Haid atau menstruasi adalah proses meluruhnya dinding rahim untuk membersihkan rahim dari pembuluh darah, kelenjar, dan juga sel-sel yang keluar dalam bentuk darah kerana ketiadaan persenyawaan. Idealnya, haid terjadi setiap 28 hari sekali. Ada juga perempuan yang memiliki kitaran haid dengan julat waktu antara 21-25 hari dan ini masih masuk dalam kategori normal.
Namun, ada beberapa yang mengalami kitaran yang tidak teratur, misalnya kurang dari 21 hari atau lebih dari 35 hari. Lalu, apa yang menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur? Cuba semak penjelasannya ya!
1. Stres atau depresi
Beban fikiran yang berat ternyata ikut mepengaruhi kitaran menstruasi. Ketika anda sedang dalam keadaan stres atau depresi, hypothalamus, iaitu bahagian otak yang mengatur hormon kitaran haid ikut terpengaruh. Sehingga, ketika stres, hormon pengatur jadi tidak seimbang dan haid pun jadi tidak teratur.
Naik atau turunnya berat badan secara drastik juga jadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya, kitaran yang tidak teratur terjadi pada orang yang mengalami gangguan pola makan.
3. Alat kontraseptif
Penggunaan pil kontraseptif dalam dose rendah memang tidak terlalu memengaruhi kitaran haid. Tapi, alat kontraseptif seperti spiral dan suntikan KB boleh menyebabkan seseorang lewat datang haid. Bahkan alat seperti spiral boleh juga menyebabkan darah keluar lebih banyak dari biasanya ketika haid.
4. Hormon yang tidak seimbang
Ads
Ini merupakan penyebab utama kitaran haid yang tidak teratur. Ketidakseimbangan hormon pun boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti kelelahan atau stres. Ketika terjadi gangguan pada hormon di dalam tubuh, maka kitaran haid pun ikut terganggu.
5. Gaya hidup yang kurang sihat
Merokok dan sering minum alkohol ternyata tidak hanya mengganggu kesihatan, tapi juga dapat mengacaukan kitaran haidmu. Ini kerana gaya hidup tersebut boleh memengaruhi kesihatan sehingga kitaran haid juga tidak stabil.
6. Olahraga berlebihan
Olahraga memang wajib dan baik untuk dilakukan, tapi tidak jika dilakukan berlebihan. Saat melakukannya secara berlebihan, tubuh akan menghasilkan hormon-hormon yang berlawanan dengan hormon reproduksi iaitu estrogen dan progesteron.
Ads
7. Pertanda ada penyakit serius
Kitaran haid yang tidak teratur boleh jadi pertanda jika anda mengidap penyakit yang serius. Salah satunya adalah ovarium polikistik, dimana hal ini ditandai dengan timbulnya sista kecil dalam katung telur yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Itu tujuh hal yang boleh jadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur. Jika anda mengalaminya, segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor!
Menjawab salam yang diberikan sesama Muslim adalah wajib. Berdosa sekiranya salam diabaikan secara sengaja.
Lalu bagaimana pula hukum menjawab salam bertulis melalui mesej pesanan ringkas atau aplikasi whatsapp dan sebagainya? Adakah salam itu juga wajib untuk dijawab?
SOALAN:
Apakah hukum menjawab salam bertulis melalui mesej pesanan ringkas atau aplikasi whatsapp dan sebagainya? Mohon pencerahan.
Maksudnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
Ayat di atas menjelaskan, apabila kamu memasuki sebuah rumah, tidak kira rumah tersebut berpenghuni ataupun tidak, maka sebahagian daripada kamu berilah salam kepada sebahagian yang lain dengan lafaz “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ atau “السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ” sekiranya tiada seorang pun di dalam rumah itu. Ucapan salam ini telah disyariatkan oleh Allah SWT dan ia merupakan ucapan yang diberkati, yang menumbuhkan rasa kasih sayang dan cinta. Apatah lagi, ia disukai oleh orang yang mendengar.
Bukan itu sahaja, malah Ibn Juzai al-Kalbi menyebutkan, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat ia tidak terhad hanya kepada rumah-rumah atau kediaman tetapi juga masjid-masjid. Kita diperintahkan untuk memberi salam kepada sesiapa yang ada di dalamnya. Sekiranya tiada sesiapa di dalamnya, berilah salam kepada Nabi SAW, para malaikat dan hamba-hamba Allah yang soleh.
HUKUM MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
Pada asalnya, hukum memberi salam adalah sunat muakkad — yang sangat dituntut. Manakala hukum menjawabnya pula adalah wajib.
Imam al-Nawawi menjelaskan lagi perkara ini sebagaimana yang disebutkan dalam kitabnya bahawa hukum memulakan salam itu adalah sunat muakkad. Manakala hukum menjawab salam pula adalah fardhu atau wajib secara ijmak (sepakat para ulama). Sekiranya seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain, maka orang yang kedua itu wajib menjawabnya sebagai fardhu ain. Jika diberi salam kepada sekelompok manusia, maka hukum menjawabnya pula menjadi fardhu kifayah. Jika salah seorang menjawabnya, maka sudah cukup dan gugur kewajipan menjawabnya bagi mereka yang lain, dan jika semua orang menjawabnya, maka semuanya dikira sebagai menunaikan perkara yang fardhu, sama ada mereka menjawabnya secara serentak ataupun tidak. Jika tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang menjawabnya, maka mereka semua dikira berdosa.
Penjelasan lanjut berkenaan hal ini, bolehlah merujuk kepada artikel kami yang bertajuk: #202 Memberi Salam.
CARA MENULIS DAN MEMENDEKKAN LAFAZ SALAM KETIKA BERMESEJ
Secara umumnya, para ulama berbeza pendapat mengenai hal ini. Ada yang membenarkannya dan ada juga yang melarang. Mereka yang tidak membenarkan untuk memendekkannya berhujah kerana ia adalah ibadah sepertimana yang disebutkan oleh Abu al-Hasan al-‘Adawi dalam hasyiahnya.
Manakala sebahagian ulama yang lain pula, mengharuskan lafaz salam diringkaskan hanya kepada “السَّلَامُ” atau “سَلَامٌ” sama ada ketika memberi salam atau menjawabnya. Bahkah Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyebutkan bahawa tidak mengapa memendekkan lafaz salam menjadi “السَّلَامُ” kerana Nabi Ibrahim A.S, ketika menjawab salam para malaikat Baginda menjawabnya dengan lafaz “سَلَامٌ” iaitu dengan makna “عَلَيْكُمْ سَلَامٌ” yang bermaksud “Ke atas kamu kesejahteraan”. Begitulah juga ketika memberi salam, tidak mengapa, jika seseorang memberi salam dengan lafaz “سَلَامٌ” iaitu dengan makna “سَلَامٌ عَلَيْكُم” yang bermaksud “Salam sejahtera ke atas kamu” atau dengan lafaz “السَّلَامُ” iaitu dengan makna “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ” (Salam sejahtera ke atas kamu).
Pendapat mereka yang membolehkannya ini, dikuatkan lagi dengan sebuah hadith daripada riwayat Umar bin al-Khattab R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Amalan-amalan itu adalah berdasarkan kepada niat, dan bagi setiap orang apa yang dia niatkan.”
Justeru, tidak mengapa jika seseorang itu memendekkan lafaz salam dalam penulisannya di aplikasi whatsapp dan seumpamanya. Hal ini kerana dia tidak akan menulis atau memendekkan lafaz salam melainkan dia berniat atau bermaksud mahu memberi salam. Misalnya, dia menulis di awal mesejnya ‘salam’ atau ‘aslmkm’ atau apa-apa singkatan yang boleh difahami daripadanya bahawa penulis maksudkan sebagai memberi salam. Namun, jika lafaz salam tersebut dapat ditulis dengan penuh seperti ‘assalamualaikum’, maka itu adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf. Penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah merujuk kepada artikel kami yang bertajuk: #522 Memendekkan Lafaz Salam ketika Bermesej.
HUKUM MENJAWAB SALAM YANG BERTULIS
Berbalik kepada persoalan yang telah ditanyakan, kami nyatakan bahawa seseorang yang mendapat mesej mahupun pesanan ringkas yang mengandungi lafaz salam, wajib menjawabnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).”[10]
Selain itu, Nabi SAW juga pernah bersabda kepada Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Wahai Aisyah, ini Jibril. Dia mengucapkan salam kepadamu.” Lalu aku menjawab: “وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ” (Dan ke atasnya keselamatan dan rahmat Allah).” Nabi SAW melihat apa yang tidak aku lihat.”
Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang telah sampai padanya salam daripada seseorang yang lain, hendaklah dia menjawabnya dan menjawab salam itu, hukumnya adalah wajib ke atas dirinya dengan segera. Begitu juga jika dia menerima salam menerusi kertas — yakni surat — daripada orang yang berada di jauh, maka hukumnya adalah wajib untuk dia menjawab salam tersebut secara lisan dengan segera ketika dia membacanya.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan kaedah fiqh yang menyatakan:
الكِتَابُ كَالخِطَابِ
Maksudnya: “Penulisan sama kedudukannya seperti percakapan.”
Dr. Muhammad al-Zuhaili ketika mensyarahkan kaedah ini menyebutkan, penulisan antara orang yang tidak hadir sama seperti pertuturan sesama orang yang hadir. Hal ini kerana pen (atau alat-alat tulis lain) merupakan salah satu alat bicara — yakni untuk menyampaikan. Sesungguhnya Nabi SAW telah diperintahkan untuk menyampaikan risalah (yakni agama ini) kepada manusia seluruhnya. Ada kalanya Baginda SAW telah menyampaikan kepada mereka melalui penulisan (yakni perutusan surat) dan ada kalanya melalui pertuturan.
KESIMPULANNYA
Justeru, berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa hukum yang sama terpakai kepada mereka yang menerima pesanan ringkas daripada aplikasi whatsapp, SMS dan seumpamanya, atau membaca surat atau lain-lain, yang mana terkandung di dalamnya lafaz salam (yang ditujukan buat pembacanya), hendaklah dia menjawabnya kerana hukum pada penulisan sama kedudukannya dengan pertuturan. Jika menjawab salam yang dilafazkan itu, hukumnya adalah wajib, maka menjawab salam yang disampaikan melalui penulisan juga adalah wajib.
Selain itu mereka boleh memilih untuk menjawabnya secara lisan yakni sekadar menjawabnya secara lisan sahaja, tanpa membalas kembali lafaz salam itu, maka ia sudah memadai. Namun, afdhalnya adalah membalas kembali lafaz salam itu (yakni menjawabnya) dengan mengirimnya kembali melalui pesanan ringkas tersebut.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Wallahua‘lam.
Sumber kredit: Maktabah al-Bakri Top image: Photo by rodnae-productions from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kulit yang bercahaya dari dalam adalah trend kecantikan yang paling diingini sekarang, tetapi ada perbezaan antara highlight yang ditempatkan secara strategik dan ‘glowing’ keseluruhan yang rentan terhadap jerawat dan menyebabkan solekan merosot.
Sekiranya anda mempunyai jenis kulit berminyak, anda boleh mengatasinya dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang seimbang dan mekap yang lembut, tetapi ini boleh menjadi sedikit rumit jika pipi anda kering dan T-Zon anda sentiasa berminyak.
Kelenjar sebum di dahi, hidung dan dagu, yang boleh jadi berlebihan jika anda mempunyai kulit kombinasi, menyebabkan lebih banyak pengeluaran minyak di kawasan ini. Ini cara menanganinya menurut jurusolek professional.
Bersihkan dengan baik, tetapi jangan terlalu bersih
Mencuci muka untuk menyingkirkan minyak, solekan dan kotoran adalah penting, tetapi menggunakan produk yang keras dan menggosok wajah anda sebenarnya boleh berlawanan dengan intuisi kerana boleh menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan untuk mengimbanginya.
Sebilangan doktor mencadangkan membersihkan T-Zon dengan pembersih berasaskan asid salisilik atau asid glikolat, dan seluruh bahagian muka dengan pelembap dan keseimbangan. Walau bagaimanapun, ini sukar untuk dipraktikkan. Pakar dermatologi mencadangkan mencuci wajah anda hanya dua kali sehari, dan melembapkan secara berterusan selepas itu untuk mengelakkan pengeringan seluruh wajah anda.
Toner yang dimaksudkan untuk mengeringkan dan menghaluskan kulit boleh menjadi terlalu keras. Sistem tiga langkah tradisional iaitu pembersih, toner dan pelembap mungkin tidak selalu sesuai untuk anda. Doktor mengatakan bahawa individu sering membuat kesalahan dengan mempercayai bahawa produk berasaskan alkohol pembersihan yang benar-benar berfungsi. Perkara ini berlaku walaupun anda menggeser toner ke kawasan T-Zon itu boleh menjadi terlalu kering, menyebabkan kawasan sensitif pada wajah lebih terdedah kepada jerawat, kesesakan dan kemerahan.
Sekiranya anda cenderung berminyak, pilihlah beberapa produk yang mesti dimiliki yang akan menyeimbangkan kulit dan bukannya mencuba rutin beberapa langkah. “Teknik aplikasi terbaik untuk digunakan ketika menerapkan solekan pada T-Zon dan kulit berminyak adalah penting menggunakan primer atau pelembap, jangan sekali-kali menggunakan kedua-duanya kerana ini terlalu banyak lapisan produk pada kulit.
Foundation matte tidak semestinya kemasan berat pada kulit. Adalah biasa bagi foundation seperti ini untuk memiliki bahan penyerap minyak seperti tanah liat dan silika, yang dapat membersihkan lebihan minyak. Foundation dengan minyak boleh menyumbat dan menyesakkan kulit, jadi ia paling baik dibiarkan untuk kulit kering sepenuhnya. Sapukan foundation tanpa minyak dengan memasukkannya ke dalam kulit dengan menggunakan span kecantikan. Tekan kulit dengan tisu untuk menghilangkan kotoran yang berlebihan atau sisa minyak berminyak pada kulit dengan lembut untuk menghilangkan lebihan produk.
Concealer lebih pekat, adalah landasan liputan tinggi dalam kemasan yang lebih kecil. Memasukkannya ke T-Zon bukanlah idea yang baik, walaupun produk yang lebih tebal mungkin lebih menyerap minyak daripada foundation. Menggunakan concealer di T-Zon anda yang merupakan pusat wajah akan menjadikan foundation dan concealer anda kelihatan lebih berat daripada yang sepatutnya.
Setting powder adalah serbuk longgar dengan bahan seperti talc dan silika. Menyimpan produk basah seperti formula cecair atau krim di samping mencegah pengeluaran minyak berlebihan, menjadikannya mesti miliki. Gunakan teknik menekan dan meletakkan serbuk di atas foundation untuk mengatur solekan kekal sempurna sepanjang hari. Cara terbaik adalah menerapkannya di kawasan hotspot wajah, seperti di bawah mata, di dahi dan di bahagian bawah hidung untuk meratakan kilauan.
Proses untuk menurunkan berat badan bukanlah semudah ABC! Anda harus tahu pelan diet yang harus diamalkan dan jenis senaman yang sesuai mengikut daya ketahanan tubuh badan. Ia merupakan proses yang panjang dan memerlukan tahap disiplin yang tinggi.
Khas untuk anda yang ingin menurunkan berat badan, ada beberapa faktor yang harus anda tahu dan lakukan untuk memastikan berat badan yang diimpikan dapat dicapai dengan baik! Oleh itu, kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada anda langkah-langkah penting sebelum memulakan proses menurunkan berat badan anda! Selamat mencuba!
1.Kenal pasti keperluan kalori harian yang sesuai untuk tujuan pengurangan berat badan. Cuba fahamkan konsep keseimbangan kalori iaitu kalori yang diambil mestilah lebih rendah daripada kalori yang digunakan
2. Amalkan diet yang seimbang iaitu yang pelan diet yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak pada komposisi yang betul. Selalunya, konsep suku-suku separuh merupakan kaedah terbaik!
3. Cuba elakkan diet yang ekstrim kerana boleh membahayakan kesihatan dan juga tidak menjamin pengurangan berat badan yang stabil dalam jangka masa panjang
4. Elakkan makan diluar. Rancang menu makanan anda untuk seminggu yang akan datang supaya dapat mengelakkan anda daripada membuat pilihan yang tidak sihat. Makanan di luar dikhuatiri mengandungi banyak perisa tambahan yang tidak baik untuk kesihatan.
5. Kenal pasti kelebihan makanan yang sesuai untuk memenuhi keperluan kalori tubuh badan.
6. Jika anda mempunyai masalah mengawal selera makan, ada beberapa tip yang boleh diamalkan iaitu :
Pastikan waktu makan yang teratur
Makan sebelum terlalu lapar
Minum air secukupnya
Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur sayuran dan buah buahan
Jangan makan ketika bosan
Jangan makan ketika emosi terganggu
Jangan langkau (skip) sarapan pagi
Elakkan menyimpan stok makanan yang tinggi kalori
Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan bergula.
Lakukan aktiviti fizikal setiap hari sekurang kurangnya 30 minit sehari
Catatkan jumlah pengambilan kalori seharian – food diary/ apps
Fakta Obesiti
1.Pembedahan bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun pembuangan beberapa bahagian perut.
2. Diet air boleh mengurangkan tahap sodium dalam darah dan ia membahayakan kesihatan.
3. Makan cukup protein kerana ianya membantu menyeimbangkan tahap gluthathione iaitu sejenis enzim yang diperlukan untuk proses ditoksifikasi.
4. Detox” ataupun detoksifikasi adalah proses yang berlaku secara natural oleh badan setiap masa.
5. Dianggarkan lebih dari satu bilion orang dan lebih daripada 300 juta orang di seluruhdunia mempunyai berat badan berlebihan dan obes secara amnya.
6. Menurut World Health Organization (2003), laporan yang dikeluarkan telah mengenalpasti beberapa faktor utama seperti kekerapan pengambilan makanan segera, saiz porsi makanan, keadaan ekonomi dan sosial yang berubah dan tidak melakukan aktiviti fizikal boleh menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti dan membawa kepada masalah penyakit kronik.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...