Tanpa disedari, rona pakaian yang dipakai juga boleh memberi efek pada mood seseorang individu. Persepsi tentang warna juga berbeza mengikut budaya sesuatu kaum. Sebagai contoh, warna merah dikatakan mampu meningkatkan denyutan nadi kita.
Jadi, pemilihan warna amat penting dalam bergaya supaya ia dapat menaikkan mood dan menarik perhatian orang sekeliling anda. Tetapi, jangan berniat untuk menarik perhatian ‘negatif’ daripada orang lain. Lain pula jadinya nanti.
Jadi, warnai hari-hari anda dengan pilihan rona yang terbaik agar hari anda tidak suram lagi.
Kuning buat anda kelihatan seperti seorang yang mudah didekati walaupun anda sebenarnya seorang yang introvert. Tidak semua orang sesuai menggayakan rona ini, jadi berhati-hatilah ketika memakai busana daripada rona kuning agar anda tidak tenggelam dek kecerahannya.
Jika anda ragu-agu, gunakan rona ini pada aksesori atau sepatu agar ia tidak memberi impak negatif pada keseluruhan gaya anda.
Rona merah akan membuatkan anda tampak lebih daring dan judgemental. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri anda dan buat anda kelihatan lebih menonjol di khalayak ramai.
Rona ini juga biasanya dikaitakan dengan aura bahaya, passion dan seksi. Jadi, anda perlu berhati-hati dalam menggayakan warna ini.
Hijau dikatakan dapat memberi ketenangan dan dalam masa yang sama dapat memberi kesegaran. Rona ini memiliki tona yang banyak sekaligus mudah untuk dipadankan dengan semua jenis tona kulit.
Jika anda mahu menonjolkan busana hijau anda, pastikan anda memakai aksesori rona neutral. Sekiranya anda memilih tona hijau yang cair, padankan dengan aksesori dari rona pop. Tetapi anda perlu sentiasa berhati-hati dengan tona hijau neon.
Dipercayai rona biru mampu menurunkan tekanan darah anda. Tidak kiralah sama ada anda mahu relaks selepas bekerja atau mahu keluar date, rona ini adalah pilihan yang terbaik!
Ia dapat membantu anda menjadi lebih tenang dan mencipta impressi pertama yang baik. Jika anda memilih rona biru yang agak gelap, padankan ia dengan item dari rona terang atau neutral agar tampak seimbang.
Tiada yang salah sekiranya anda menggayakan rona hitam kerana semua boleh masuk dengan rona ini. Selain memberi efek lebih kurus, rona ini juga mampu mencipta impressi sedih dan elegan dalam masa yang sama.
Untuk tampak lebih glamor, padankan aksesori atau hiasan daripada rona yang terang.
Rona ungu perlu jika anda mahu mencipta impressi matang dan berkeyakinan seperti menghadiri temuduga kerja. Warna ini mampu membuatkan wajah anda tampak lebih matang dari biasa.
Selain itu, ia juga mampu menaikkan penampilan yang biasa-biasa. Padanan terbaik untuk warna ini adalah rona pastel!
Rona oren merupakan rona paling ideal untuk stimulasi aktiviti dan meningkatkan kreativiti. Usah takut dengan ronanya yang terang kerana anda boleh padankan ia dengan rona sejuk atau neutral untuk menyeimbangkan gaya.