Setiap hamba di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita seharusnya bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh Allah.
Tanpa disedari, kesihatan yang baik serta umur yang panjang merupakan antara rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita. Ketahui 8 jenis rezeki yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya.
Jika anda rasa anda kekurangan rezeki, anda salah. Allah telah menjamin rezeki anda sejak anda berada di dalam kandungan lagi.
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.
Walaupun rezeki telah ditetapkan oleh Allah, itu tidak bermakna anda perlu berdiam diri dan menunggu sahaja rezeki muncul. Anda juga perlu berusaha kerana ia merupakan salah satu ikhtiar dan usaha anda menjemput rezeki.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm: 39)
Allah sangat sukakan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Sekiranya bersyukur, Allah akan menambah lagi rezeki kepada anda.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim: 7)
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadkan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surah At-Thalaq: 2 – 3)
Salah satu faktor yang menyebabkan rezeki datang adalah dengan melakukan dosa. Dengan memohon ampun dan istighfar, Allah akan membuka pintu rezeki yang telah tertutup.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memprbanyak harta.”
(Surah Nuh: 10 – 11)
Tidak dapat dinafikan bahawa dengan bernikah mampu menggabungkan rezeki masing-masing menjadi satu rezeki yang lain.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur: 32)
Ramai yang mengatakan bahawa anak boleh membawa rezeki. Islam menjawab, saat seorang bayi dilahirkan ke dunia, maka saat itu juga ia membawa rezeki.
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
Sedekah merupakan penawar daripada kemiskinan. Saat bersedekah, Allah akan membalas dengan balasan sepuluh kali ganda daripada rezeki yang anda berikan untuk bersedekah.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak dan sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah: 245)
Sumber: almukhlisin.my