

Usah pernah tinggalkan sarapan pagi anda. Ambil sarapan dalam kuantiti yang banyak kerana ia dapat memberikan kamu tenaga, ambil sedikit sahaja ketika makan tengah hari dan lebihkan minuman berkhasiat ketika waktu malam.

Ads
Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!
Diet sempurna.

JAUHI ASAP ROKOK

Jauhi diri dengan persekitaran yang berasap terutama asap rokok mahupun ‘vape’ kerana asap itu membawa kotoran dan ia mampu memberi kesan buruk pada sistem pernafasan manusia dan permukaan kulit wajah anda. Buat para hijabi, usah sesekali anda merokok kerana terdapat trend kini  yang membawa imej negatif si hijabi merokok tanpa segan silu di khalayak ramai. Ini sememangnya mengundang persepsi negatif dan menggores imej hijabi. Utamakan kesihatan dan kebersihan diri. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?

Wajib Lakukan 9 Amalan Rahsia Ini Untuk Tampil Flawless, Glowing & Confirm Meletop Raya Nanti!
Hindarkan persekitaran yang ada asap rokok.

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI