Bagi mereka yang baru berhijab pasti agak sukar memilih hijab bersesuaian. Misalnya jika anda tersalah pilih akan menampakkan diri seperti memakai kain keras yang kejung dan menyebabkan penampilan sedikit cacat.
Namun usah risau, HIJABISTA senaraikan beberapa tip dan trik bagi mereka yang baru berhijab untuk nampak cantik dan menarik sepanjang hari. Ayuh, buat pilihan dengan betul hijab apa sesuai digayakan supaya penampilan tetap menyerlah walaupun pertama kali berhijab.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Fabrik yang mudah menyerap peluh seperti kain kapas dan kain bawal. Jangan memilih jenis satin kerana ia akan merosakkan penampilan anda ketika berpeluh. Namun, jika majlis diadakan di tempat yang berhawa dingin mungkin tidak salahnya untuk menggayakan apa sahaja jenis material hijab.
Hijab berona gelap dan kusam. Selain memberikan impak gaya yang kurang menarik, ia juga akan membuatkan akan berasa sedikit panas kerana faktor warnanya.
Untuk anda yang bertubuh sedikit besar, elakkan padanan corak berbunga besar untuk kombinasi hijab dan baju kurung. Apa kata anda gayakan busana kurung polos bersama hijab berbunga. ‘Less is more’.
4. Untuk mendapatkan penampilan yang lebih manis, pilih seleksi hijab berona pastel seperti merah jambu lembut, biru air dan juga kuning langsat.
5. Untuk anda yang lebih berani, tidak salah untuk menggayakan seleksi hijab berona neon dan terang. Pasti penampilan anda akan lebih wow!
6. Usah gentar untuk bergaya sedikit luar biasa. Dewasa ini, banyak koleksi hijab yang glamor dan ditaburi permata. Ayuh, kita gayakan.
7. Pilih aksesori hijab seperti kerongsang dan pin yang comel. Bagi hijab yang polos, anda digalakkan untuk menjadikan kerongsang sebagai hiasan, namun jika sarat dengan corak, tidak digalakkan untuk bergaya berlebihan. Kalung bib juga pelengkap riasan wajahmu…cubalah!
8. Usah terlalu motif sarat; terkadang ia tidak secocok dengan kita. Berpada-padalah dalam memilih motif hijab.
Ayuh, pilih hijab yang sesuai dengan bentuk wajah!
Pemilik wajah bujur boleh menggayakan pelbagai fesyen hijab kerana empunya wajah ini mempunyai raut yang versatil. Setiap gaya kena dengan si pemakai dan jika mahu tampil berani, cuba gaya ‘turban’ atau semi-‘turban’
untuk kelainan.Bagi mereka yang berwajah petak, kebiasaannya tulang rahang akan lebih menonjol. Elakkan dari memakai hijab yang melekat di wajah kerana ia hanya akan memberi fokus kepada tulang rahang tersebut sekali gus membuat anda tampil garang dan agak maskulin. Sebaliknya, pilih stail hijab yang boleh membuatkan wajah tampak bujur. Untuk mendapatkan efek ini, bentuk hijab di bahagian rahang serta dagu agar ia tampak bujur atau bulat. Dedahkan bahagian tulang pipi dan dahi kerana ia berkesan untuk memberi ilusi wajah agar tampil lebih panjang.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe