Tidak dinafikan gaya hidup masa ini yang semakin mengejar kemajuan menyebabkan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘stress’. Masalah ini bukan sahaja disebabkan urusan kerja di pejabat, tetapi juga perihal anak-anak dan suami. Malah beban kewangan atau alami masalah kesesakan jalan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ‘stress’ hingga mengakibat depresi atau kemurungan. Perkongsian wanita ini yang pernah berdepan masalah ini tetapi sempat pulih sebelum keadaan menjadi semakin teruk. Bukan setahun dua tetapi bertahun-tahun Nazia Suhaimi berdepan masalah ini dan akhirnya berjaya melawan masalah kemurungan ini.
Sebelum itu dia mengalami tanda-tanda seperti ini
Beberapa tahun saya hidup menahan emosi yang bercelaru, tak boleh tidur malam, bila tidur mimpi menakutkan. Takut nak tidur. Bila tertidur, mimpi tadi sambung semula!
Bila waktu siang, tak cukup rehat. Dengar anak menangis, menjerit, melalak, melolong. Rasa nak tampar-tampar je si anak. Bingit! Kalau kurang sabar, sikit lagi nak dera si anak!
Bila turun lif, rasa macam akan mati terhempas.
Bila bawa kereta, rasa macam bila-bila masa akan mati kemalangan.
Bila bawa anak ke kedai, bila-bila masa rasa anak akan diculik.
Bila dah mula fikir macam-macam, dada berdenyut kencang, nafas berombak, dahi berpeluh dingin, tangan menggeletar.
Keadaan ini menyebabkan dia rasa lebih tertekan dan ada rasa seperti mahu mati.
Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni.
Tak tahan. Badan penat tapi nak rehat pun tak boleh.
Sampai satu tahap rasa nak berhentikan semuanya tapi macam mana nak berhenti?
Dah ambil wuduk, dah solat, dah doa, dah minta ampun suami, dah maafkan semua orang.
Sudahlah rasa diri tak guna, tak dihargai, takut. Sekarang rasa risau melampau mula makan diri.
Aku nak mati! Aku cuma nak stop! Tak tahan! Jerit hati.
Tapi tak boleh mati, Allah tak terima orang mati bunuh diri.
Dalam menghadapi situasi ini dia masih mengingati Allah.
Saya doa banyak-banyak, Ya Allah tunjukkan aku jalan apa yang paling baik buat akhiratku.
Saya berkahwin dengan jodoh yang sangat baik. Pada awalnya suami saya pun pening dengan “mental” saya tapi beliau sangat sangat sangat sabar.
Ads
Sebelum itu selama 7 tahun menahan rasa dan hinggalah satu pagi dia perlu bangkit melawan segala-galanya.
Sepanjang rasa sengsara, 7 tahun lamanya. Satu pagi saya bangun, saya nekad untuk sihat. Saya sangat penat dengan diri sendiri. Penat rasa nak mati. Penat rasa beban. Penat rasa “mental”.
Dan saya bangun dan fight semua ketakutan. Saya terima kegagalan saya. Saya terima kelemahan saya.
Dan saya belajar untuk bersyukur.
Hasilnya dia merasakan dirinya adalah wanita yang paling bahagia sekali. Dia kini boleh tersenyum dan bercakap secara terbuka mengenai masalah mental yang dihadapi
Orang tanya saya macam mana nak sihat? Pecahkan tembok ketakutan, kegagalan, rasa malu, rasa rendah diri. Sabar. Satu-satu tembok akan pecah dan kita akan berani keluar dari “gua” kita.
Hari ini saya mampu bercakap secara terbuka tentang sakit mental yang saya alami.
Hari ini saya mampu tersenyum dengan ikhlas tanpa perlu dipaksa.
Hari ini saya bangga menjadi seorang surirumah dan ibu kepada anak-anak saya.
Hari ini saya mampu terima kegagalan saya dan saya akan kembali sambung belajar.
Hari ini saya ada matlamat hidup setiap hari. Kenapa saya mesti hidup pada hari ini.
Hari ini, sama ada keadaan baik atau buruk. Saya tetap hargai apa yang terjadi.
Hari ini saya belajar untuk bersyukur bagi setiap detik.
Macam mana pula dengan hari anda?
Ads
Permulaan cerita bagaimana dia kemudiannya mendapatkan rawatan mental
Saya bergegas ke klinik kesihatan berdekatan. Bila masuk bilik jumpa doktor. Doktor tanya ya awak sakit apa? Masa tu saya dah tak ambil pusing seorang lagi doktor dan pesakitnya.
“Saya rasa nak mati”
Pada masa ini saya cerita semua yang saya alami. Doktor lebih banyak diam sambil-sambil menaip di komputer.
Tak lama kemudian, keluar salinan surat untuk dirujuk ke hospital.
Saya kemudian ke hospital. Serah surat bahagian psikiatri. Tak lama kemudian doktor pakar panggil masuk.
Awak seorang? Ya pada masa ini suami saya ada komitmen kerja. Saya bawa anak-anak. Doktor tanya kenapa dan saya ulang cerita macam di klinik tadi tapi kali ini air mata saya menitik lebat.
Tak ada malu lagi. Saya mahu sihat.
Doktor dengar dengan baik apa yang saya katakan. Sangat melegakan bila doktor kata “ini adalah satu penyakit dan bukan salah awak”
Sepatutnya saya perlu ditahan wad, disebabkan anak kedua saya masih menyusu badan jadi doktor nasihatkan saya berehat dirumah saja.
Saya diberi ubat yang agak kuat buat 2 minggu pertama. Lebih banyak tidur. Kerja rumah semua ke laut. Mujur suami saya balik tengah hari belikan makanan.
2 minggu kemudian saya kembali berjumpa doktor. Kali ini rasa nak mati, risau sudah mula berkurang sedikit.
Ads
Sebulan kemudian, rasa nak mati itu sudah tiada. Risau, down masih ada tapi tidak seteruk bulan-bulan sebelumnya.
Kemudian jarak appoiment bersama pakar berkurang dari 3 bulan dan sekarang 5 bulan untuk temujanji seterusnya.
Ianya tidaklah teruk sangat seperti yang digambarkan oleh stigma masyarakat yang kononnya bila jumpa pakar sakit jiwa, kita ini GILA. Bahkan sewaktu saya menunggu giliran untuk berjumpa doktor, ada juga pesakit lain yang berpakaian kemas siap bertie lagi.
Untuk mula dapatkan rawatan, anda sendiri perlu BERANI untuk berterus-terang dengan doktor.
Sebelum ini, memang saya sudah dapatkan rawatan tapi KESILAPAN saya, saya berhenti makan ubat dan jumpa doktor SERTA-MERTA kerana pada masa itu saya rasa saya macam orang GILA.
Kesannya, bila default (berhenti dapatkan rawatan) kesan sakit akan jadi lebih teruk dan untuk sembuh, perlu ambil ubat untuk masa yang lebih panjang.
Saya sendiri dijelaskan oleh doktor, untuk turunkan dos ubat bagi rawatan saya, mungkin mengambil masa lebih kurang 2 tahun.
Pengambilan ubat memang akan ada kesan pada hati, pada masa yang sama doktor nasihatkan saya untuk jaga pemakanan dan bersenam
Turut berkongsi tip bagaimana dia akhirnya sembuh
1. Saya amalkan istighfar sepanjang masa. Kebergantungan pada Allah kena kuat.
2. Saya cuba aroma terapi dengan Young Living essential oil (EO). Ada masa, walaupun sudah makan ubat tapi saya masih sukar untuk tidur. Jadi saya calitkan saja sedikit EO di bantal.
3. Saya mula kurangkan makan benda yang manis, fast food, cikedis dll
4. Petang-petang riadah dengan anak-anak (lebih kurang bersenam)
5. Mula wujudkan hobi sebagai terapi (sebelum ni hobi pun tak ada sebab terlalu sibuk risau macam-macam)
6. Bergaul dengan orang. Satu tahap saya pernah rasa terlalu takut nak berjumpa dengan orang. Jiran datang ketuk pintu, saya lari masuk bilik. Pada awal pengalaman ambil job wedding photography, saya kena panic attack sebab macam terkejut ramai sangat orang, muzik kuat. Rasa nak pitam, nak muntah, mata pun dah naik juling, semua ada.
Job-job seterusnya pun saya masih kena panic attack tapi jangan risau, ianya akan berkurang.
7. Akhir sekali, paling penting, UNFOLLOW semua yang bawa perkara negatif. Kita nak positif kena buang semua perkara yang tak baik. Kalau perlu unfriend, left group, delete account, buat saja. Bukan nak putus silaturahim pun. Jangan sampai dekat luar pun tak tegur.
8. Muka mesti mau senyum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ibu dan bapa mana sahaja yang tidak akan gembira melihat anak mereka berjaya memegang segulung ijazah di tangan. Tambahan lagi pula, ia menjadi satu kemenangan buat ibu dan bapa kerana berjaya membesarkan anak yang mereka kasihi.
Baru-baru ini, Rozita Che Wan turut memanjatkan rasa syukurnya apabila anak keduanya, Aniq Ezra, berjaya menamatkan pelajarannya. Ramai juga yang memberikan komen yang positif melalui perkongsiannya itu.
Berbaloi susah payah cari duit bayar yuran universiti
Pelakon dan juga usahawan, Rozita Che Wan, menitipkan rasa syukur apabila anak keduanya, Aniq Ezra, kini telah berjaya menamatkan pelajarannya di Taylor’s University. Lebih mesra di kenali sebagai Che Ta, dia turut menghadiri majlis konvokesyen tersebut baru-baru ini untuk meraikan kejayaan itu.
Menjadi perhatian orang ramai lagi apabila kapsyen melalui perkongsian Che Ta yang begitu manis dan juga bersifat keibuan oleh kerana penggunaan loghat Kedah. Tetapi, titpannya di ruangan kapsyen itu sedikit-sebanyak membuatkan orang ramai terkenang pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan anak yang mereka kasihi.
“Berbaloi lah mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University…bukan sikit-sikit duit chek oiiii…
“…Tapi syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah swt double degree dalam tangan,
“I hope you will continue working hard to make yourself a completely succesful man.” katanya.
Walaupun kapsyen perkongsian di laman Instagram miliknya itu agak ringkas, tetapi ia cukup membuatkan ramai orang rasa kesyukuran yang dia rasai. Ibu dan bapa mana sahaja yang tidak akan terharu melihat anak mereka berjaya dalam kehidupan mereka.
Meski pun perkongsian Che Ta itu bertuju khas buat kejayaan anak keduanya yang berjaya memiliki double degree, tetapi ramai yang turut kagum dengan fesyen yang di gayakan oleh Che Ta ketika itu. Siapa sahaja tidak tahu Che Ta yang sememangnya sinonim dengan penggayaan fesyen yang sofistikated dan megah!
Apabila melihat gambar posting di Instagram miliknya itu, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita binti Abu Bakar, 49, memadankan tudung bawal dan juga blazer yang berwarna orange neon juga dengan perincian ostrich feather membuatkan lagi gaya fesyennya lain dari yang lain. Juga begitu, Che Ta juga memakai seluar leather berwarna hitam dan juga but bertumit.
Apabila meninjau di ruangan komen, ramai juga yang memuji kecantikan serta gaya fesyen yang di gaya oleh Che Ta ketika itu. Ramai yang berikan komen positif dan juga memberangsangkan.
Gembira melihat ramai yang kini berjaya dan memperoleh kejayaan yang mereka inginkan. Kami dari Hijabista juga turut ingin mengucapkan Aniq Ezra atas kejayaannya memiliki dua ijazah sarjana muda.
Dewasa ini ramai yang begitu prihatin menjaga kuku dan pancaindera yang satu ini memang diberi perhatian khusus hingga sanggup merapikan kuku setiap minggu. Tidak salah untuk memanjakan tangan, tetapi bukanlah caranya dengan menyimpan kuku panjang. Memang nampak cantik setelah merapikannya, tetapi hukum yang diberi ustaz ini juga menakutkan.
Jika ada yang menyimpan niat, sila abaikan kerana kuku pendek itu lebih terjamin kebersihannya.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus bagi lelaki atau perempuan yang menyimpan kuku panjang menyerupai orang kafir.
Menurutnya, sunat bagi kita memotong kuku lebih rendah daripada jari. Hukumnya jadi harus pula jika kita menyimpan sama tinggi dengan jari.
Dan jika kuku panjang lebih dari jari, hukumnya tidak berdosa tetapi jatuh makruh. Walau bagaimanapun, jika kuku itu panjang menyerupai orang kafir, hukumnya terus jatuh haram.
Ada pula yang berkata dosa menyimpan kuku panjang ini umpama membela sekandang babi. Menurut beliau, ia tidak betul. Tetapi tetap menekankan hukum membela kuku panjang menyerupai orang kafir adalah HARAM.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kesan yang akan terjadi apabila tidak cukup tidur adalah individu akan berasa tidak segar selepas bangun pagi, mulut kering dan sakit kepala.Antara kesan yang teruk adalah boleh menyebabkan kemalangan jalan raya kerana mengantuk, tidak fokus dan depresi. Tidur yang tidak lena menjadikan tubuh tidak bermaya dan hilang fokus, kerana itulah pentingnya masyarakat mengamalkan rutin ‘sleep hygiene’ untuk mendapat tidur yang cukup dan berkualiti.
Tidak ramai sebenarnya yang mengetahui tentang ‘sleep hygiene’ ini, tetapi masyarakat luar seperti di negara Jepun sudah lama mempraktikkannya dalam amalan kehidupan seharian,” katanya.
Selain memberikan fokus yang tinggi dan mengelakkan dari sebarang penyakit seperti darah tinggi, sleep hygiene turut mengelakkan seseorang yang tidur terjaga di tengah malam dan mengakibatkan badan tidak mendapat rehat yang cukup.
Oleh yang demikian, ia akan mula menyumbang kepada pelbagai penyakit- penyakit yang kronik seperti hipertensi, serangan jantung, strok dan juga diabetes.
Sleep Hygiene untuk tidur berkualiti:
Tidur secukupnya dalam lingkungan 7 hingga 8 jam.
Pastikan 1 jam sebelum tidur, anda tidak menggunakan sebarang gajet.
Berada dalam keadaan yang gelap dan bersedia untuk tidur.
Tidur dalam bilik yang hanya digunakan untuk tidur. Tidak menggunakan bilik untuk melakukan kerja pejabat, di hadapan televisyen.
Berada dalam keadaan yang senyap dan sunyi. Tidak bising.
Rawatan tradisional untuk mudah tidur:
1.Menjaga jadual kesihatan
Apabila kita menjaga kualiti tidur kita, ia akan memberikan tubuh badan kita lebih sihat. Tempoh masa untuk tidur yang berkualiti ialah 8 jam, iaitu tidur yang tidak terllau banyak dan tidak terlalu sedikit. Bukan itu sahaja, malah kita haruslah sentiasa bersenam setiap hari, tidak memaksa untuk tidur dan mengikut jadual yang tidur teratur. Seperkara lagi, usahlah minum minuman berkafein di malam hari kerana ia menyukarkan kita untuk mendapat tidur yang lena.
2. Mengunakan teknik meditasi
Teknik meditasi membantu untuk menghilangkan masalah insomnia dengan lebih efektif. Ia membolehkan otot-otot tegang menjadi longgar. Elakkan menonton TV, bermain telefon bimbit, membaca, makan atau terlalu banyak berfikir di atas katil.
3. Makan makanan magnesium dan kalsium
Diet pemakanan seharian juga memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah tidur. Terdapat beberapa penyelidikan mengatakan bahawa sumber magnesium dan kalsium boleh menjadikan tidur yang baik. Magnesium terlibat dalam banyak proses dalam badan termasuklah melonggarkan otot. Sumber makanan kalsium dan magnesium yang tinggi ialah sayura-sayuran, tenusu dan kacang serta bijirin.
5. Dapatkan beberapa senaman aerobik
Aktiviti fizikal dapat membantu mengurangkan tekanan dan dapat menguatkan badan anda, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk tidur dan mempunyai rehat malam yang baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...