Jarang kita dengar kelebihan ‘baby powder’ yang sebenarnya boleh membantu kepada faktor kecantikan seseorang, terutama bagi golongan hijabi.

Rupa-rupanya di sebalik botol putih itu tersembunyi 1001 khasiat yang mampu membuatkan penampilan kita jadi lebih cantik dan berseri. Jom kita selidik apa manfaat yang boleh kita perolehi dengan penggunaan ‘baby powder’ ini. Tidak kisah apa jenama sekalipun yang penting ia adalah sejenis bedak serbuk.

1. Untuk memanjangkan bulu mata

Selepas kita memakai lapisan pertama maskara, letak sedikit ‘baby powder’ pada bulu mata menggunakan berus. Kemudian buat satu lagi lapisan maskara. Silap mata ini akan membuat bulu mata kita kelihatan super panjang dan besar sekali.

2. Lipstik kekal tahan lama

Caranya mudah sahaja, guna sehelai tisu dan letakkan di bibir dan kemudian letakkan pula ‘baby powder’ di atas bibir. Kemudian lapiskan dengan lipstik yang hendak kita pakai. Pasti lipstik akan kekal lama penggunaannya dan anda akan berjimat tidak perlu membeli yang baru dalam tempoh beberapa bulan.

IKLAN

3. Gunakan sebagai syampu kering

Sumber gambar: The national

Kita selalu berhadapan dengan masalah rambut berminyak dan tidak mempunyai masa hendak membersihkannya. Jangan risau, hanya guna ‘baby powder’ sebagai syampu kering dengan menaburkan ia pada rambut kita. Urut perlahan-lahan ke akar dan kulit kepala. Kemudian sikat sehingga serbuk itu tidak kelihatan. Melalui alternatif ini anda boleh mengelakkan daripada mencuci rambut anda setiap hari dan kekal menjaganya agar tetap sihat.

4. Mencegah kulit terasa kering & menggelupas

Ketika dalam cuaca kulit kita sangat senang untuk mengalami masalah kering dan menggelupas. Situasi ini akan menyebabkan kita tak selesa jika ada aktiviti di luar. Untuk mengatasi masalah ini, sapukan ‘baby powder’ pada kulit sebelum memakai pakaian. Pasti kita tidak akan rasa tidak selesa akibat masalah kulit kering.

IKLAN

5. Membuat masker untuk jerawat

Sebenarnya ‘baby powder’ juga boleh kita jadikan masker. Caranya ialah dengan mencampurkan air dengan ‘baby powder’ dan kacau hingga sebati. Kemudian sapukan sahaja di wajah selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.

6.  Atasi kulit berminyak di wajah

Bagi yang mengalami masalah berminyak, caranya senang sahaja dengan menyapu ‘baby powder’ di bahagian kulit yang berminyak. Sapu perlahan-lahan dan insya-Allah kesan minyak akan hilang.

IKLAN

7. Hilangkan rasa sakit ketika bercukur

Boleh juga menghilangkan rasa sakit ketika kita mencukur bahagian tertentu seperti bawah ketiak. Sapukan sedikit ‘baby powder’ di bahagian itu dan kemudian barulah boleh mencukur.

8.  Untuk tebalkan alis kening

Sumber gambar: Stylecraze

Kadang-kadang memang geram bila kita lihat mereka yang berkening tebal. Sebenarnya kita juga boleh membuatnya sendiri. Caranya dengan menggunakan ‘baby powder’ yang disapu pada bahagian kening. Hasilnya kening akan menjadi tebal.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI