Pada masa kini, isu buka tudung hangat diperkatakan. Ramai yang mula menanggalkan tudung di kepala dengan alasan tak mahu hipokrit dengan diri sendiri serta merasakan tiada faedahnya jika tidak ikhlas.
Di Twitter, @shah_biebs98 telah menulis perkongsiannya yang menarik mengenai ceramah yang didengarnya di radio mengenai isu buka hijab. Jom kita baca!
“Terpaksa bertudung kerana ayah suruh, adakah saya munafik?”
Ads
Ads
“Sukar bagaimanapun, tapi kerana itu kewajipan jadi harus paksa diri”
Ads
Petunjuk sudah ada depan mata, hanya kita sahaja yang tak mahu ikut…
Semoga perkongsian ini membuka jalan untuk kita lebih sujud kepadaNya. InsyaAllah, jika niat kita baik, Tuhan akan mudahkan segalanya. 🙂
Dalam dunia digital tanpa sempadan ini, ramai hijabi di luar sana yang memasang impian untuk bergelar instafamous atau influencer. Maklum sahaja jika rajin dan bersungguh, influencer ini akan memperoleh pendapatan cecah 7 angka sebulan. Walaupun bukan dari kalangan selebriti, tetapi ada antara mereka ini yang mempunyai follower melebihi 1 juta di laman instagram.
Malah sebagai influencer, perkembangan mereka di media sosial juga sentiasa di nanti follower masing-masing.
Jadi tidak hairanlah jika kita lihat, semua foto #OOTD yang dimuat turun sangat cantik dan menarik sekali.
Mereka ini juga turut menjadi inspirasi buat hijab yang mahu bergelar instafamous berjaya satu hari nanti.
Ramai juga menjadikan instafamous atau influencer popular seperti Vivy Yusof, Nonones atau Syafiqah Aina yang mula dikenali sebagai blogger sebelum berjaya dalam bidang masing-masing.
Ada antaranya yang sudah berkahwin dan mempunya anak, tetapi masih tetap mendapat perhatian netizen.
Ayuh, Hijabista senaraikan, antara influencer yang mempunyai follower melebihi setengah juta di laman instagram masing-masing.
Siapa tidak mengenali Dr Amalina Bakri. Beliau bukan sahaja terkenal kerana kejayaannya bergelar doktor dalam usia muda dan memberi inspiradi buat hijabi di luar sana, tetapi juga sebagai salah seorang personaliti media sosial yang cukup aktif berkongsi ilmu, nasihat dan pandangan. Baru-baru ini Dr Amalina sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya terpilih menerima Darzi Academic Clinical Fellowship Imperial College, London.
Kejayaan itu dikongsi oleh beliau di laman sosial menerusi akuan twitter @dramalinabakri.
Dalam perkongsiannya itu juga, Dr Amalina menyatakan rasa syukur atas anugerah berkenaan, malah berjanji akan meneruskan kerja keras dan membuatkan Malaysia bangga dengan pencapaiannya di masa depan.
Dr Nur Amalina sebelum ini pernah tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom dan kerajinannya berkongsi maklumat mengenai kesihatan dan kisah harian di media sosial membuatkan gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjadi idola generasi muda.
Kejayaan itu juga mendorong Dr Nur Amalina membuat keputusan untuk berehat seketika daripada berkongsi ilmu dan pandangan mengenai kesihatan di laman sosial twitter bagi memberi tumpuan kepada latihan pakar dalam pembedahan umum, matlamat kerjaya dan pengajian Doktor Falsafah (PhD) ketika ini.
Katanya, dunia sudah memasuki 2019 tetapi masih banyak kebencian dan aura negatif yang disebarkan apabila seseorang individu itu mahu membuat kebaikan kepada orang lain.
“Niat saya cuma satu iaitu berkongsi ilmu pengetahuan dan memberikan kesedaran mengenai kesihatan kepada masyarakat di atas kapasiti saya sebagai doktor.
“Mungkin sesetengah rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mengubah minda mereka ke arah positif dan kemajuan, dan saya harus mengatakan bahawa saya kecewa dengan situasi itu.
“Oleh itu, lebih baik jika saya menumpukan kepada apa yang saya lakukan untuk kebaikan saya sendiri,” katanya di laman sosial twitter baru-baru ini.
Keputusan itu juga dibuat kerana ingin memberi lebih tumpuan kepada Darzi Academic Clinical Fellowship dan tidak menolak bahawa ia turut di dorong oleh rasa terkilan dengan sesetengah pengguna Facebook yang suka memutar belit isu perubatan yang disampaikan di laman sosial twitter.
Ternyata perkongsian menggembirakan ini menerima reaksi positif dari followernya. Rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih. Tahniah juga dari Hijabista.
Baru-baru ini kecoh mengenai penyanyi dan pelakon Amira Othman berhubung isu jawapan menahan kentut untuk solat. Jawapan diberi menimbulkan bahan kecaman dan jadi pertikaian netizen hingga menyebabkan berlakunya salah faham di situ. Namun sebenarnya menurut Amira Othman tajuk diberi portal berkenaan mengundang cerita lain. Dan ini jawapan sebenar selebriti bermata cantik berhubung isu tahan kentut.
Aduh aduh headline ??Ok bawak bertenang ya semua. Penuh notification ? ni lah bahaya kalau headline mencetus cerita cerita lain. Biar sy explain ye. Tk senonoh ye ckp psl kentut ? kebanyakkan fans yg tanya selain tentang make up, ada juga yg tanya ‘sy ada wudhuk tp kalau nk kentut sy susah nk jaga menyebabkan sy terus tk solat’ soalan ni sy dah refer pada ustaz @syedkadirsebelum sy share dgn awk semua.
Kalau awk tak tahan kentut menyebabkan awk tk solat, maka WAJIB tahan kentut k! Headline pun kemain ni? sy mohon korg baca isinya. Jgn ambil yg negative. Kalau awk org lelaki mungkin awk lebih mudah jaga wudhuk, utk prmpuan yg kerjanya 24jam make up, sy fhm struggle nya nk ubah diri jd lebih baik. Jd ambil lah yg elok, yg tk elok tk usahlah di ambil.
Of course lah tahan kentut saja2 tak bagus. And ustaz kata solat dlm keadaan camtu makruh. Tapi daripada tak solat semata2 sbb wudhuk dah batal and takleh ulang wudhuk, maka baik tahan wudhuk tu. Sy share bukan sbb sy baik, sy cuma kongsi apa yg anda tanya supaya kte sama sama boleh usaha jd yg lebih baik. Ok dah sabar semua hari jumaat ni jgn rungsing2 k ? benda kecik je jgn stress2 tau!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.