Kehadiran jer4w4t yang meninggalkan kesan mkemerahan di wajah memang akan meninggalkan parut untuk tempoh yang lama, yang pastinya akan membuatkan anda risau dan rasa rendah diri. Kecacatan kulit yang jelas seperti ini adalah umpama mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Tetapi masalah ini selalunya boleh diselesaikan dengan sedikit usaha dan masa.
Jangan malas! Ini paling penting. Nak cantik mana boleh malas!
Jom ikuti cara mudah untuk hilangkan parut jerawat, yang anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Ikuti satu regimen kulit. Selalunya kulit yang mudah berjerawat adalah daripada jenis “normal atau berminyak”, gunakan regimen kulit yang mengandungi pembersih dan penyegar dengan produk-produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Bersih dan segarkan kulit muka anda sebelum anda keluar pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Buat masker muka menggunakan parutan ubi kentang mentah dan gunakannya dua atau tiga kali seminggu. Ianya cukup mudah. Hanya gosokkan sedikit parutan kentang pada kulit dengan parut jerawat, biarkan ia kering dan basuh. Sangat berkesan untuk semua jenis parut.
Tidak bermakna anda mempunyai kulit berminyak, anda tidak memerlukan pelembab pada wajah. Penting untuk anda tahu, Vitamin E amat bagus untuk memudarkan cela pada kulit. Gunakan pelembap kulit yang ringan dan tidak membuat pori tersumbat.
Anda akan lihat perbezaan yang ketara dalam masa dua minggu kerana kandungan L-Askorbik mampu menghilangkan cela dan parut sekaligus mencerahkan kulit anda.
Gunakan pembersih yang bersesuaian dengan kulit anda untuk memastikan kulit anda bersih pada setiap masa. Lebih bagus jika anda peka dengan kandungan pH pada pembersih yang anda pilih.
Ini memang sangat penting iaitu minum 8 gelas air sehari. Penghidratan yang menyeluruh adalah bagus untuk semua jenis kulit dan menjadikan kulit anda berseri.
Minum segelas jus sayur-sayuran dengan limau nipis segar, tiga kali seminggu. Ia menjadikan kulit anda sihat, berat badan terkawal dan akhirnya memberikan anda kulit yang hebat, jika anda menjadikan ianya sebagai minuman harian anda.
Minum dua hingga tiga cawan teh hijau sehari.