Isi Kandungan
ToggleKehadiran jerawat memang akan meninggalkan parut untuk tempoh yang lama, yang pastinya akan membuatkan anda risau dan rasa rendah diri. Kecacatan kulit yang jelas seperti ini adalah umpama mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Tetapi masalah ini selalunya boleh diselesaikan dengan sedikit usaha dan masa.
Jangan malas! Ini paling penting. Nak cantik mana boleh malas!
Jom ikuti cara mudah untuk hilangkan parut jerawat, yang anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Cara 1 : Ikuti satu regimen kulit
Ikuti satu regimen kulit. Selalunya kulit yang mudah berjerawat adalah daripada jenis “normal atau berminyak”, gunakan regimen kulit yang mengandungi pembersih dan penyegar dengan produk-produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Bersih dan segarkan kulit muka anda sebelum anda keluar pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Cara 2 : Buat masker menggunakan ubi kentang mentah
Buat masker muka menggunakan parutan ubi kentang mentah dan gunakannya dua atau tiga kali seminggu. Ianya cukup mudah. Hanya gosokkan sedikit parutan kentang pada kulit dengan parut jerawat, biarkan ia kering dan basuh. Sangat berkesan untuk semua jenis parut.
Cara 3 : Gunakan pelembab wajah
Tidak bermakna anda mempunyai kulit berminyak, anda tidak memerlukan pelembab pada wajah. Penting untuk anda tahu, Vitamin E amat bagus untuk memudarkan cela pada kulit. Gunakan pelembap kulit yang ringan dan tidak membuat pori tersumbat.
Cara 4 : Buat Tepung L-Askorbik dan Masker Muka Gliserin
Anda akan lihat perbezaan yang ketara dalam masa dua minggu kerana kandungan L-Askorbik mampu menghilangkan cela dan parut sekaligus mencerahkan kulit anda.
Cara 5 : Sentiasa gunakan pembersih dengan pH yang seimbang
Gunakan pembersih yang bersesuaian dengan kulit anda untuk memastikan kulit anda bersih pada setiap masa. Lebih bagus jika anda peka dengan kandungan pH pada pembersih yang anda pilih.
Cara 6 : Minum banyak air
Ini memang sangat penting iaitu minum 8 gelas air sehari. Penghidratan yang menyeluruh adalah bagus untuk semua jenis kulit dan menjadikan kulit anda berseri.
Cara 7 : Minum jus sayur-sayuran untuk kulit yang sihat
Minum segelas jus sayur-sayuran dengan limau nipis segar, tiga kali seminggu. Ia menjadikan kulit anda sihat, berat badan terkawal dan akhirnya memberikan anda kulit yang hebat, jika anda menjadikan ianya sebagai minuman harian anda.
Cara 8 : Minum teh hijau
Minum dua hingga tiga cawan teh hijau sehari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Kecewa Dengan Gurauan Melampau Warganet, Izara Turut Rasai Sebagai Seorang Ibu
Isi Kandungan
ToggleDunia media sosial adalah suatu tempat yang ada kalanya merakamkan momen yang indah, ada saat juga menjadi medan perbahasan antara beberapa pihak. Tambahan lagi, masalah ini juga berpunca dari kekurangan common sense dalam diri seseorang.
Baru-baru ini ramai yang tahu Neelofa kecewa dengan segelintir warganet yang bersikap sambil lewa mengenai gurau senda yang melebih-lebih. Beberapa rakan artis dan juga adiknya sendiri bersetuju bahawa sikap ini sudah melampau.
Bergurau melampaui batas, tidak ada ‘common sense‘
Kini ramai yang sudah tahu dan gembira apabila pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa, kini telah membuat satu posting di Instagram satu klip video kompilasi gambar anaknya, Muhammad Bilal. Tidak di sangkal lagi, Bilal sememangnya comel dan manis seperti yang di ramal oleh orang ramai.
Mungkin itu berita gembira buat kita semua tetapi tidak pada pihak Neelofa dan Suaminya. Tular beberapa hari lepas gambar ‘bocor’ Bilal di laman media sosial dan ramai yang cuba untuk mendapat kepastian tentang hal itu.
Demikian juga, ada yang sanggup membuat satu suntingan gambar yang bertujuan untuk bergurau tetapi sudah melampaui batas. Neelofa juga meluahkan rasa kecewa apabila ada yang tergamak untuk bertindak berlebih-lebihan.
Artikel berkaitan: Kongsi Wajah Bilal Sepenuhnya, Neelofa Titipkan Doa Semoga Afiyyah Sentiasa Untuknnya…
Foto tersebut juga menerima pelbagai komen yang negatif daripada warganet. Berikutan Neelofa tampil membuat story di Instagram mengeluarkan kenyataan supaya hentikan perbuatan tersebut.
“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas itu sebar gambar yang edit fake itu…dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati?
“Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” ujarnya.
Lantas Neelofa juga tidak mensia-siakan peluang untuk memberikan sedikit nasihat kepada warganet mengenai kelakuan yang tidak sepatutnya di lakukan. Katanya di instastory itu, janganlah membuat sedemikian semata-mata untuk memuaskan hati sahaja.
“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara…mengubah atau edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati,
“Benda ini dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tidak baik,” katanya lagi berkenaan isu itu.
Turut di rasai kekecewaan dari seorang ibu
Bukan sahaja dari Neelofa sahaja yang kecewa dengan perbuatan segelintir warganet yang membuat sedemikian, malah, rakan artis, Izara Aishah turut meluahkan rasa marah terhadapat perbuatan itu.
Pelakon dan juga usahawan, Izara, 30, tidak menafikan perbuatan individu tersebut tidaklah wajar di lakukan. Apatah lagi, individu tersebut sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang bayi kecil yang tidak berdosa.
Izara juga turut menyuarakan pendapat bahawa perbuatan ini tidak beretika dan ianya tidak masuk akal kerana menganggu seorang bayi. Jadi tidak sepatutnya sebagai orang dewasa yang boleh berfikir secara rasional untuk membuat perkara tersebut.
Setiap manusia mempunyai kelebihan mereka masing-masing begitu juga dengan kisah mereka. Tidak seharusnya kita terus menghencap seseorang atas dasar tidak puas hati yang tersemat di hati.
Sumber info: mStar
Artikel berkaitan: Hampir 4 Juta Tontonan, Izara Aishah Kongsi Tutorial Hijab Labuh Lepas Peminat Request
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berhijrah Sebaik Pulang Dari Lakukan Ibadah HAJI, Ini Perasaan Sebenar Dirasai MIZZ NINA Setelah 5 Tahun
Memasuki bulan Febuari dianggap hari cukup istimewa. Ini kerana selain dari bulan ini hanya ada 28 atau 29 hari, Febuari juga cukup bermakna buat semua wanita yang berhijab sempena sambutan #worldhijabday di seluruh dunia. Hari di mana kita meraikan wanita Muslimah memuliakan mereka yang berhijab. Biarpun berhijab, tetapi pandangan kita tetap teguh dan berpendirian dalam memperjuangkan hak-hak wanita. Walaupun pelbagai cabaran ditempuhi, tetapi diharapkan kita wanita yang memilih untuk berhijab ini terus kekal istiqomah.
Sebagai ‘public figure’, pastinya tumpuan terarah pada mereka apabila mengambil keputusan untuk berhijrah. Ada antaranya yang tumbang di separuh jalan dan ada juga yang tetap iman di hati tanpa menanggalkan apa yang telah menutupi mahkota mereka. Malah bukan sahaja bahagian itu yang ditutup tetapi juga aurat sebagai Muslimah terjaga sepenuhnya.
Bagi selebriti Shazrina Azman atau Mizz Nina yang telah berhijrah lima tahun lalu turut mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana masih kekal dengan hijrahnya. Walaupun masa berlalu terlalu pantas, tetap dia tetap memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada semua wanita yang berhijab di seluruh dunia. Tetap bangga dengan jati diri sebagai Muslimah sejati dan jadi seperti diri sendiri.
Ucapan ini diungkapkan dirinya di laman instagramnya sempena meraikan #worldhijabday yang disambut pada 1 Febuari lalu.
A post shared by MizzNina (@officialmizznina) on
Menurut isteri kesayangan Noh Hujan ini pemakaian hijab adalah pilihannya sendiri. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyampaikan kasih dan cintanya tidak berbelah bagi Allah SWT.
Malah cara pemakaiannya sekarang ini adalah untuk melindungi diri dan orang yang disayangi dari sebarang ‘kesakitan’. Malah apa yang menjadi pilihanya (menutup kepala dengan kebijaksaan sebagai penghias mahkotanya) itu semua dilakukan adalah hanya untuk Allah SWT.
Posting #worldhijabday ini memberi reaksi positif daripada followernya yang setia mengikuti perkembangan diri Mizz Nina dari sebelum hijrah hingga dengan penampilan dirinya sekarang.
Ramai memuji betapa indah kata-kata diluahkan Mizz Nina. Malah ada juga menjadikan dia sebagai motivasi dan sumber inspirasi. Posting ini mendapat hampir 24K like dan rata-rata mengharapkan agar Mizz Nina kekal istiqomah dengan pilihan yang dibuatnya.
syareefa.mastura masyaAllah sis you are beautiful inside n out..may rahmat Allah Alwys be with u sistaa missnina
nazirahisa_ You are so inspired. May Allah bless you. Ameen
@nurarisamaryam Alhamdulillah. Kak @officialmizznina cantik berhijab. MashaAllah!!! Moga Allah permudahkan semua ibadah Kak Nina. Aamiin!!! Sayang kakak seperti kakak sendiri kerana Allah!
zielaabdulhameed Alhamdulilah semoga istiqomah 🙂
natrahashin Ur modesty and istiqamah is such an inspiration.
Transisi Mizz Nina nyata memang mengejutkan semua peminatnya. Dia yang nekad berhijab sebaik pulang dari mengerjakan haji bersama suaminya dan sehingga hari ini dia terus dengan imej yang sama.
Sewaktu awal-awal berhijab, dia juga turut melayari video di Youtube seperti Rubina, Yaz The Spaz dan beberapa personaliti lain yang kelihatan trendy walaupun dalam balutan menutup aurat.
Menurutnya dia selesa dengan imejnya kini dan akan terus istiqomah dengan penghijrahannya. Apatah lagi, mendapat sokongan suami tercinta untuk lebih mendekati Islam dan Tuhan.
Ekstra Info:
World Hijab Day disambut pada 1 Febuari setiap tahun. Hari ini begitu istimewa kerana mengajak semua wanita Muslimah di dunia untuk mengenakan dan mengetahui lebih mendalam maksud berhijab. Sudah lima tahun diadakan dan ia memang mendapat sambutan cukup memberangsangkan seluruh dunia.
Pertama kali diadakan di New York, Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memberi info kepada wanita bukan Islam mengerti tentang Islam dan hijrah. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan rasa diskriminasi terhadap wanita berhijab dan sebagai salah satu pencegahan Islamophobia, khususnya di negara barat untuk mewujudkan keamanan seluruh dunia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penting Pilih Hand Sanitizer Terbaik Supaya Tiada Kesan Sampingan
Isi Kandungan
ToggleKetika negara sedang di landa gelombang kedua virus COVID-19 (coronavirus disease 2019), wajib bagi kita untuk menjaga kebersihan. Virus yang berasal dari Wuhan, Tiongkok, tersebut dapat masuk ke tubuh melalui tangan yang tidak bersih. Oleh itu, selain mencuci tangan, anda juga memerlukan hand sanitizer yang kuat membunuh virus dan kuman.
Namun, kini banyak jenama hand sanitizer yang dijual di pasaran. Tahukah anda jenis hand sanitizer apa yang sesuai dengan keperluan semasa? Ini cara memilih dan cadangan produk terbaik hand sanitizer
Kebaikan memakai hand sanitizer
Memang, cara terbaik untuk membersihkan tangan dari segala virus dan kotoran lain adalah dengan mencucinya. Namun, kandungan alkohol pada hand sanitizer dapat memberikan perlindungan ekstra bila dipakai setelah anda mencuci tangan. Hand sanitizer juga solusi yang mudah dalam membersihkan tangan ketika air dan sabun tiada. Bila dipakai dengan betul, ia dapat membunuh virus, kuman, dan bakteria.
Memakai hand sanitizer juga menjadikan kebiasaan atau rutin menjaga tangan tetap bersih. Apabila sudah memiliki kebiasaan tersebut, anda jadi lebih kebal dari infeksi virus-virus merugikan. Hebakan cairan antiseptik ini?
Cara memilih hand sanitizer
Sebelum membeli, ketahui kebaikan hand sanitizer yang mana patut anda pilih. Jadikan panduan ini sebagai rujukan anda ketika membeli hand sanitizer.
Periksa bahan kandungan
Walaupun sama-sama berfungsi membunuh virus dan kuman, kandungan dalam hand sanitizer berbeza-beza bergantung pada jenama. Jom kenali, kandungan apa yang sebaiknya ada di dalam hand sanitizer!
Pilih yang mengandung 60-95% alkohol
Mungkin kita semua sudah tahu bahawa kebanyakan produk hand sanitizer mengandungi alkohol. Namun, tahukah anda bahawa kadar alkohol yang dikandung setiap produk berbeza? Menurut pakar, sebaiknya pilih produk yang mengandung sedikitnya 60% alkohol. Hand sanitizer yang mengandung 60-95% alkohol lebih efektif membunuh virus dan kuman
Apabila kadar alkoholnya kurang dari itu, hand sanitizer tidak mampu membunuh virus yang kuat, misalnya norovirus. Akibatnya, pencegahan infeksi virus jadi kurang efektif.
Pilih yang tidak mengandung bahan berbahaya
Beberapa produk hand sanitizer mengandung bahan kimia yang sebenarnya tidak penting kewujudannya. Bahan-bahan ini bila terus kita gunakan dapat membahayakan kesihatan. Sebelum membeli, semak adakah hand sanitizer mengandungi triklosan, paraben, dan bahan kimia lain yang membahaya.
Triklosan banyak digunakan dalam produk keperluan seharian seperti sabun dan ubat gigi kerana bersifat antibakteria. Meskipun begitu, triklosan tidak boleh membunuh virus, termasuk virus penyebab selsema dan demam. Beberapa hasil penelitian beesekutu triklosan dengan pelbagai masalah kesihatan, contohnya gangguan hormon dan kanser.
Sebaik mungkin hindari juga produk yang mengandung paraben. Bahan yang banyak ditemukan pada produk kosmetik ini berfungsi untuk mengawetkan produk. Sayangnya, paraben dihubungkan dengan berbagai penyakit seperti iritasi kulit dan kanser. Jauhi produk dengan kandungan bahan-bahan tersebut okay!
Pilih yang mengandungi pelembap dan vitamin
Hand sanitizer mengandungi alcohol yang tinggi menyebabkan kulit tangan menjadi kering. Ironinya, virus dan kuman akan semakin selesa membiak di kulit yang kering dan jenamaah. Solusinya, anda boleh memilih hand sanitizer dengan kandungan pelembap dan vitamin. Selain bersih, kelembapan kulit kita terjaga.
Bila hand sanitizer anda tidak mengandung pelembap atau vitamin, anda boleh memakai moisturizer setelah hand sanitizer kering. Namun, pastikan juga moisturizer pilihan anda tidak mengandung bahan kimia berbahaya.
Pilih berdasarkan jenama yang terjamin
Jika bingung memilih, anda boleh memilih berdasarkan jenama yang anda percayai. Cuba semak apakah jenama produk kesihatan kegemaran anda juga memproduksi hand sanitizer. Dengan begitu, anda boleh lebih tenang menggunakannya.
Hand Sanitizer Terbaik Yang Dicadangkan:
1. The Body Shop Mango Hand Cleanse Gel
Wangi mangga dan chamomile yang menenangkan
Ini dia hand sanitizer yang sesuai untuk semua jenis kulit, terutama kulit yang sensitif. Produk ini mengandung esen chamomile yang bersifat anti iritasi dan dapat menenangkan kulit sensitif. Selain itu, wangian mangga yang fresh sebagai terapi. Tidak mengandung paraben dan triklosan, selamat, wangi, dan bersih!
2. Antabax Anti-Bacterial Sanitizer Spray
Hand sanitizer terbaik bentuk spray
Hand sanitizer bentuk spray ini sangat mudah untuk digunakan kerana mengandungi serum pelembap mikro yang tidak mengeringkan kulit. Selain digunakan untuk membasmi kuman pada tangan, hand sanitizer Antabax ini juga boleh digunakan pada permukaan seperti meja, mainan kanak-kanak dan kerusi makan bayi. Keluarga sihat, bebas bakteria!
3. Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer
Hand sanitizer harga mampu milik
Terbukti untuk membunuh 99.9% kuman, Lifebuoy Hand Sanitizer berkesan membunuh bakteria dan menyahaktifkan virus di tangan anda. Ianya dapat mengeringkan dengan cepat, tidak melekit dan mengandungi pelembap serta Vitamin E untuk memastikan tangan anda lembut dan licin.
4.Betadine Natural Defense Nourishing Manuka Honey Hand Sanitizer
Kebaikan madu untuk menutrisi kulit Anda
Pemakaian hand sanitizer terus-menerus dapat membuat kulit kering. Jika dibiarkan, hal ini malah akan menimbulkan masalah baru. Akan tetapi, kandungan manuka honey di dalam hand sanitizer ini bersifat antibakteria sekaligus menutrisi kulit anda. Selain itu, terdapat juga kandungan Aloe vera untuk melembapkan kulit. Hebatnya lagi, produk ini bebas dari triklosan, paraben, dan bahan kimia berbahaya!
5. Bath & Body WorksWarm Vanilla Sugar
Hand sanitizer trendy dengan aroma wangian
Tentu menyenangkan bukan, bila hand sanitizer yang anda pakai wanginya harum seperti minyak wangi kegemaran anda? Anda patut mencuba produk keluaran Bath & Body Works ini. Terkenal dengan personal care product yang fashionable, termasuk hand sanitizer ini.
Selain efektif membunuh kuman, wangian creamy vanilla pasti buat anda ketagihan untuk menggunakannya. Terdapat holder khusus dengan pelbagai rekaan yang dijual secara asing. Tampak lebih bergaya apabila disangkut di tas tangan. So trendy!
6. Dettol Hand Sanitizer Fresh
Hand sanitizer terbaik dengan Aloe Vera
Diperkayai dengan Aloe Vera, hand sanitizer Dettol ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya tidak mengeringkan tangan dan tidak melekit setelah dipakai. Tangan akan terasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan kuman.
7.Trust Nature Instant Hand Sanitizer
Hand sanitizer dengan ekstrak minyak Tea Tree
Hand sanitizer jenis gel ini mengandungi 70% alkohol untuk membasmi kuman pada tangan. Ianya diperkaya dengan minyak Tea Tree dan partikel Nanonized Silver yang berfungsi untuk memberi pelindungan daripada pembiakan bakteria.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Buat Sendiri Je! Dengan Kos RM11.70 Boleh Dapat 5 botol (50 ML) Hand Sanitizer
Cara memakai hand sanitizer yang efektif
Supaya lebih efektif kesan penggunaan hand sanitizer, ada beberapa langkah memakai hand sanitizer yang sebaiknya.
- Pastikan tangan Anda kering sebelum menggunakan.
- Bacalah petunjuk penggunaan yang tertera pada label produk. Gunakan produk sesuai jumlah yang dianjurkan.
- Sapukan pada kedua belah tangan anda secara menyeluruh. Jangan lupa bahagian belakang tapak tangan, celah-celah jari, dan bahgian dalam kuku.
- Pakailah sampai ke setengah lengan anda. Setelah itu, biarkan kering dengan sendirinya. Janganlah keringkan dengan tisu.
Penting bagi anda yang mempunyai kesan sampingan menggunakan hand sanitizer, hentikan penggunaan produk berkenaan. Kemudian, cuci tangan dengan air mengalir dan sabun jika tangan anda jelas kelihatan kotor. Perhatian pada anda yang suka menyentuh kulit wajah dengan tangan yang tidak bersih!
SUMBER: MYBEST
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI