Tak dapat dinafikan, ramai yang keliru untuk membezakan di antara mitos dan fakta berkaitan hal kecantikan. Malah, ada yang tidak tahu dan terus mempercayai mitos yang diketahuinya. Jangan begitu! Sebagai seorang wanita, anda perlu ambil tahu fakta berkaitan hal kecantikan. Tidakah anda terus-terusan mempercayai mitos yang ternyata tidak masuk akal.
Mitos hanyalah sekadar mitos dan anda perlu mempercayai fakta yang sebenar. Hijabista paparkan mitos vs fakta yang selalu disalah ertikan oleh kaum wanita terutamanya bila hal yang berkait dengan kecantikan. Lepas nie jangan salah lagi okay!
1. Basuh Muka Dengan Ais
MITOS: Ketika membasuh muka dengan air sejuk atau ais, pori-pori wajah akan mengecil. Begitu juga ketika membasuh wajah menggunakan air suam, pori-pori akan terbuka.
FAKTA: Tahukah anda sebenarnya perkara itu cuma berlangsung pada saat itu sahaja. Lakukan rawatan wajah secara teratur dan gunakan masker atau skrub untuk membantu menanggalkan sel kulit mati supaya wajah bertambah lembut dan cerah.
2. Madu Lembapkan Bibir
MITOS: Oles madu sebelum tidur, bibir bertambah lembap dan sihat.
Ads
FAKTA: Madu lebah memang bagus untuk bibir kerana cairan madu mengandungi kadar gula yang dapat memberi nutrisi pada bibir dan menggantikan fungsi lip balm yang melembapkan.
3. Jilat Bibir
MITOS: Membasahkan atau menjilat bibir supaya selalu kelihatan lembap.
FAKTA: Air liur mengandungi enzim yang akan membuatkan bibir anda semakin kering sebenarnya.
4. Oles Lipstick Berkali-kali
Ads
MITOS: Menambah olesan lipstick secara berulang tanpa membersihkan bibir terlebih dahulu.
FAKTA: Biasakan membersihkan bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstick yang baru terutamanya jika dipakai terlalu lama. Olesan yang dipakai pada waktu awal biasanya sudah tercemar di udara, bercampur debu bahkan terdapat sisa makanan yang menempel di bibir.
5. Kerap Sikat Rambut
MITOS: Sikat rambut sekerap mungkin bakal membuatkan rambut anda sentiasa sihat.
Ads
FAKTA: Perlu berhati-hati kerana rambut bersifat mudah rapuh dan kulit kepala akan lebih berminyak. Sesekali gunakan jari untuk meluruskan rambut anda.
6. Muka Berjerawat
MITOS: Coklat dan makanan berminyak penyebab jerawat
FAKTA: Pnyebab timbulnya jerawat adalah disebabkan oleh produksi minyak pada kulit yang berlebihan dan tidak membersihkan wajah dengan sebaiknya.
7. Lingkaran Gelap Pada Bawah Mata
MITOS: Timun dapat atasi lingkaran gelap pada bahagian bawah mata.
FAKTA: Benar tapi sifatnya hanya sementara. Setelah beberapa waktu, bahagian bawah mata anda akan kembali gelap. Meletakkan timun di atas mata yang terpejam hanya dapat menyejukkan kulit di sekitar mata dan mengurangkan lingkaran gelap tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Berdepan dengan masalah kulit wajah yang mengalami ‘breakout’ memang boleh buat kita jadi tak senang duduk. Namun tidak semsetinya kita hanya duduk berdiam diri dan melihat kulit wajah makin teruk. Perkongsian gadis ini di twitter menggunakan akaun nama Farah_dayanaa yang memberitahu dulu dia juga mengalami masalah jerawat dan pigmentasi yang teruk, tetapi sekarang bertambah baik walaupun masih dalam proses pemulihan.
Menurutnya penjagaan kulit wajah yang betul sebagai rutin harian memastikan dia berjaya pulihkan wajah dari masalah berkenaan dengan lebih cepat.
Dia turut memberitahu cara penjagaan kulit wajahnya menggunakan produk yang digunakan setiap hari. Sebelum itu dia memberitahu telah menggunakan banyak produk tetapi tidak berkesan.
Selain itu, Farah juga turut mengamalkan minum banyak air dan menjalani kehidupan lebih sihat bagi memastikan kulit wajah cantik juga memiliki badan yang sihat.
Menurut Farah juga dia tidak mengamalkan senaman, tetapi kadang-kadang dia menyertai kelas zumba. Bukan itu sahaja, gadis ini turut mengubah cara pemakanannya, cuma tidak secara drastik.
Dia masih lagi boleh makan kek, roti dan makana lain. Cumanya dia mengurangkan makanan berminyak dan tidak mengambil air manis kecuali terpaksa.
Dulu jenis jenis kulit kombinasi berminyak dan sekarang sudah jadi normal.
Boleh cuba beli produk ini dengan set percubaan dulu.
Kegunaan snail essence pula untuk parut.
Ini rahsia wajah jadi seperti V shape seperti dalam gambar.
Hasil yang memang menakjubkan walaupun perjalanannya cukup mencabar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Manis berhijab pada 17 September lalu, figura seni ini tidak pernah mendedahkan kepada umum apa yang membuat hatinya terdetik untuk berhijab. Anzalna Nasir menerusi kempen Loveta X Aznalna yang bermula 5 Januari yang lalu, berbesar hati mengumumkan kerjasama bersama secara terbuka.
Meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Siti Sarah Raissuddin melalui jenama tudung yang dibangunkan, pewaris yang ditinggalkan tidak lagi menoleh kebelakang apabila meneruskan kerjasama strategik bagi membangunkan jenama Loveta merentas sempadan dunia.
Tiada sebab untuk berkongsi
Setiap penghijrahan pasti mempunyai kisah manis dan pahit yang membuka hati seseorang untuk menjalani tuntutan agama, apatah lagi wanita yang baru berhijab. Pelbagai cerita yang tersembunyi yang sering dikongsi oleh selebriti wanita tanah air yang mula berhijab.
Namun lain pula bagi Anzalna Nasir, bagi dia tiada cerita yang menarik untuk dikongsikan pada umum tentang penghijrahannya. “Perkara wajib sampai masa saya berhijab”. Tiada cerita pelik di sebaliknya, kerana suamipun tidak tahu Anzalna sudah berhijab, cuma berkongsi dengan adik beradik.” Ujar Anzalna di dalam siding media pelancaran Loveta x Anzalna.
Perlukan keselesaan bukan ‘standard’
Pertama kali memuat turun wajah berhijab di laman sosial, Anzalna mengayakan tudung dari jenama antarabangsa, pasti ramai yang terpukau dan membuat andaian sendiri.
Begitu juga bagi Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire (M) Sdn Bhd, Siti Fatimah Suberi, 34 tahun, agak takut jika lamaran untuk bekerjasama bersama selebriti ini akan ditolak kerana takut menjatuhkan ‘standard’ Anzalna.
“Saya gembira kerana niat untuk bekerjasama dengan Anzalna berjalan dengan baik sekali. Apabila kita menyatakan hasrat untuk ‘menyunting’ beliau, hasrat tersebut disambut dengan baik dan bermulalah kerjasama antara kami.
Beliau menganggap kerjasama bersama Anzalna merupakan sesuatu yang menarik memandangkan ini merupakan kali pertama pelakon berkenaan berkolaborasi dengan jenama tudung.
Bagi Anzalna sendiri, berhijab bukan untuk menjaga standard dengan mengayakan jenama antarabangsa, apa yang penting adalah keselesaan menutup aurat. “Memandangkan Anzalna ini sedikit cuai, selalu lupa letak anak tudung dan pin di mana, dengan tudung Loveta ini sukup memudahkan.” Katanya lagi
Menerusi kempen Loveta X Anzalna, mereka memperkenalkan Anzalna Shawl yang juga merupakan shawl semi instant yang hadir dengan 11 koleksi warna yang menarik pandangan mata. Menariknya, mereka menghasilkan produk kali ini dengan mengikut citarasa pelakon berkenaan yang mahukan satu tudung yang mudah dipakai namun mempunyai kelas dan standard tersendiri. Ditambah pula dengan penghijrahan Anzalna sendiri yang kini sudah tampil berhijab, pastinya koleksi diperkenalkan dapat memenuhi citarasa wanita bertudung.
Hubungan baik dengan Siti Sarah
Anzalna juga mendedahkan secara jujurnya Ratasya Empire (M) Sdn Bhd merupakan syarikat yang diasaskan boleh Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan Siti Fatimah sejak 2019, telah melamarnya beberapa kali sebelum ini. Disebabkan terikat dengan beberapa kotrak dengan jenama lain, Anzalna terpaksa menolaknya dengan baik.
Allayarham Sarah pernah menyatakan hasrat untuk bekerjasama menerusi satu produk namun perkara tersebut tidak kesampaian. Tapi saya secara peribadi bersyukur kerana dapat menunaikan hasrat arwah sekarang.
“Apa pun saya berterima kasih kepada hubungan baik yang terjalin antara Anzalna dan arwah Sarah sejak dahulu. Ini juga yang menjadi sebab utama kenapa beliau (Anzalna) sudi memilih jenama Loveta dalam kempen kali ini,” kata Siti Fatimah.
“Walaupun ada beberapa jenama lain yang turut sama menyatakan minat untuk bekerjasama dengannya, beliau akhirnya memilih jenama Loveta. Ini yang membuatkan saya terharu,” kata Siti Fatimah lagi.
Talita bakal mewarisi jenama Loveta
Sejak memulakan perniagaan awal 2020, Loveta sudah mengeluarkan 7 jenis koleksi tudung termasuklah Solehah yang mendapat sambutan ramai sewaktu mula dilancarkan. Anzalna Shawl pula adalah koleksi kelapan yang dikeluarkan oleh mereka yang boleh dibeli melalui ejen dan stokis di seluruh negara dengan harga RM59 sahaja.
Selain daripada memper kenalkan kempen Loveta X Anzalna, Siti Fatimah yang juga merupakan ibu tiri kepada Allahyarham Sarah mengumumkan Dzakira Talita Zahra, 9 tahun sebagai pewaris jenama Loveta.
Talita yang juga merupakan anak perempuan tunggal kepada Shuib dan arwah Sarah akan menyambung legasi perniagaan memandangkan dia sendiri sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang fesyen dan perniagaan. Mereka juga sudah merancangan untuk memperkenalkan tudung untuk kanak-kanak sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Apa-apa pun kami akan memberikan tumpuan kepada kempena Loveta X Anzalna yang baru sahaja bermula. Kita berharap kerjasama ini akan berterusan dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Selain itu kita juga berharap penghijrahan Anzalna juga akan menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dulu fenomena berhijab melanda hijabi kita. Sejak itu sudah ramai yang mula berhijrah dengan penampilan bertudung. Apatah lagi ketika itu kemunculan butik Muslimah yang mereka pelbagai jenis hijab ibarat seperti cendawan tumbuh. Ada sahaja jenama tudung baru yang muncul sekarang ini sama ada tudung instan, bawal ataupun selendang panjang.
Namun pernah tak kita terfikir, senang atau susah sebenarnya untuk menghasilkan sehelai tudung? Atau adakah mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda atau tidak peniaga tudung ini kerana ada antara tudung yang dijual hingga ratusan ringgit.
Salah satu jenama yang terawal muncul mewarnai dunia hijab ini adalah butik Radiusite. Sudah beroperasi sejak 0 tahun (sejak 2008) dan ia masih kekal utuh di pasaran sekarang. Foundernya Puan A’tikah Ash’ari, 31 tahun, atau dikenali dengan nama Ika sudi berkongsi 4 cara mudah bagi mereka yang berminat untuk membuat bisnes tudung.
Radiusite antara butik online pioneer yang membuat jualan tudung dan memang cukup popular di kalangan penggemarnya hingga mencetus fenomena. Setakat ini mempunyai 419 pengikut di laman instagram.
1.Perlu cari kain
Jika dulu agak susah dan terhad untuk mencari kedai kain yang menjual fabrik cantik, tetapi sekarang sudah banyak pilihan. Salah satunya adalah di Jakel. Pilih fabrik material mana yang berkenan dan bersesuaian dengan bajet. Misalnya dari fabrik sifon, sutere atau crepe.
Sekarang ini tidak susah nak cari tailor kerana segala maklumat ada di hujung cari. Carian mengenai tailor pukal dan ada banyak pilihan yang keluar. Jangan lupa untuk bandingkan harga dan pilih tukang jahit yang menghasilkan jahitan yang baik dan sempurna. Kalau boleh ambil seberapa banyak quotation dan anda boleh pilih perkhidmatan mana paling bagus.
Dalam dunia serba moden ini tidak susah sebenarnya untuk mencari design. Kita boleh lihat contoh yang ada di pasaran, tetapi jangan tiru sepenuhnya. Gunakan sedikit kreativiti untuk mengubah mengikut acuan tersendiri. Terpulang pada cita rasa sama ada mahu mereka tudung jenis panjang, empat segi, instan atau half moon.
Reka label dengan nama yang senang orang untuk mengingat dan kalau boleh cari yang lain daripada yang lain. Kemudian jahit label dan boleh terus di tampal pada tudung. Sudah ada label barulah boleh secara agresif mempromosikan di laman sosial.
Walau bagaimanapun menurut Ika, membuat tudung memang mudah, tetapi untuk kekal agak sukar kerana persaingan yang ada sekarang.
“Macam Radiusite sendiri, kita perlu ada signature brand kita sendiri. Dan lagi satu perlu ikut trend. Misalnya, sekarang ramai orang menggemari instan, jadi kita kena follow. Cuma anda perlu bijak menginovasi produk itu sendiri mengikut kreativiti sendiri.
“Misalnya sekarang tengah popular tudung patch, bunga besar ataupun printed. Semua itu adalah trend dan kita perlu ikut supaya tidak dikata ketinggalan,” jelas Ika sebelum mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...