Memiliki tubuh yang langsing dan kurus sememangnya menjadi idaman setiap gadis. Ramai gadis di luar sana sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan tubuh idaman.
Malah, ramai gadis yang obses untuk kurus dengan melakukan diet yang ekstrem. Baru-baru ini viral di media sosial tentang kisah si gadis yang sudah 7 tahun tidak makan nasi.
Farah Tun Kamaruddin yang berumur 21 tahun ini mengakui terlalu obses dengan diet, kesihatan dan kecantikan. Farah sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan yang sihat, berkhasiat dan sentiasa bersenam.
Lebih mengejutkan apabila gadis ini turut mengakui yang dia sudah 7 tahun tidak menjamah nasi serta kuih-muih. Farah juga tidak pernah gagal untuk bersenam setiap hari di gim berhampiran rumahnya sejak berusia 15 tahun lagi.
Ads
Rejim Kesihatan
“Rejim kesihatan yang saya ikuti ini pun saya patenkan sendiri demi untuk kesihatan. Tentang makanan pula, saya banyak makan makanan sihat seperti yogurt, buah-buahan, sayur-sayuran dan lebihkan makanan protein, selain banyak minum air suam.”
Lupa Rasa Coklat & Nasi
“Saya tidak mengambil minuman dan kuih-muih manis mahupun coklat. Sehinggakan, sekarang saya hampir lupa macam mana rasa coklat dan nasi. Burger terakhir pun saya makan tahun lepas,” ujarnya dalam nada bergurau.
Ads
Hanya 450 Kalori Sehari
“Sebenarnya, saya bukanlah tidak mengambil makanan lain, tetapi saya akan pastikan jumlah kalori yang diambil. Sekiranya jumlah kalori berlebihan daripada sepatutnya, sebagai contoh, saya ambil terlebih 450 kalori daripada biasa, selepas makan saya akan ke gim untuk bersenam bagi membakar dan menghilangkan semula kalori yang berlebihan itu.”
Biarpun sering ditegur ibu, keluarga dan rakan-rakan, Farah tetap mengamalkan rejim pemakanannya selagi ia tidak mengundang bahaya.
Ads
Menariknya, meskipun Farah tidak mengambil sebarangan makanan, dia suka memasak dan membuat kek untuk menjamu orang lain.
Memiliki berat badan 47 kilogram, rata-rata netizen terkejut dengan diet yang dilakukannya. Ada juga yang turut mengkritik bentuk badannya yang dikatakan terlalu kurus.
Pelawak terkenal iaitu Fad Bocey baru sahaja menimang cahaya mata yang keempat selepas isterinya yang tercinta, Syaheera Rahman selamat bersalin pada 20 Oktober yang lalu.
Mengucapkan syukur yang tak terhingga, Fad juga turut berkongsikan nama indah yang diberi buat anak lelakinya itu.
“Assalammualaikum,salam subuh semua. Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20 Oktober 2020 jam 4.41 pagi,isteri saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
“Welcome baby mummmy and daddy, Ibrahim Jibriel bin Mohamad Fadzlie. Terima kasih semua yang mendoakan kami. Thank you so much my love, Syaheera Rahman. I love you so much,” tulisnya di laman Instagram.
Pasangan itu telah bernikah pada 14 Mac 2015 dan sudah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Shopping dan wanita memang tidak dapat dipisahkan! Apatah lagi bila tiba jualan murah, pasti ramai yang memborong segala barang yang diinginkan. Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada cara untuk berjimat tau waktu membeli-belah. Eh, bagaimana tu?
Di Twitter, akaun @magicbrushes_ telah berkongsikan cara dan tips nak berjimat waktu online shopping. Wow, menarik ni!
Umum mengetahui pelakon Natasha Hudson telahpun melalui proses penghirahan yang sangat drastik. Malah sebaik berhijrah bebeberapa tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk mengenakan niqab dalam memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah. Biarpun sudah terpisah dengan dunia lakonan, namun perkembangan terkini pelakon ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Dalam satu posting terbarunya di laman Instagram, Natasha memberitahu dia kini telah berhijrah ke Kelantan. Umum mengetahui dia sudahpun berpisah dengan bekas suaminya.
Menurutnya, berpindah atau hijrah ke tempat baru telah menjadi benda terbaik dalam hidupnya. Tidak ada apa yang pelik jika kita percaya pada aturan ketentuan Tuhan.
Tambah Natasha juga dia telah tinggalkan kehidupan bandar dan tidak sabar untuk memulakan sesuatu yang baru. Dan katanya lagi pabila kita redha, itulah sebenarnya ibarat seperti permata yg tidak ternilai dalam hati kita.
Baru-baru ini dia memberitahu sudah tidak lagi mempunyai ikatan sah dengan bekas suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.
Dalam laporan di Sinar Harian, Natasha sudah kembali solo malah mereka berdua berpisah secara baik.
Malah Natasha memberitahu dirinya betada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. Natasha turut percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.
Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.
Mahalini, penyanyi muda berbakat besar menarik perhatian ramai berkat penampilannya yang manis berhijab ketika menunaikan ibadah umrah. Terserlah aura Islamik. Perjalanan kerohanian pertama ini...