Tanpa disedari, rona pakaian yang dipakai juga boleh memberi efek pada mood seseorang individu. Persepsi tentang warna juga berbeza mengikut budaya sesuatu kaum. Sebagai contoh, warna merah dikatakan mampu meningkatkan denyutan nadi kita.
Jadi, pemilihan warna amat penting dalam bergaya supaya ia dapat menaikkan mood dan menarik perhatian orang sekeliling anda. Tetapi, jangan berniat untuk menarik perhatian ‘negatif’ daripada orang lain. Lain pula jadinya nanti.
Jadi, warnai hari-hari anda dengan pilihan rona yang terbaik agar hari anda tidak suram lagi.
1. Kuning
Kuning buat anda kelihatan seperti seorang yang mudah didekati walaupun anda sebenarnya seorang yang introvert. Tidak semua orang sesuai menggayakan rona ini, jadi berhati-hatilah ketika memakai busana daripada rona kuning agar anda tidak tenggelam dek kecerahannya.
Jika anda ragu-agu, gunakan rona ini pada aksesori atau sepatu agar ia tidak memberi impak negatif pada keseluruhan gaya anda.
2. Merah
Rona merah akan membuatkan anda tampak lebih daring dan judgemental. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri anda dan buat anda kelihatan lebih menonjol di khalayak ramai.
Ads
Rona ini juga biasanya dikaitakan dengan aura bahaya, passion dan seksi. Jadi, anda perlu berhati-hati dalam menggayakan warna ini.
3. Hijau
Hijau dikatakan dapat memberi ketenangan dan dalam masa yang sama dapat memberi kesegaran. Rona ini memiliki tona yang banyak sekaligus mudah untuk dipadankan dengan semua jenis tona kulit.
Jika anda mahu menonjolkan busana hijau anda, pastikan anda memakai aksesori rona neutral. Sekiranya anda memilih tona hijau yang cair, padankan dengan aksesori dari rona pop. Tetapi anda perlu sentiasa berhati-hati dengan tona hijau neon.
Ads
4. Biru
Dipercayai rona biru mampu menurunkan tekanan darah anda. Tidak kiralah sama ada anda mahu relaks selepas bekerja atau mahu keluar date, rona ini adalah pilihan yang terbaik!
Ia dapat membantu anda menjadi lebih tenang dan mencipta impressi pertama yang baik. Jika anda memilih rona biru yang agak gelap, padankan ia dengan item dari rona terang atau neutral agar tampak seimbang.
5. Hitam
Tiada yang salah sekiranya anda menggayakan rona hitam kerana semua boleh masuk dengan rona ini. Selain memberi efek lebih kurus, rona ini juga mampu mencipta impressi sedih dan elegan dalam masa yang sama.
Ads
Untuk tampak lebih glamor, padankan aksesori atau hiasan daripada rona yang terang.
6. Ungu
Rona ungu perlu jika anda mahu mencipta impressi matang dan berkeyakinan seperti menghadiri temuduga kerja. Warna ini mampu membuatkan wajah anda tampak lebih matang dari biasa.
Selain itu, ia juga mampu menaikkan penampilan yang biasa-biasa. Padanan terbaik untuk warna ini adalah rona pastel!
7. Oren
Rona oren merupakan rona paling ideal untuk stimulasi aktiviti dan meningkatkan kreativiti. Usah takut dengan ronanya yang terang kerana anda boleh padankan ia dengan rona sejuk atau neutral untuk menyeimbangkan gaya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mesti ramai di antara kita pernah rasa ‘tertipu’ apabila membeli beg kulit namun tak lama selepas itu materialnya mulai koyak atau terkopek sedikit demi sedikit.
Hmm, sebenarnya jika materialnya diperbuatkan daripada kulit tiruan maka jangka hayat beg itu tidak akan tahan lama tidak kiralah murah atau mahal harganya. Ikuti perkongsian oleh Lina Nafura Ahmad ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Actually kan lately ni ramai buat tiktok pasal Duck handbag rabak peeling kan?
Actually kan kalau Pu leather atau aka FAKE leather lah tak kira jenama ape dia akan rabak bila habis jangka hayat dia … tak kira kasut , bag , belt atau ape sekali pun lah.
Kalau 100% leather tak mungkin akan rosak walaupun 100 tahun . Dia akan just retak, berkulat (kalau kena air ) dan pudar. Honestly my 100% leather shoes , handbag Chanel ke Dior ke Hermes ke even dah 20 tahun tak peel langsung perfect condition even letak dalam kotak.
Sebab dia guna 100% leather dari luar dalam, lining dan label. Sebab tu handbag jenama mahal kayangan berat sebab leather kan berat dik.
Tapi Coach handbag i banyak i buang je sebab peeling teruk . Bila i kaji actually bukan semua bahagian rosak. Coach sebab dia buat handbag dia bukan 100% leather .
Maybe nak cut cost , jadi bahagian tak nampak tersorok kat situ dia cut cost , lining dalam bag dia and label bukan 100% leather tapi hanya PU leather . And barang dia bukan murah ye handbag 2k average harga Butik . Bayang kan beli 10 bag konon nak simpan pakai tukar tapi tak boleh tahan lama.
So kesimpulan dia kalau beli jenama2 Coach dan seumpamanye sila lah pakai sampai rabak , tak guna simpan buat koleksi sebab takkan boleh simpan lama sebab selepas setahun dua akan start rosak bahagian dalam yang PU leather .
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kulit yang sihat seperti selebriti Korea memang menjadi dambaan setiap wanita. Selain menjaga wajah menggunakan set penjagaan wajah yang sesuai, makanan yang diambil juga perlu diambil kira.
5 makanan ini perlu anda elakkan jika ingin memiliki kulit wajah yang sihat.
Makanan Dalam Tin
Nutrisi dalam makanan akan hilang semasa pemprosesan makanan dalam tin. Makanan dalam tin juga mengandungi sedikit air hingga tidak mampu menghidrat kulit.
Kafein
Pengambilan dua ke tiga gelas kafein dalam satu hari dapat meningkatkan hormon stres dalam tubuh.
Ketika stres kulit akan mudah berkedut, kering dan kusam. Kafein terdapat dalam kopi, teh, soda dan minuman penambah tenaga.
Makanan Bergula & Mengandungi Pewarna
Makanan yang mengandungi banyak gula dan pewarna boleh membuatkan sistem imun tubuh menjadi rendah sehingga tidak mampu melawan bakteria. Kulit akan mudah iritasi dan jerawat.
Makanan Bergoreng
Makanan bergoreng dengan suhu yang tinggi akan menimbun lemak dalam tubuh. Ia melambatkan peredaran dalam darah dan metabolisme tubuh.
Kulit akan kehilangan oksigen sehingga ia kelihatan tua dengan lebih cepat.
Sosej
Anda tidak tahu bahagian daging apa yang ada di dalam sosej. Daging-daging ini akan membuat hormon tubuh menjadi tidak seimbang hingga menimbulkan jerawat dan iritasi pada kulit.
Mungkin ada antara hijabi yang kurang yakin untuk menggayakan baju sleeveless jika mempunyai lengan yang besar. Sebolehnya mereka ingin menutupi bahagian tersebut, bimbang akan menjejaskan penampilan.
Namun usah bimbang kerana ada tip mudah untuk menutupi lengan yang besar. Jom Hijabista kongsikan 4 tip yang bakal membuatkan keyakinan anda bertambah dan kelihatan anggun!
BAJU LENGAN ¾
Wanita biasanya mempunyai masalah yang sama iaitu mereka lebih mengambil berat dengan keadaan lengan bahagian atas yang terlihat lebih besar daripada pergelangan tangan.
Baju lengan 3/4 adalah penyelamat yang mampu menutupi bahagian atas tersebut, tetapi tetap menonjolkan keadaan lengan bawah yang lebih kecil.
BAJU LENGAN PANJANG FABRIK SHEER
Lengan panjang adalah pilihan fesyen yang cukup sesuai untuk menutupi lengan besar anda. Namun Malaysia dengan iklim tropika membataskan anda untuk mengenakan pakaian berlengan panjang stiap hari.
Panas! Untuk tampil lebih selesa, pilih baju lengan panjang dengan fabrik sheer yang menutupi lengan tetapi tidak membuatkan anda kepanasan.
KARDIGAN DAN BLAZER
Memakai kardigan dan blazer juga menjadi pilihan terbaik untuk menutupi lengan besar Anda. Pilih cardigan dari fabrik nipis yang tidak akan membuat anda kepanasan di siang hari yang terik.
Untuk tampil yang lebih profesional, kenakan fitted blazer agar tubuh anda kelihatan lebih langsing.
OFF THE SHOULDER TOP
Memakai baju lengan panjang yang sama setiap kali tentu sahaja membosankan. Anda boleh bermain dengan fesyen iaitu dengan mengenakan pakaian atas seperti off the shoulder, half the shoulder dan shoulder cut.
Pakaian seperti ini akan membuatkan anda kelihatan seimbang kerana ia mengalih fokus pada bahu dan bukannya lengan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...