Berkat konsistensinya melakukan diet, berat badan aktres Indonesia terkenal, Laudya Cynthia Bella sentiasa ‘maintain’.
Selepas berunding dengan pakar pemakanan, aktres yang terkenal dengan panggilan Bella ini mengikuti program diet sejak Disember 2021.
Anak kelahiran Bandung ini mengakui berat badannya pernah mencecah sehingga lebih 60kg sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berdiet.
Berkat amalan pemakanan yang konsisten, berat Bella kini mula stabil mengikut berat idealnya.
Bella yang dilahirkan pada 24 Februari 1988, memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengurangan kalori termasuk memilih jenis makanan yang sesuai untuk tubuhnya.
Disebabkan Bella menghadkan pengambilan karbohidrat termasuk nasi putih, dia beralih pula kepada shirataki, nasi konjac, quinoa, dan lain-lain.
Ads
Bella juga tidak kurang selektif tentang lauk pauk yang diambilnya. Dia cuba sedaya upaya untuk memilih makanan yang lengkap supaya berat badannya tidak mudah naik dan kekal cergas setiap hari.
Bagi mengekalkan kualiti pemakanannya, Bella lebih kerap memasak lauk pauk yang dimakannya sendiri.
Berikut 9 menu sihat pilihan Bella.
DAGING
Bella kerap juga makan daging terutama daging lembu. Biasanya dibuat stik atau tumis. Jumlah daging lembu yang biasa dimakan semasa diet ialah sekitar 85g.
IKAN
Bella biasanya mengambil 100g ikan dan dimakan ketika makan tengahari dan makan malam. Jenis ikan pula tidak kisah asalkan tidak digoreng. Ikan mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin D. Disyorkan oleh pakar, ikan adalah baik untuk dimakan dua kali seminggu untuk menyokong diet sihat.
Ads
AYAM
Jika tidak ambil ikan, Bella akan gantikannya dengan ayam. Melaporkan daripada indiatoday.in, ayam mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak. Jadi lauk ini boleh berfungsi untuk menguatkan otot, menurunkan berat badan, menyihatkan tulang, dan sebagainya.
Bella juga sering mencampurkan daging dengan sayur-sayuran. Salah satunya ayam dengan kubis cina. Mengimbangi pengambilan daging dan sayur-sayuran sangat berkesan dalam menyokong penurunan berat badan
PUTIH TELUR
Bella memilih bahagian putih sahaja kerana mengandungi protein yang tinggi untuk membina otot dan membakar lemak.
Ads
Selain itu, putih telur sesuai untuk diet kerana ia rendah kalori, lemak dan kolesterol. Putih telur juga mempunyai rasa yang enak dan boleh diolah menjadi pelbagai menu harian.
CENDAWAN
Cendawan ialah sumber protein. Melaporkan dari webmd.com, cendawan berguna untuk diet kerana ia rendah kalori, tinggi serat, dan boleh menjadi sumber protein serta antioksidan bagi meningkatkan metabolisme badan.
TAUHU
Bella juga kerap makan tauhu yang digoreng tanpa minyak. Bella menggorengnya dalam air fryer. Tauhu kaya dengan protein dan asid amino untuk menyokong penurunan berat badan.
TEMPE
Tempe juga sering menjadi pilihan Bella dalam dietnya. Bukan sahaja bagus untuk penurunan berat badan, tempe juga boleh meningkatkan kolesterol, menjaga kesihatan jantung, mencegah keradangan, dan pelbagai khasiat lain.
SOTONG
Sesekali, Bella turut mengambil makanan laut seperti sotong yang tinggi protein, asid lemak omega-3, vitamin C, zat besi dan kalsium yang membantu menurunkan berat badan. Namun, jangan terlalu kerap makan sotong kerana ia boleh memberi kesan tidak baik di kemudian hari terutama bagi mereka yang alah dengan makanan laut.
UDANG
Bella juga gemar makan udang goreng tanpa minyak. Udang mengandungi protein yang tinggi, rendah kalori dan lemak, serta kaya dengan antioksidan untuk meningkatkan metabolisme badan ketika berdiet.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perut ini asyik berbunyi sahaja, rasanya makan dah cukup kenyang tetapi kenapa bunyi lagi? Pasti anda pernah alami situasi sebegini bukan, apakah punca perut yang sering berbunyi ini? Adakah ia menunjukkan faktor kondisi kesihatan yang mudarat?
Sebenarnya kita telah terlalu biasa dengar perut berbunyi tanda kita lapar. Hakikatnya, perut juga berbunyi sebagai satu petanda masalah kesihatan.
Perut berbunyi sebagai penggera badan
Ramai yang anggap bahawa perut berbunyi secara kebiasaannya kerana ia tanda lapar dan perut kosong. Jadi ia tidak menjadi satu masalah kerana jalan penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan makan.
Namun, makan sudah cukup kenyang–tetapi perut masih lagi berbunyi seolah-olah tidak menjamu apa-apa makanan sebelumnya, kePeunapa ya? Ia mungkin menjadi tanda tanya buat anda.
Menurut HelloDoktor, perut berbunyi mungkin bukan sahaja sebagai penggera badan untuk memberitahu kita bahawa sudah tiba waktu makan. Malah, perut berbunyi oleh di sebabkan beberapa faktor pengambilan makanan atau jangkitan penyakit pada usus badan!
Jadi ada beberapa sebab kenapa perut kita berbunyi, ini adalah antaranya:
1. Perut berbunyi tanda lapar
Ya, perut berbunyi menandakan kita lapar. Apabila badan kita mula berasa lapar, terdapat berlaku satu peningkatan sejenis hormon di dalam otak. Hormon ini berfungsi untuk menghantar isyarat kepada usus dan juga perut.
Oleh dengan itu, usus dan perut menerima isyarat dan mula memberikan tindak balas seperti mengeluarkan bunyi dari dalam perut. Kejadian kontraksi ini adalah normal dari perut dan usus kerana ia memberikan reaksi normal ketika kita lapar.
2. Perut masih berbunyi selepas makan
Perut juga boleh berbunyi selepas makan oleh kerana ia merupakan tindak balas dalam tubuh yang normal. Kenapa ia terjadi? Dinding sistem pencernaan akan mula beri kontraksi supaya makanan yang di makan itu dapat melepasi perut ke bahagian usus dengan mudah.
Hal itu membuatkan perut anda akan berbunyi selepas makan dan tanpa sedar ia merupakan bunyi ‘kilang pencernaan’ sedang mula beroperasi. Jadi anda tidak perlu khuatir jika perut berbunyi selepas makan.
3. Perut berbunyi kerana gas
Jika kadar jumlah gas yang besar melalui sistem pencernaan, ia akan membuatkan perut kita berbunyi. Oleh dengan itulah kita sering mendapati perut yang berbunyi ini akan membuatkan kita rasa sebu dan banyak angin yang membuatkan kita sendawa!
4. Jangkitan dan keradangan pada gastrousus
Perut yang berbunyi juga boleh menunjukkan satu kondisi masalah kesihatan. Salah satu masalah kesihatan adalah keradangan atau jangkitan gastrousus erti kata lain perut.
Perkara ini sering berlaku bagi mereka yang menghidapi penyakit Crohn’s–penyakit keradangan yang kronik pada usus besar dan ileum di mana ia berkait rapat dengan ulser dan fistula. Selain dari perut berbunyi, sensasi loya dan mual-mual serta cirit-birit adalam simptom yang boleh terjadi.
5. Halangan dalam usus
Apabila banyak kadar cecair atau gas yang ada dalam perut, ia akan menyukarkan saluran gastrousus dan menyebabkan bunyi dalam perut. Hal ini kerana, usus akan meningkatkan kadar pergerakan peristaltik bagi membantu aliran cecair dan gas supaya lebih lancar.
Seterusnya, bunyi dalam perut terhasil oleh proses itu. Halangan lain dari cecair atau gas adalah di sebabkan oleh jangkitan cacing, penyakit keradangan atau hernia (angin pasang).
Kebanyakan orang akan mula sangsi dengan masalah kesihatan mereka dengan apa yang mereka ketahui. Jadi apa yang di sarankan untuk anda lakukan bagi mengurangkan masalah perut yang berbunyi ini adalah dengan ikuti cara ini:
Minum sejumlah air kosong yang banyaksupaya ia dapat membantu melancarkan proses pencernaan.
Makan sesuatu ketika laparagar dapat mengelakkan masalah seperti perut masuk angin.
Makan perlu dalam keadaan tenang dan perlahanbagi mengelakkan masalah ketidakhadaman.
Elakkan pengambilan minuman yang bergas kerana minuman itu dapat meningkatkan kadar gas dalam badan.
Kawal saiz hidangan anda, makan dengan banyak boleh membuatkan ketidakhadaman dan halang proses pencernaan untuk bergerak dengan mudah.
Amalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja ia mampu meningkatkan kesihatan badan malah boleh membantu proses pencernaan anda jua.
Jika ada terdapat dari kalangan anda yang menghadapi masalah perut berbunyi yang agak membimbangkan, segera dapatkan rawatan dari doktor supaya dapat mencegah sebelum menjadi lebih teruk. Pastikan anda jangan memaksa diri untuk mencuba apa-apa tip yang boleh memudaratkan kesihatan.
Dahulu kita di kejutkan dengan berita kesihatan bintang sensasi pop terkenal, Justin Bieber, di mana dia terpaksa membatalkan konsert jelajahnya oleh kerana kondisi kesihatan yang menyebabkan dia lumpuh sebelah muka. Perkongsiannya itu mengejut lagi para minat dan sedih dengan beritu itu.
Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai kondisi yang di hadapinya itu bukan? Lumpuh sebelah muka itu merupakan penyakit yang bernama Sindrom Ramsay Hunt.
Lumpuh separuh muka sangat azab!
Penyanyi yang berusia 28 tahun itu telah menjelaskan bahawa kondisinya itu sangat menyukarkannya untuk menyanyi atau membuat ekspresi muka sekali pun. Jadi apakah yang menyebabkan penyanyi ini jadi sebegini?
Keadaan ini akibat jangkitan virus yang telah menyerang saraf pada kawasan telinga dan wajah di panggil sebagai Sindrom Ramsay Hunt yang berpunca dari virus varicella zoster, juga di katakan virus yang sama menyebabkan caca air (chicken pox).
Menurut Hellodoktor, sindrom ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang pernah menghidap penyakit caca air. Secara lazimnya, dalam kalangan orang yang lebih berusia dalam likungan umur 60 tahun ke atas. Virus ini meski pun tidak aktif boleh juga menjadi aktif semula dan menyerang kawasan saraf.
Sindrom Ramsay Hunt ataupun herpes zoster oticus ini berlaku apabila berlaku pergerakan kayap yang mula menyerang saraf di kawasan muka atau secara terperinci berdekatan dengan salah satu telinga penyakit. Selain dari ruam kayap yang menyakitkan, persakit juga akan alami kondisi lumpuh muka di sebelah dan hilang deria pendengaran di sisi wajah yang terkesan.
Di bahagian dalam telinga juga boleh di jangkiti ruam yang tumbuh bahkan juga di lelangit dan lidah. Pesakit juga boleh mengalami vertigo (sensasi yang menyebabkan pening kepala atau objek berputar di sekeliling anda) jika berlaku sebarang kecederaan dalam telinga.
Terdapat dua tanda juga simptom Sindrom Ramsay Hunt ini, antaranya:
Ruam berwarna merah dan penuh cecair tumbuh di bahagian dalam dan luar sebelah telinga.
Lumpuh di sebelah muka pada sisi yang sama dengan telinga yang terkesan.
Kebiasaannya, ruam dan lumpuh ini berlaku pada waktu yang sama. Salah satu simptom juga boleh muncul terlebih dahulu. Penghidap Sindrom Ramsay Hunt berkemungkinan akan mengalami masalah seperti:
Sakit telinga
Hilang deria pendengaran
Bunyi nyaring dalam telinga (tinnitus)
Sukar menutup sebelah mata
Rasa persekitaran berpusing (vertigo)
Mulut dan mata kering
Tetapi ia berbeza dengan penyakit Bell’s Palsy meski pun ia mempunyai simptom yang lebih kurang dengan Sindrom Ramsay Hunt. Walau bagaimanapun, perbezaan utama antara dua kondisi ini ialah ruam yang berpunca dari kayap–penghidap Bell’s Palsy tidak akan mengalami masalah ruam.
Antara simptom lain bagi penyakit Bell’s Palsy yang anda perlu tahu adalah:
Kelumpuhan berlaku dengan sangat pantas! Hanya ambil masa beberapa jam ke hari.
Lumpuh sebelah muka menyebabkan pesakit sukar untuk mengelip mata atau senyum.
Keluar air liur dari mulut.
Sakit di kawasan rahang atau belakang telinga.
Pening kepala.
Sensitif kepada bunyi–terutama sekali pada bahagian telinga yang terjejas.
Hilang deria rasa.
Perubahan jumlah air liur dan air mata yang di hasilkan.
Jadi jika tidak pesakit yang menghidap sindrom Ramsay Hunt ini tidak mendapatkan rawatan, mereka akan mengalami masalah untuk sembuh sepenuhnya dan hampir 50% akan alami masalah untuk gerakkan otot pada bahagian wajah yang terjejas. Sebahagian dari pesakit juga ada yang boleh mengalami masalah lumpuh yang kekal! Jadi anda di sarankan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Jangan lengahkan masa.
Penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Nuha Bahrin yang terkenal dengan lagunya Casablanca tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui video nyanyiannya dalam sebuah pertandingan realiti sebelum ini kembali tular.
Umum mengetahui bahawa lagu duet penyanyi ini, Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca telah mendapat sambutan baik daripada netizen. Namun, disebalik kejayaan lagu duet tersebut, timbul pula satu isu yang tidak menarik baru-baru ini selepas video nyanyian lamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian iaitu Vokal Mania, kira-kira dua tahun yang lalu dijadikan bahan jenaka netizen.
Terdahulu, pada Oktober 2020 Nuha dikritik dan dilabel sebagai ‘perosak lagu’ kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.
Jelasnya, dia tidak mahu peduli dengan kata-kata sindiran tersebut dan langsung tak terasa hati malahan dia sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.
“Saya juga cuba melihat daripada sudut positif di mana kecaman dan kritikan itu juga sebagai salah satu peringatan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Tak mengapa, terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulilah saya rasa nyanyian saya semakin bertambah baik. Mungkin tidak ‘sesedap’ yang orang sangkakan, mungkin juga tidak mencukupi bagi sesetengah orang, tak apa sebab masih banyak lagi yang saya harus saya pelajari,” ujarnya menerusi temubual bersama Gempak.
Namun dia juga mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu apabila ibunya terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.
“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.
Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab.
Ketika mengulas mengenai perkara itu, Nuha tiba-tiba mengalirkan air mata dan mengakui hal tersebut sedikit sebanyak membuatkannya beremosi kerana memberikan impak terhadap keluarganya.
“Siapa yang menularkan semula video tersebut, saya tak ada benda yang ingin dikatakan… Saya harap diberi kekuatan untuk maafkan anda.
“Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.
“Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang sahaja yang rasa sakit. Tapi tanpa sedar semua itu beri impak kepada orang sekeliling. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.
“Saya merayu padanya supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Tak adil bagi mereka untuk turut terluka sebab bukan salah mereka pun.
“Kepada yang memberikan sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat” ujarnya lagi.
Masyaallah… Buat netizen yang asyik meninggalkan komen negatif itu, boleh lah berhenti. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan. Tapi apakan daya, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Buat Nuha, teruskan berkarya dan jangan berputus asa di dalam industri ini.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...