Kehadiran jer4w4t yang meninggalkan kesan mkemerahan di wajah memang akan meninggalkan parut untuk tempoh yang lama, yang pastinya akan membuatkan anda risau dan rasa rendah diri. Kecacatan kulit yang jelas seperti ini adalah umpama mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Tetapi masalah ini selalunya boleh diselesaikan dengan sedikit usaha dan masa.
Jangan malas! Ini paling penting. Nak cantik mana boleh malas!
Jom ikuti cara mudah untuk hilangkan parut jerawat, yang anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Cara 1 : Ikuti satu regimen kulit
Ikuti satu regimen kulit. Selalunya kulit yang mudah berjerawat adalah daripada jenis “normal atau berminyak”, gunakan regimen kulit yang mengandungi pembersih dan penyegar dengan produk-produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Bersih dan segarkan kulit muka anda sebelum anda keluar pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Ads
Cara 2 : Buat masker menggunakan ubi kentang mentah
Buat masker muka menggunakan parutan ubi kentang mentah dan gunakannya dua atau tiga kali seminggu. Ianya cukup mudah. Hanya gosokkan sedikit parutan kentang pada kulit dengan parut jerawat, biarkan ia kering dan basuh. Sangat berkesan untuk semua jenis parut.
Cara 3 : Gunakan pelembab wajah
Tidak bermakna anda mempunyai kulit berminyak, anda tidak memerlukan pelembab pada wajah. Penting untuk anda tahu, Vitamin E amat bagus untuk memudarkan cela pada kulit. Gunakan pelembap kulit yang ringan dan tidak membuat pori tersumbat.
Ads
Cara 4 : Buat Tepung L-Askorbik dan Masker Muka Gliserin
Anda akan lihat perbezaan yang ketara dalam masa dua minggu kerana kandungan L-Askorbik mampu menghilangkan cela dan parut sekaligus mencerahkan kulit anda.
Cara 5 : Sentiasa gunakan pembersih dengan pH yang seimbang
Gunakan pembersih yang bersesuaian dengan kulit anda untuk memastikan kulit anda bersih pada setiap masa. Lebih bagus jika anda peka dengan kandungan pH pada pembersih yang anda pilih.
Cara 6 : Minum banyak air
Ads
Ini memang sangat penting iaitu minum 8 gelas air sehari. Penghidratan yang menyeluruh adalah bagus untuk semua jenis kulit dan menjadikan kulit anda berseri.
Cara 7 : Minum jus sayur-sayuran untuk kulit yang sihat
Minum segelas jus sayur-sayuran dengan limau nipis segar, tiga kali seminggu. Ia menjadikan kulit anda sihat, berat badan terkawal dan akhirnya memberikan anda kulit yang hebat, jika anda menjadikan ianya sebagai minuman harian anda.
Cara 8 : Minum teh hijau
PIC: Healthy women
Minum dua hingga tiga cawan teh hijau sehari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Islam amat menekankan tentang kesihatan dan kehidupan yang sihat. Penekanan ini bukan sahaja berkisar tentang kesihatan luaran semata-mata, malah merangkumi kesihatan minda, emosi dan rohani.
Pada zaman yang sarat dengan kemajuan teknologi kini, pelbagai ubat-ubatan dan kaedah moden yang sangat membantu dalam rawatan dan pengubatan penyakit. Tidak dinafikan perkara ini sangat membantu manusia dalam proses rawatan.
Namun, di sebalik semua kemajuan ini, ramai yang sudah terlupa dengan rawatan dan pengubatan secara Islam. Vaksin terhebat untuk menjauhi wabak penyakit, adalah jangan sesekali ada perasaan ragu-ragu untuk menggunakan ayat al-Quran, wirid dan doa-doa asy-Syifa’ dalam proses rawatan mula menular dalam kalangan kita.
Alangkah indahnya jika proses rawatan dilakukan dengan mengamalkan doa-doa daripada ayat al-Quran disertai dengan ikhtiar melalui rawatan dan pengubatan moden. Cuba amalkan doa-doa ini untuk mengelak dari pelbagai penyakit yang menular. Insyallah!
Sesungguhnya, dari Dia penyakit itu datang, dan kepada Dia Rita mohon penawarnya. Semoga beroleh manfaat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Keharmonian penduduk Malaysia yang berbilang kaum menjadi lambang kemegahan dan tanda pengenalan kita yang sering dikagumi masyarakat negara lain. Keakraban masyarakat di Malaysia secara tidak langsung membuka ruang kepada masyarakat luar untuk mengenali budaya dan kesenian kaum di negara kita.
Kesefahaman inilah yang menyerlahkan keunikan negara kita. Namun sejak kebelakangan isuasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.
.
Memetik laporan Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, Penerbit Sinar Harian yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menggesa sesuatu yang drastik dilakukan oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet bagi menangani masalah tersebut. Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa jika isu-isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia.
.
Jika perlu, kata beliau, mana-mana akhbar dan portal yang mengapi-apikan isu-isu perkauman perlu ditutup.
BERIKUT SEDUTAN LAPORAN KENYATAAN DATUK DR HUSSAMUDDIN
Saya di Sinar Harian berharap rakyat yang cintakan keamanan bersama-sama mulakan gerakan dari rakyat untuk membuat semua pemimpin tidak kira pertubuhan bukan kerajaan, persatuan dan sebagainya untuk ubah cara mereka bergerak, cari solusi. Ketika ini terlalu banyak prejudis, kebencian, prasangka yang harus diredakan.
Media harus bertanggungjawab. Media yang tidak bertanggungjawab perlu ditutup. Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri perlu ambil tindakan tegas terhadap orang yang mengapikan-apikan semangat perkauman dan kebencian termasuk media jika ikhlas mahu selamatkan negara.
Untuk pastikan anak cucu hidup aman damai, perlu ada semangat dan keberanian untuk mengubah sesuatu yang telah lama silap. Perlu ada keberanian dan kemahuan politik.
Mana-mana organisasi ekstremis harus disenyapkan. Majoriti rakyat akan menyokong kerana rakyat cintakan keamanan. Pemimpin perlu melakukan sesuatu kerana sekiranya negara porak-peranda, mereka turut akan kehilangan kuasa.
Itu sebab saya mahu mulakan satu kempen dan harap disambut tidak kira apapun agama dan bangsa kita, Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia dan juga global harmoni kita jadikan kempen besar-besaran dan dikongsi, orang Melayu dengan cara Melayu, orang Cina cara Cina, orang India cara orang India. Kita ada satu titik persamaan iaitu kita mahu buang kebencian dalam komuniti kita supaya boleh hidup harmoni dengan komuniti lain.
Cadangan terbuka kepada semua pemimpin kerajaan PH.Isu ketegangan kaum/agama kini.Pendekatan sekarang ternyata tidak…
Jadi saya harap semua rakyat Malaysia sokong kempen ini. Kalau boleh video ini dikongsi seramai mungkin, saya mohon maaf jika bahasa saya kasar, saya harap ambil niat saya, saya tidak sedia skrip tetapi saya bercakap dari hati kerana saya bimbang jika berlaku apa-apa. Kita sudah lihat apa berlaku di kuil Subang Jaya dan orang Melayu marah kerana isu itu tidak diselesaikan. Orang Melayu masih marah tapi kalau kita selesaikan isu-isu lain, jadi dengan sendirinya isu itu akan reda.
Hussamuddin memegang poster kempen Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia. – Foto Sinar Harian ROSLI TALIB.
Jadi jom sama-sama kita Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia sekarang. Saya tahu di peringkat ini adalah peringkat benci dah, kalau tanglung yang kita beli untuk sama merayakan pun kita sudah fobia, paranoid, macam tengok hantu. Jawi yang dulu tiada apa-apa, sekarang tengok macam nampak hantu, Dr Zakir Naik tengok macam hantu, sedangkan Dr Zakir Naik, dia bercakap pun saya tidak faham tetapi kita takut, jadi kita cipta hantu-hantu yang merugikan kita. Jadi sama-sama kita buang kebencian, dalam bahasa sekarang Uninstall Hatred dan kemudian uninstall prejudice yang lain dan masukkan nilai, kita mestilah masukkan negara bangsa kita dengan nilai-nilai murni.
Hussamuddin (duduk, tiga dari kanan) bersama ahli ‘Core Gruop’ kempen ‘Uninstall Hatred, Reboot Malaysia & Global Harmony’ di Kumpulan Karangkraf. – FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Bukan saya hendak menyamakan semua agama tetapi saya belajar semua agama. Saya baca apa yang ditulis tetapi tidak menjadikan saya seorang Kristian tapi saya tahu banyak nilai yang bagus tetapi kita nak pertahankan agama tapi nilai kita terus terutama orang Islam, kalau bercakap tentang Islam sanggup berjuang fisabilillah tapi solat tidak, menipu, duit rakyat ambil.
Jadi saya harap ini adalah permulaan untuk titik penyatuan ummah dan rakyat Malaysia, kita hentikan, lakukan gencatan senjata dan mulai hari ini berhenti cakap isu panas dan pemimpin cari penyelesaian, semua ada penyelesaian cuma mahu buat atau tidak. Bagi saya isu jawi, Dr Zakir Naik, UEC semua boleh selesai sekarang kerana kita terlampau banyak masa untuk tengok WhatsApp dan Facebook. Ini menyebabkan kita tidak dapat selesaikan masalah. Jadi sekarang semua orang bertanggungjawab, pemimpin dan pegawai untuk selesaikan masalah.
Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengingatkan kerajaan, jika isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia dan menaikkan kemarahan rakyat. Ikuti apakah saranan beliau untuk pemimpin tertinggi negara demi mengelakkan perkara ini menjadi lebih parah.BACA ARTIKEL PENUH: https://bit.ly/305pNLS#SinarHarian #WawancaraEksklusif #KitalahMalaysia #SavingTheNation #UninstallHatred #RebootMalaysianHarmony
Posted by Sinar Harian on Thursday, 9 January 2020
Saya tahu yang saya katakan ini risikonya tinggi tapi saya reda, kalau tidak buat nanti saya menyesal suatu hari nanti anak cucu saya duduk negara porak-peranda. Kita lihat di Timur Tengah, India dan negara lain. Jadi semasa ada peluang, rakyat perlu bersatu padu, pemimpin harus buat perkara betul, buat keputusan, buat kajian, lakukanlah dan majoriti rakyat akan sokong walaupun tidak popular. Netizen bukanlah ramai sangat sangat, yang tidak komen lebih 90 peratus.
Jadi tolonglah Perdana Menteri, menteri buat perkara yang betul dan tidak perlu tweet lagi. Buat kerja, buat keputusan dengan betul, laksanakan, lakukan sampai jadi dan bawa negara ini ke arah kejayaan, lebih harmoni dan mendapat kemakmuran bersama.
Sumber kredit: Sinar Harian
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak hanya wajah, kaki juga memerlukan perawatan agar tetap lembap dan tidak merekah. Salah satu produk perawatan untuk kaki adalah foot mask atau masker kaki. Masker ini berfungsi untuk melembapkan atau pengelupasan kulit kaki sehingga lebih halus.
Jika anda berniat untuk mencari tentang produk foot mask, terus membaca artikel ini. Hijabista akan memberikan tips cara memilih foot mask. Beberapa jenama, seperti Tony Moly, Laneige, Innisfree, dan Nature Republic dapat anda temukan dalam senarai yang dicadangkan. Semak terus artikel ini!
Sama seperti wajah dan bahagian tubuh lainnya, kaki anda juga memerlukan perawatan. Geseran dengan alas kaki membuat telapak kaki anda kasar dan pecah-pecah. Salah satu produk perawatan kaki adalah foot mask atau masker kaki. Masker ini berfungsi untuk melembapkan kulit kaki anda terutama pada tapak kaki sampai pangkal kaki.
Selain melembapkan, ada beberapa produk yang dapat mengpengelupasan kulit kaki. Pengelupasan dari penggunaan foot mask berlangsung beberapa hari setelah penggunaannya. Pengelupasan bertujuan untuk mengelupas kulit mati dan mengganti dengan kulit baru yang halus.
Jangan sampai terlewat merawat kaki anda tetap lembap, kenyal, dan terawat. Silakan baca tips memilih foot mask.
Produk foot mask memang tidak sebanyak masker untuk wajah. Namun, ada beberapa poin yang perlu anda perhatikan saat memilihnya. Baca tips memilih selengkapnya pada penjelasan berikut ini.
Anda terdapat dua jenis foot mask, ada yang jenis beg berisi esens dan satu lagi berbentuk krim. Foot mask berbentuk beg lebih mudah untuk digunakan. Hanya cukup memasukkan kaki ke dalam beg selama beberapa minit. Foot mask berbentuk krim sama penggunaannya seperti masker wajah. Sapukan pada kaki selama beberapa saat atau semalaman dan bilas.
Dari segi fungsinya, anda dapat menemukan foot mask untuk pengelupasan dan yang bukan untuk mengelupas. Foot mask tanpa ciri pengelupasan hanya berfungsi untuk melembapkan serta memperbaiki kulit yang pecah-pecah.
Jika Anda membeli foot mask untuk pengelupasan dalam bentuk beg, anda boleh merasakan efek pengelupasan kulit kaki setelah beberapa hari penggunaan. Berbeza dengan foot mask berbentuk krim kerana anda dapat merasakan efek pengelupasan setelah dibilas.
Pilihlah krim foot mask yang mengandung garam epsom untuk membantu pengelupasan. Garam epsom merupakan garam inorganik atau dikenal dengan nama kimia magnesium sulfat. Berbeda dengan garam dapur, garam ini tidak asin melainkan pahit. Garam ini telah lama digunakan untuk kesihatan dan kecantikan. Tekstur dari garam epsom ini dapat digunakan untuk pengelupasan.
Sama seperti menggunakan masker pada wajah, masker untuk kaki juga memiliki aroma. Bagi anda yang memiliki masalah bau kaki, pilihlah aroma peppermint yang membuat aroma kaki anda lebih segar. Untuk sensasi kaki lebih segar, anda juga boleh memilih foot mask dari bahan citrus.
Anda yang ingin relaksasi setelah lelah bekerja dapat memilih aroma lavender yang menenangkan. Jika anda kurang menyukai aroma, boleh memilih bahan dari Aloe vera.
Setiap produk memiliki waktu dan cara pemakaian yang berbeza-beza. Baca cara penggunaanya terlebih dahulu agar anda mendapatkan manfaat yang maksima. Baca cara penggunaannya juga penting bagi anda yang baru pertama kali menggunakan foot mask.
Ada foot mask yang langsung dapat anda gunakan dengan memasukkan kaki ke dalam beg berisi esens. Ketika menggunakan jenis foot mask ini, Anda harus menunggu beberapa saat sebelum melepaskannya. Selain jenis beg, ada juga jenis krim yang langsung disapukan pada kaki anda. Jenis krim ini ada yang dibilas terus setelah beberapa saat penggunaan atau digunakan selama semalaman.
Setelah meneliti tips memilih, ini diantara cadangan pelbagai produk foot mask. Temukan jenama dalam cadangan hijabista dan pilih yang menjadi kegemaran anda.
Hadir dalam dua varian untuk penuhi keperluan kaki anda
Sephora mengeluarkan dua varian foot mask, iaitu almond dan lavender. Varian almond mengandung hyaluronic acid dan almond extract yang memberikan kelembapan ekstrak. Kandungan ini dapat memperbaiki kulit kaki yang merekah menjadi selembut kulit bayi.
Jika kaki anda terasa penat, pilihlah varian lavender. Varian lavender juga mengandung menthol yang membuat kaki lebih segar. Penggunaannya juga cukup efisen kerana hanya mememerlukan waktu hanya 20 minit tanpa perlu dibilas.
Pengelupasan segera!
Foot mask yang satu ini berbentuk krim dengan tekstur seperti pasir. Teksturnya ini membantu pengelupasan kulit mati secara langsung setelah penggunaan tanpa mengelupas kulit secara berlebihan. Cukup hanya menyapukannya pada kaki dan tunggu selama 10 minit, kemudian bilas untuk mendapatkan kaki yang segar.
Masker ini mengandung kaolin yang membersihkan kulit kaki anda secara mendalam. Kaki akan terasa lebih bersih dan segar setelah menggunakannya. Kandungan cinnamon leaf oil di dalamnya membuat kaki lebih harum. Anda yang biasanya menggunakan kasut seharian pasti akan selesa menggunakan produk ini.
Efek sejuk untuk menyegarkan kaki Anda yang Lelah
Kaki anda merekah? Gunakan produk foot mask dari Holika Holika ini yang dapat memperbaiki kulit Anda. Di dalamnya terkandung urea yang dapat merawat lapisan keratin pada kulit anda sehingga menjadikan kulit lebih sihat dan terlindung.
Diperkaya dengan shea butter dan Aloe vera membuat kulit anda semakin lembap dan memberikan efek dingin pada kulit. Menggunakannya setelah penat bekerja seharian akan memberikan keselesaan pada kaki. Masker ini juga menyenangkan jika digunakan pada saat suhu panas sehingga kaki menjadi lebih sejuk.
Esens berlimpah, kelembapan kulit pun terjaga dengan baik!
Siapa tidak kenal produk kecantikan dari Innisfree? Selain untuk perawatan wajah, Innisfree juga memiliki produk untuk perawatan kaki. Esens foot mask dari Innisfree kaya dengan ekstrak tumbuhan yang dapat membantu mengembalikan kelembapan kaki anda. Esensnya pun sangat berlimpah sehingga dapat digunakan untuk kali ke2.
Penggunaan masker ini cukup singkat, hanya 10-20 minit saja. Anda juga tidak perlu membilas setelah menggunakannya. Sekiranya anda dalam keadaan sibuk pilihlah foot mask ini kerana tidak memakan waktu lama. Praktis dan efisien!
Pengelupasan tanpa iritasi!
Jika kulit anda sensitif, tidak perlu risau lagi untuk melakukan pengelupasan. Produk dari Nature Republic ini dapat digunakan oleh pemilik kulit sensitif. Kandungan Aloe vera menjaga kulit tetap lembap selama pengelupasan berlangsung. Ditambah dengan betaine yang juga menjaga kulit dari iritasi yang disebabkan pengelupasan.
Kebaikan alam untuk menjaga kulit Anda tetap sihat ternutrisi
Baby Foot telah hadir sejak tahun 1997 untuk menghasilkan kulit kaki yang lembut dan kenyal. Di dalamnya terkandung fruit acid atau AHA (alpha hydroxy acid) alami yang dapat menyerap ke dalam lapisan sel-sel kulit mati dan mengpengelupasannya. Pengelupasan kulit terjadi dengan mudah tanpa menyebabkan luka.
Bahan-bahan foot mask ini berasal dari 16 ekstrak bahan-bahan alami. Beberapa di antaranya adalah citrus, grapefruit, lemon, chamomile, dan seaweed. Meskipun mengelupas, kulit anda tetap terasa lembap dan ternutrisi. Aroma lavendernya juga sangat menenangkan.
Hadirkan spa di rumah Anda
Terlalu sibuk untuk pergi ke spa? Pakai saja foot mask yang satu ini untuk merasakan nyamannya spa ketika berada di rumah. Foot mask ini mengandung ginseng yang berperanan sebagai anti-aging untuk kulit anda. Aroma ginsengnya pun sangat menenangkan seperti di spa. Masker ini juga dapat menghilangkan kesan pada kaki anda.
Gunakan semalaman, dapatkan kulit kenyal di pagi hari!
Brand asal Korea yang sangat digemari ini mengeluarkan siri sleeping ball, salah satunya untuk perawatan kaki. Jika anda terlalu penat untuk menunggu penggunaan masker di malam hari, gunakan produk yang satu ini. Gunakan saat malam hari selama anda tidur kesannya kaki halus keesokan paginya.
Isi masker ini tidak terlalu banyak sehingga dapat digunakan bagi anda yang baru ingin mencubanya. Harganya berbaloi dan keputusannya, kaki sangat lembap!
Atasi calluses degil
Kaki sering kali mengalami kulit yang mengeras atau calluses. Hilangkan calluses dengan foot mask dari Etude House. Kandungannya boleh mengpengelupakan kulit anda. Gunakan masker ini dan dapatkan kulit kaki seperti bayi setelah 2 minggu.
Kaki lembut dan bebas bau!
Bau kaki pasti sangat mengganggu ketika anda mengelap di alas kaki. Gunakan masker kaki dari Tony Moly agar bau kaki anda dinyahkan. Esensnya mengandung peppermint oil yang dapat menghilangkan bau tidak sedap pada kaki anda. Kaki akan menjadi lebih segar.
Masker ini juga mengandung salicylic acid yang menghilangkan bakteria penyebab bau kaki. Salicylic acid bersama glycolic acid juga dapat membantu pengelupasan kulit kaki anda. Kandungan argan oil membantu mengunci kelembapan kulit sehingga lebih kenyal. Sangat lengkap, kan!
SUMBER: MYBEST
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.