Ringkas, sopan, moden dan elegan. Begitulah ciri-ciri inspirasi gaya tudung Dewi Sandra yang cukup eksploratif namun tetap menawan! Dewi Sandra merupakan penyanyi dan model Indonesia berketurunan Inggeris-Betawi.
Menjengah ke akaun media sosialnya, Dewi Sandra yang berhijab sejak 2013 ini sering menggabungkan pelbagai warna dalam penampilan hariannya.
Hijabista kongsikan 7 inspirasi gaya tudung Dewi Sandra yang mudah dicuba dan eksploratif. Sangat menawan!
Tudung Bercorak Dengan Jaket & Cermin Mata
Tidak selalu tampil feminin dalam pelbagai majlis terutama di pertunjukkan fesyen, Dewi Sandra sering dilihat berani memadukan penampilannya dengan pelbagai aksesori. Untuk penampilan moden ini, Dewi Sandra menggabungkan tudung bercorak dengan jaket dan cermin mata kontemporari.
Ads
Tudung Warna Pastel Untuk Gaya Feminin
Dewi Sandra sering dilihat memakai tudung berwarna pastel. Pilihan warna ini sesuai untuk ton kulitnya yang cerah. Selain memberikan wajah lebih cerah, pemilihan tudung dalam warna pastel juga menjadikan penampilannya lebih feminin.
Tudung Bercorak Bersama Topi
Ketika melancong ke luar negara, Dewi Sandra bijak menggayakan tudungnya. Salah satunya ialah penampilannya dalam foto ini. Dia menggabungkan tudung bercorak bersama barret. Untuk penampilan yang lebih on-point, Dewi Sandra mengoleskan gincu merah pada bibir.
Ads
Warna Pastel Untuk Penampilan Lebih Segar
Tidak dinafikan, Dewi Sandra sangat menggemari pakaian berwarna pastel. Contohnya dalam foto ini. Dewi Sandra memadankan tudung bercorak dengan jubah biru dan pink lembut. Gabungan kedua-dua warna ini menjadikan penampilannya lebih segar dan sesuai untuk tona kulitnya.
Aksesori Tudung Untuk Penampilan Lebih Garang & Tegas
Aksesori untuk tudung tidak semestinya kerongsang. Boleh memakai aksesori kepala untuk tudung. Gabungan ini memberikan gambaran eksotik Timur Tengah tetapi pada masa yang sama ia juga kelihatan garang.
Ads
Monokrom Dengan Gaya Feminin
Selain pastel, Dewi Sandra juga sering dilihat memakai warna gelap seperti hitam. Untuk tetap memberikan kesan feminin, Dewi Sandra menggandingkan jubah hitam bercorak putih dengan tudung polos warna yang sama. Dewi memilih untuk mengekalkan penampilannya yang ringkas tanpa memakai sebarang aksesori. Namun, penampilannya tetap nampak anggun.
Bermain Motif Dengan Warna Cerah
Dewi Sandra merupakan seorang selebriti yang bersifat eksploratif dalam soal penampilan. Dia berani menggabungkan jubah bercorak dengan tudung serupa. Untuk tampil berbeza, Dewi menggabungkannya dengan topi bercorak dan gincu merah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal dengan isteri kepada aktor kacak, Zain Saidin yang juga usahawan yang terkenal dengan jolokan ‘diva inai’, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta ni.
Terbaharu, namanya kembali menjadi fenomena dan sebutan ramai apabila perniagaanya di bawah jenama by RCW mengeluarkan tudung bawal eksklusif bertatahkan ‘permata laut’ iaitu mutiara.
Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Che Ta telah memperkenalkan tudung bawal mutiaran keluaran terbaharu by RCW berkenaan.
Di dalam video tersebut dapat dilihat Che Ta yang kelihatan anggun malah tampak lebih muda berbanding usianya disaat menggayakan bawal mutiara yang didatangkan dengan beberapa rona warna pastel yang sememangnya bakal menawan hati Hijabis!
Malah, apa yang lebih menarik perhatian lagi adalah harga yang ditawarkan bagi sehelai tudung berkualiti tinggi by RCW adalah harga mampu milik dan bukanya berharga ‘kayangan’ sepertimana tudung jenama lain di pasaran.
Meninjau keruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya khususnya kaum hawa memuji tindakan Che Ta yang tidak mengaut keuntungan yang berlebihan serta menawarkan harga yang mampu milik, cantik serta berkualiti kepada pembeli. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“pandai cari duit bijak….letak mutiara kat tudung dengan harga murah. terbaik che ta…awak bakal jutawan tahniah 🥰
“tudung cik ta like bawal aidijuma laa😁 mampu milik👍
Tular di media sosial seorang pereka fesyen Lisette Scheers berasal dari Belanda dan pengasas jenama Nala design, menyeru masyarakat lebih menghargai budaya. “Menjadi impiannya melihat baju kurung kembali dipakai” komen pereka ini di satu sesi temubual bersama media Singapura.
Namun pendapat beliau disalah anggap dan ramai menyatakan, pereka ini tidak keluar dari ruang dan sasaran jenamanya. Pemakaian baju kurung ini kalau diteliti bukan sahaja budaya masyarakat Melayu malah telah dipakai oleh segenap bangsa tidak mengira hari.
Sambut seruan dengan positif
Sambut seruan pereka berasaldari Belanda, ini cara pemilihan baju kurung untik panduan anda bukan untuk di hari peryaaan malah unutuk pemakaian harian. Warna baju sangat penting untuk memastikan penampilan anda kekal elegan dan menawan pada musim, manakala tona kulit yang dipadankan dengan warna yang sesuai boleh menonjolkan keanggunan diri, secara tidak langsung menyerikan aura anda.
Bukan faktor warna sahaja yang diberi penekanan malah faktor bentuk badan juga harus diambilkira. Jangan tersalah pilih, kesannya akan memburukkan padangan dan membuat anda tidak selesa.
Berikut adalah tip-tip untuk memastikan padanan baju kurung yang anda gayakan sesuai dengan tona kulit dan bentuk badan anda! Disertakan juga contoh himpunan koleksi raya dari butik atas talian zalora Malaysia. Jom Semak langkah di bawah ini:
Langkah pertama:
Kenalpasti tona kulit anda! Terdapat 3 jenis tona kulit, tona sejuk, neutral dan tona panas. Perhatikan saluran darah di kulit bahagian tangan dan pergelangan tangan. Sekiranya saluran darah itu berwarna biru, itu bermaksud kulit anda mempunyai tona yang sejuk. Kalau ia tampil berwarna hijau, tona kulit anda adalah tona yang panas. Jika anda mempunyai kedua-dua warna, itu bermakna tona kulit anda adalah neutral!
Langkah kedua:
Buat pilihan warna mengikut tona kulit anda! Untuk tona kulit sejuk, warna-warna yg lebih tenang seperti biru, hijau dan ungu adalah sesuai. Untuk anda yang mempunyai tona kulit panas, warna-warna yang lebih terang seperti merah, jingga dan kuning lebih menonjolkan tona kulit anda. Tona warna neutral sesuai dengan kebanyakan warna.
Langkah ketiga:
Tona kulit anda tidak menghadkan anda untuk menggayakan baju-baju yang berlainan warna. Anda yang bertona kulit panas boleh mencuba baju berwarna sejuk. Sama juga dengan anda yang bertona kulit sejuk yang ingin memakai baju berwarna cerah. Anda hanya perlu mencuba dan padankan warna-warna yang sesuai untuk anda. Roda warna di bawah boleh membantu dalam pemilihan warna baju anda!
Panduan memilih baju raya mengikut bentuk badan
1. Badan gempal dan tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.
Elakkan pakai baju yang terang juga sebab baju yang terang ni selalunya dia tak cover bahagia2 yang patut kita sembunyikan Contohnya perut hahaha. Tapi nak pakai baju warna lembut/ pastel pun boleh juga as long as dia macam labuh di bahagian yang tertentu. Contoh bahagian pinggul dan peha. I suka beli baju color pastel sebab cantik!
2. Badan kurus dan rendah
Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda. Tengokla hijabista kat atas tu pakai! Dorang sebenarnya rendah je tapi nampak tinggi kan? MAGIC.
3. Badan kurus dan tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
DONT wear baju yang striped ke bawah kalau tak nanti macam rangka tulang Kalau awak penggemar design striped, pakai la yang horizontal so nampak effect berisi sikit.
OK next! Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu :-
4. Bentuk Badan Buah Pear
Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.
Tips untuk bentuk badan buah pear :
Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.
Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.
Cari aksesori yang boleh dipakai di leher sehingga dapat mengimbangi area pinggul dan paha. Hindari memakai pakaian yang ketat.
5. Bentuk Tubuh Epal
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.
Tips untuk bentuk tubuh epal :
Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.
Pilih dress atau skirt berbentuk A, dan cari warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.
Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.
Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.
Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
Cari baju yang agak longgar sehingga membantu menutup bagian pinggang.
Hindari aksesori pinggang terlalu banyak agar pinggang tidak terlihat makin lebar dan gemuk.
6. Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle
Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.
Tips untuk tubuh 4 segi:
Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
7. Bentuk Jam pasir
Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggan
Tips untuk tubuh jam pasir:
Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.
Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.
Kredit: Apricus Fashion
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Cara menyemak iPhone asli atau palsu adalah sangat mudah dan anda benar-benar perlu tahu. Malu kan, kalau beli yang mahal rupanya palsu dan tak boleh guna?
Harus diakui, produk dari Apple sentiasa cool dan berprestij. Panggil ia iPhone. Setiap kali iPhone baharu muncul, ia sentiasa sesak nafas untuk memilikinya. Malah teknologi yang dibawa oleh iPhone sentiasa menjadi trendsetter. Malangnya, memandangkan harga iPhone terbaru yang mahal, ramai yang menjual iPhone palsu sama ada dalam keadaan recondition atau HDC alias palsu.
Atas sebab ini, supaya anda tidak tersalah beli, jom baca petua tentang cara menyemak dan membezakan antara iPhone tulen dan palsu pada tahun 2022. Selamat membaca!
1. Semak Bahan Fizikal iPhone
Untuk tidak tertipu membeli iPhone yang telah dipulihkan, anda perlu berhati-hati. Yang paling mudah ialah melihat secara langsung rupa fizikal. Seperkara yang perlu diingat, iPhone merupakan jenama mewah dan dipasarkan untuk golongan menengah atas. Jadi anda boleh yakin bahawa semua peranti menggunakan bahan logam dan kaca yang kukuh, berbeza daripada telefon pintar lain.
Malah, siri iPhone 13 terbaharu sendiri sudah menggunakan bahan aluminium gred aeroangkasa dan kaca perisai seramik pada skrin, menjadikannya lebih tahan lama. Jelas sekali, bahan jenis ini akan terasa kuat dan kukuh di tangan anda.
Manakala iPhone palsu berkemungkinan besar menggunakan bahan yang lebih rapuh. Malah, anda boleh melihat dengan mudah perbezaan yang ketara antara iPhone asli dan palsu hanya dari ketumpatan dan sensasi memegangnya.
2. iPhone Asal Menggunakan Paparan Retina
Jika anda berpendapat bahawa skrin paparan retina digunakan dalam hampir semua telefon bimbit, anda silap. Paparan retina ialah sejenis skrin yang telah dipatenkan oleh Apple dan hanya digunakan dalam semua produk Apple, termasuk iPhone.
Itulah sebabnya, cara seterusnya untuk menyemak iPhone asal atau palsu adalah dengan menyemak ketumpatan dan kualiti skrin. Paparan retina terkenal dengan ketajaman dan kualiti imej yang jelas dan licin. Sementara itu, iPhone palsu akan menggunakan skrin berkualiti rendah. Ini akan kelihatan apabila anda menghidupkan peranti buat kali pertama. Boleh jadi, spektrum warna dan ketajaman imej tidak seindah yang asli.
3. Sistem Operasi iPhone ialah iOS
Cara paling mudah untuk membezakan iPhone tulen atau palsu adalah dengan melihat sistem pengendalian HP yang anda pegang. Nama pun iPhone, OS (operating system) yang digunakan pastinya iOS kan! Setiap tahun, iOS sentiasa dikemas kini dengan kemas kini sistem dan ciri baharu yang semakin memanjakan pengguna iPhone, salah satunya ialah iOS 15.4 yang terkini.
Sementara itu, iPhone HDC alias palsu tidak akan dapat menggunakan iOS asal. Pengilang juga mengakali dengan membuat sistem Android dengan rupa sedekat mungkin dengan iOS. Ia adalah satu usaha yang baik, tetapi ia pastinya tidak akan disegerakkan dengan pelayan Apple. Akibatnya, iPhone palsu dengan OS palsu seperti ini tidak akan menerima sokongan pembaikan daripada Apple.
4. iPhone Asal Mempunyai App Store
Selain daripada sistem pengendalian iOS, ciri eksklusif yang hanya dimiliki oleh peranti Apple ialah kehadiran App Store. App Store ialah platform penyedia aplikasi seperti Gedung Google Play atau Gedung Windows. Oleh itu, ia akan menjadi sangat lucu jika anda membeli iPhone tetapi tidak mempunyai App Store di dalamnya. Sebaliknya, apa yang anda temui ialah Google Play atau bahkan Gedung Windows. Kritikal!
Walaupun pada masa ini, mereka boleh memanipulasi App Store palsu, tetapi yang diubah suai tidak akan dapat disambungkan dengan App Store yang asal.
5. Semak iPhone IMEI
Satu cara untuk menyemak sama ada iPhone tulen atau palsu adalah dengan menyemak IMEI yang didaftarkan pada peranti. IMEI atau International Mobile Equipment Identity (IMEI) ialah kod pengeluaran yang membezakan satu peranti daripada peranti lain.
Dengan kata lain, tiada satu peranti pun di dunia ini mempunyai IMEI yang sama. Cara yang paling mudah dan paling banyak digunakan untuk melihat iPhone IMEI adalah melalui menu Tetapan.
Berikut ialah panduan tentang cara menyemak IMEI iPhone:
Buka menu Tetapan.
Pilih menu Umum.
Pilih pilihan Perihal.
Tatal ke bawah, lihat nombor IMEI iPhone.
6. Semak ketersediaan waranti iPhone
Jika anda membeli iPhone di Apple Store atau pengedar sah Apple, maka anda boleh yakin bahawa anda akan mendapat waranti iPhone asal yang sah selama setahun dari tarikh pembelian.
Perkara yang menarik ialah, anda boleh menyemak ketulenan jaminan dalam beberapa cara. Malangnya, jika anda membeli iPhone palsu, anda tidak akan mendapat waranti Apple rasmi. Biasanya, anda hanya akan mendapat waranti pengedar atau waranti kedai. Ini pun belum tentu boleh dituntut tau!
7. Harga iPhone palsu jauh lebih murah
Cara terakhir untuk menyemak iPhone palsu atau asli yang boleh anda lakukan ialah menyemak harga. Secara logiknya, harga iPhone asal akan dijual jauh lebih mahal, memandangkan kualitinya sangat berprestij. Oleh itu, anda harus curiga jika anda menemui penjual yang menawarkan iPhone pada harga yang sangat rendah, malah cenderung tidak munasabah.
Boleh jadi peranti yang dijualnya adalah iPhone HDC atau tiruan. Oleh itu, berhati-hati sebelum membeli iPhone idaman anda, jangan biarkan anda tertipu! Nah, itulah panduan tentang cara menyemak iPhone asal baharu dengan iPhone yang telah dipulihkan. Berhati-hati ya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Jalan tikus
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...