Memilih warna hijab tidak boleh sembarangan. Bila salah memilih, boleh membuat wajah jadi kelihatan pucat dan kusam. Triknya adalah memilih hijab yang sesuai dengan warna kulit supaya wajah pun kelihatan lebih cerah. Berikut beberapa pilihan warna hijab yang boleh membuat wajah kelihatan cerah sesuai dengan warna kulit.
Warna coklat boleh menjadi salah satu pilihan warna hijab yang cukup neutral dan mudah disuai padankan dengan pelbagai busana lain. Warna ini boleh membuat wajah kelihatan lebih cerah dan bersih. Semua warna kulit juga sesuai dengan warna hijab coklat nude. Namun, untuk pemilik kulit sawo matang, hindari memakai hijab warna coklat terlalu muda kerana boleh membuat wajah jadi kelihatan pucat.
Hijab warna pastel sesuai untuk pemilik kulit coklat gelap. Pilihan warna pastel yang boleh jadi padanan buat anda adalah warna dusty pink
atau pink muda untuk membuat wajah kelihatan lebih fresh.Hijab ungu muda atau warna orchid boleh memberikan kesan tenang dan lembut. Warna hijab ungu muda sesuai untuk perempuan berkulit sawo matang dan kuning langsat kerana boleh memberikan kesan wajah lebih glowing. Anda boleh padankannya dengan warna-warna neutral, seperti navy, kelabu, atau beige.
Untuk pemilik kulit putih gading, warna hijab yang boleh membuat wajah kelihatan lebih glowing adalah warna yang agak terang. Salah satunya warna merah maroon atau burgundy. Warna ini dapat memberikan kesan pada wajah untuk kelihatan lebih fresh.
Buat anda yang memiliki medium skin tone, pilihlah warna biru tua untuk memberikan kesan wajah lebih cerah. Namun, hindari memadankannya dengan warna-warna yang earthy tone, seperti hijau atau coklat tua, kerana boleh membuat wajah kelihatan kusam.
Kulit kuning langsat paling banyak dimiliki oleh perempuan Malaysia. Salah satu warna hijab yang sesuai untuk pemilik warna kulit kuning langsat agar kulit kelihatan lebih cerah adalah hijab warna kuning mustard. Warna ini dapat membuat tone kulit tetap seimbang dan kelihatan lebih glowing.
Warna-warna terang seperti warna kuning, merah, dan hijau, sesuai untuk pemiliki kulit gelap dan kulit sawo matang. Salah satu tren warna hijab terkini yang boleh jadi padanan anda adalah warna hijau emerald. Hijab ini sesuai dipadankan dengan pelbagai warna jubbah polos mahupun bermotif. Warna ini juga boleh membuat penampilan anda kelihatan lebih segar.