Hijab datang dalam pelbagai warna, dan ini boleh menjejaskan penampilan kulit anda. Jika anda memilih warna yang tidak sesuai, kulit anda akan kelihatan kusam.
Tetapi terdapat banyak warna yang boleh anda pilih untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah. Jadi, pastikan anda mempunyai beberapa warna ini dalam koleksi tudung anda.
Nak cerahkan muka kena pakai tudung warna mustard. Warna ini biasanya sangat bagus digabungkan dengan baju putih.
2. Kelabu ialah warna yang digayakan secara neutral dan mudah dipadankan dengan pakaian monokrom. Ia boleh membuatkan anda kelihatan lebih elegan.
3. Jika anda ingin membuat wajah anda kelihatan cantik dan ceria, anda harus memilih tudung yang berwarna ungu. Warna ini popular sekarang, jadi ia akan membuatkan anda kelihatan lebih cantik dari sebelumnya.
Ads
4. Kalau nak tudung nampak cerah kulit, boleh pilih warna terang seperti kuning atau oren. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menjadikan kulit anda kelihatan lebih bermaya dan hidup, anda boleh memilih warna earthy tone.
5. Tudung merah jambu akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih cerah dan menjadikan pipi anda merah jambu yang cantik. Sangat sesuai jika anda suka kelihatan feminin.
Ads
6. Sesetengah orang suka warna biru laut kerana ia membuatkan wajah mereka kelihatan ceria dan ceria. Ia boleh menjadi pilihan yang baik untuk orang yang tidak mahu memakai terlalu banyak warna yang berbeza.
Ads
7. Terdapat satu warna yang anda perlu sentiasa pakai semasa memakai tudung hitam. Warna ini serba boleh dan boleh dipakai untuk gaya harian atau untuk majlis-majlis khas. Anda akan kelihatan menarik dalam warna hitam!
Wanita dan beg tangan memang sukar untuk dipisahkan. Malah tidak lengkap penampilan seseorang itu tanpa adanya beg tangan yang jadi peneman setia setiap wanita.
Namun begitu setiap beg tangan itu tidak kira kecil atau besar ada pantang lantang tersendiri. Menurut selebriti popular yang sentiasa bergaya ‘on point’ Rozita Che Wan berkongsi tip pantang larang yang tak boleh dibuat pada beg tangan kita.
Posting ini dimuat turun adalah rentetan dari perkongsian terdahulu iaitu tip bagaimana mahu memilih beg tangan bersesuaian bagi seseorang wanita itu.
Menurut Che Ta juga tip yang diberikan ini ini nampak tidak begitu penting tetapi sebenarnya menjadi panduan kepada wanita di luar sana berdasarkan pengalamannya yang memang sinonim bergaya dengan beg.
PANTANG LARANG YG “HARAM” DIBUAT KEPADA HANDBAG KITA!
1. HARAM SIMPAN HANDBAG DALAM PLASTIK!
Beg sampah.. Beg plastic jenama Nobita ke, yg dpt dari supermarket tu ke.. NO NO NO… NO WAY! Tau x sbb apa? Sbb, beg plastik akan memerangkap lembapan.. Ini blh mengakibatkan kulat! Takkan nk pakai handbag yg berkulat kan? Eeww..
2. JGN SESEKALI MELETAKKAN HANDBAG DI BWH LANTAI…
Ini bukan isu merendahkan martabat handbag uolls.. Tp ini isu kebersihan! Lantai tu, kita blom tau lg apa jenis kuman/bakteria yg ada.. Mungkin bakteria plg berbahaya sdg bergolek-golek keriangan kt situ.. Takut2 nnt, ia melekat pada handbag uolls.. Seterusnya mampu menjangkiti uolls sekeluarga!
Hati kalau x diisi dgn iman pasti rapuh.. Sama juga handbag..Jgn sesekali simpan dlm keadaan handbag kosong.. Letakkan suratkhabar, atau bahan2 asal yg ada dlm handbag masa uolls baru beli.. Ini bg mengekalkan handbag pada bentuk asal dan kekal nmpk seperti baru!
4. ELAKKAN HANDBAG TERKENA MATAHARI UTK TEMPOH LAMA
Kulit handbag kita bkn mcm kulit kita.. Mereka x perlukan Vitamin C! Kalau dibiarkan terdedah pada matahari/cahaya secara terus menerus, mampu memudarkan warna handbag.. Rugi sgt nnt.. Dah pudar, malu lah nk tunjuk kat orang.. Kan? Huhuhu…
Uolls kena kenal jenis handbag uolls ok! Kena tahu.. Leather ke.. Pvc ke.. PU ke.. Kena ambil tahu.. Very important.. Sebabnya.. Setiap jenis material ni, memerlukan penjagaan yg berbeza.. Tak boleh dilayan sama semuanya.. Ada yg memerlukan extra care.. Ada yg perlu dicuci.. Ada juga yg jenis manja.. Ada juga yg jenis x perlukan perhatian sgt.. Jadi JANGAN layan semuanya sama.. Ok?
6. PEGANG HANDBAG DGN TANGAN KOTOR
Mmg betul.. Ni handbag uolls.. Nk pegang mcm mana pun.. Terpulang pada uolls.. Tp my advice.. Pegang dgn tangan bersih.. Sbb, kita mesti taknak bakteria berkumpul di handbag kita, btl tak? Nanti bakteria2 tu berjumpa, berkawan, lepas tu bergabung, blh menghasilkan satu kumpulan bakteria yg ganas! Kalau ada anak kecil, baby tu main gigit2 pula handbag kita, ahh sudah! .
Org perempuan, handbag beli banyak2.. Lepas tu terbiar jer.. Uolls kena simpan dalam kain pelindung.. Biasanya dpt sekali masa beli handbag.. Pastikan bertutup (Jgn tutup dgn plastic).. Ini utk mengelakkan handbag tu dari berhabuk dan debu bermastautin di luar dan dalam handbag kita… Dan juga utk elakkan dari dicakar kucing!
Harini, i nk share dgn uolls tips2 plg penting, bila nk membeli handbag.. Tips ni i ambil dari pengalaman sndiri tau..
1. MAJLIS Uolls semua kna tahu, bag ni nk guna utk majlis apa, atau nk bawa ke mana.. Bkn apa, takut x sesuai.. Kalau ke wedding, majlis harijadi atau keluar brjalan-jalan, pilih yg sedikit elegan dan brkulit lebih lembut.. Warna2 yg sesuai spt hitam, hijau, warna nude atau yg sesuai mengikut tema and baju uolls…
2. WARNA Hitam, nude dan coklat adalah warna plg ‘universal’ dan plg sng match dgn byk baju.. Tp kalau nak kelainan, blh pilih warna spt hijau, pink atau warna2 terang.. I sendiri, suka warna2 yg simple.. Kdg2 je guna warna meriah2 ni.. Hehe...
3. BENTUK BADAN Yg ni sgt penting.. Handbag cantik tp klau x kena dgn bentuk bdn, x jadi jgak! Kalau 6 kaki ke bwh, disarankan gna handbag yg x trlalu besar.. Takut nnt nmpk mcm bwk peti ice pulak.. Hehe.. Besar sedikit tak mengap, tp jgn ‘oversize’! Yg tinggi pulak, jgn guna handbag yg trlalu kecil tau..
4. HARGA Penting ikut kemampuan.. Mmg lah, best kan kalau blh pakai LV, Chanel, Bottega dan semua brand2 ganas tu.. Tp, byk jugak brand yg baru dan kurang terkenal, tetapi ada kualiti yg sgt baik.. .
5. KUALITI Yg mahal, tak semestinya bagus.. Yg bagus, tak semestinya mahal.. Kan? Jadi penting utk uolls pilih kualiti.. Tgk cara jahitan, tgk material yg digunakan.. Yg penting, baca review dan testimoni berkenaan jenama/model handbag tersebut…
6. DESIGN HANDBAG Inilah faktor plg utama sebenarnya.. Sbb benda pertama yg kita nmpk adalah, design bag itu sendiri.. Betul tak? So sgt penting uolls pilih design yg trendy, modern dan evergreen.. Supaya blh guna utk tempoh yg lama, dan tak nmpk ketinggalan.. .
Rekaan hijab seperti shawl ataupun bawal menjadi trend pada hari ini. Walaupun ia sebahagian dari kewajipan kaum Hawa untuk menutup aurat, namun kini hijab merupakan sebuah simbolik ‘fashion statement’ yang mampu menaikkan seri stail seseorang. Oleh itu, sama juga seperti baju mahupun kasut, produk tudung juga harus dijaga dengan baik!
Walaupun rata-rata daripada kaum Hawa sudah memiliki banyak jenama tudung namun tidak ramai yang tahu cara menjaganya dengan betul. Kali ini team Hijabista kongsikan kepada anda cara mudah untuk menjaga tudung shawl ataupun jenis tudung lain supaya boleh dipakai lama. Selamat mencuba!
Guna pelembut fabrik
Untuk menjaga kelembutan tekstur fabrik tudung anda, basuhkan ia dengan produk sabun basuh baju yang diperbuat daripada jenis cecair dan campurkan dengan pelembut fabrik kemudian rendamkan selama lima minit. Elakkan penggunaan sabun basuh baju jenis serbuk kerana ia boleh merosakkan tekstur tudung. Malah, harus diingat. Rendaman yang terlalu lama juga tidak digalakkan kerana ia akan mengakibat tekstur rapuh atau fragile dalam jangka masa yang lama dan membuatkannya mudah koyak!
2. Jangan basuh terlalu kuat
Oleh kerana tekstur tudung begitu nipis dan halus, penggunaan berus tidak digalakkan kerana boleh mengubah tekstur fabrik tudung menjadi kasar jika diberus dan menjadikannya tidak selembut selalu. Elakkan menyental tudung dengan kuat. Cara yang paling ringkas, celupkan sahaja di dalam rendaman air, periksa tudung sama ada kekotoran di mana-mana dan gosok lembut bahagian yang ada kotoran.
3. Elakkan jemur di bawah matahari terik
Selain itu juga, elakkan menjemur tudung shawl di bawah matahari terik. Lebih elok sekiranya tudung dijemur di tempat yang redup dan angin bertiup. Ia juga dapat mengekalkan kualiti tudung untuk tidak rapuh dan kekal kukuh supaya tidak mudah kuat. Langkah ini juga dapat menjaga warna tudung daripada luntur. Fabrik shawl biasanya terdiri daripada fabrik yang agak nipis.
4. Guna kaedah rendam dan jangan guna mesi basuh
Elakkan basuh pelbagai shawl menggunakan mesin basuh. Ini adalah kerana mesin basuh membasuh dengan agak kasar yang boleh menyebabkan tekstur berubah dan menyebabkan kedutan pada tudung. Cara terbaik adalah menggunakan tangan. Bila membasuh tudung di dalam mesin semestinya akan bercampur dengan baju yang lain, sekiranya warna luntur ke baju yang lain akan menyebabkan tudung tersebut tidak boleh digunakan lagi.
5. Jangan guna suhu yang tinggi ketika menggosok
Sesetengah tudung perlu digosok dengan seterika. Elakkan menggunakan suhu yang terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan tudung menjadi rosak dan kemungkinan tudung boleh terbakar ataupun berlubang kerana suhu seterika yang terlalu tinggi. Suhu yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan warna tudung menjadi pudar. Bagi anda yang memiliki tudung jenis pleated, elakkan menggosok terlalu kuat kerana ia akan merosakkan perincian pleated tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebanyakan hijabi merasakan mereka tidak menemui gaya tudung yang sesuai dengan bentuk wajah.
Ini bukan sahaja menjadikan hijabi merasa kurang seleasa bahkan boleh mengurangkan keyakinan diri.
Ia boleh diatasi dengan memilih material tudung mengikut bentuk muka. Dengan memahami bentuk muka, hijabi boleh menentukan material tudung yang sesuai agar penampilan lebih menarik.
Jom semak jenis material yang sesuai dengan bentuk muka: –
PERSEGI
Pemilik bentuk muka persegi selalunya sukar untuk mencari material dan gaya tudung yang sesuai kerana bentuk rahang yang menonjol.
Kunci utama pemilihan material tudung bagi hijabi yang berwajah persegi ialah jenis yang fleksibel, jatuh dan senang dibentuk seperti chiffon yang boleh mengikut kontur muka dengan baik.
BULAT
Bagi yang berwajah bulat, piilih material tudung yang mempunyai ciri-ciri mudah dibentuk, tidak kaku, lembut dan tidak terlalu tebal sehingga dapat menyamarkan pipi yang tembam.
Hijabi boleh memilih material tudung yang jatuh seperti chiffon, ceruty baby doll atau spandex.
BUJUR
Muka berbentuk bujur boleh memakai tudung dalam apa jua gaya dan material. Namun, adalah lebih baik jika hijabi mengelak daripada menggunakan bahan yang terlalu nipis seperti chiffon.
Pilih material tudung yang tebal sedikit untuk memberi volume agar muka kelihatan lebih proporsional. Hijabi boleh memilih bahan tudung seperti cotton, cotton, silk dan spandex.
SEGI TIGA
Bagi hijabi yang mempunyai bentuk muka segi tiga, pilih material tudung yang tebal seperti kapas dan sutera.
Semoga bermanfaat!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...