8 Trik Ini Boleh Bantu Atasi Masalah Remeh Dalam Berfesyen. No 4 & 8 Sangat Membantu Hijabi

Share

Merawat item fesyen yang ada sedikit cacat-cela dari Internet atau petua orang tua-tua ada kalanya ‘menjadi’ ataupun kebarangkalian sebaliknya. Jalan pintas, cuma padukan dengan sedikit daya kreativiti, hasilnya adalah penyelesaian yang bakal melegakan minda dan resah di hati hijabi.

Admin nak kongsi tersembunyi yang kemungkinan bakal memanfaatkan anda di kala berhadapan masalah begini. Bimbang mood untuk ke pejabat terus hilang gara-gara dek masalah ini.

1. Lembutkan Baju ‘T’ Dengan Garam

Teknik ini dijangka memerlukan sedikit masa dan inci kesabaran, namun ikhtiar nan minima. Hanya perlu rendamkan baju ‘T’ dalam larutan air garam (1/2 cawan) selama tiga hari dan basuh seperti biasa bersama detergen. Selepas dijemur hingga kering

, fabrik baju ‘T’ itu akan terasa lebih lembut daripada sediakala.

2. Penggantung Ganda

Anda boleh menggunakannya untuk menggantung dua penyangkut baju secara serentak. Taktik ini juga dipercayai dapat menjimatkan ruangan di dalam lemari.

3. Saiz Aktual Seluar  Denim

Cuci celana denim anda sebelum menghantarnya ke kedai jahit untuk diubahsuai atau servis ‘alteration’. Mengapa? Ini adalah kerana seluar jean akan senantiasa mengecut dan memanjang pabila dibasuh. Nah, hati-hati, ya!

4. Beg Tangan Kotor

Jika beg tangan anda terkena tompokan minyak, taburkan sedikit bedak bayi dan biarkannya semalaman. Menjelang pagi, kesan kotoran itu Insha-Allah akan hilang. Namun, jika kesannya itu masih kelihatan, ulangi langkah yang sama sehinggalah kesan tompokan itu hilang sepenuhnya.

5. Susunan Sistematik

“Sentiasalah menyusun pakaian anda dari ton terang hinggalah ke gelap. Mulakan susunan di dalam almari dari kiri ke kanan. Susunan akan kekal konsisten tanpa berserabut,” kata Melanie Charlton Fascitelli, Pengasas Clos-ette and Clos-ette Too.

6. Saiz Busana Ideal

Jika anda mencuba busana baru, acu kelim baju dengan tulang bahu dan bukannya pada tulang selangka anda untuk mendapatkan ukuran yang seakan-akan hampir tepat. Cubalah!

7. Cuka Kekalkan Warna

Tambahkan 1/2 cawan cuka putih pada bilasan akhir ketika mencuci untuk mengekalkan warna gelap pada celana jean anda. Pasti ia akan terlihat kekal baru tanpa lusuh.

8. Seluar Sendat

Terasa ketat pabila menyarung seluar pada batang kaki? Regangkan bahagian pinggang dengan tangan atau pengering rambut ketika celana masih agak-agak basah. Tujuannya adalah supaya seluar menjadi sedikit longgar daripada saiz terdahulu.

 

 

Published by
Siti Zurina