Walaupun berhijab tetapi tidak membataskan seseorang itu untuk bergerak aktif dan lasak. Malah ada antaranya menjadikan aktiviti senaman lasak ini sebagai rutin harian dalam mengawal kecergasan tubuh badan. Namun kebanyakan gim yang ada di Malaysia untuk lelaki atau campuran. Bagi yang berhijab sudah tentu tidak selesa untuk sama-sama melakukan aktiviti ini bersama kaum Adam. Namun usah risau, ada beberapa gim yang menawarkan perkhidmatan eksklusif untuk wanita.
Memberi sedikit sebanyak kelebihan kepada wanita berkerjaya merehatkan minda di samping melakukan senaman tanpa gangguan. Semua alat senamn di gymnasium ini direka khas untuk mengyarkan system kardiovaskular tulang dan otot sekaligus dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis pada usia tua.
Di Mana?
Terletak di Kota Damansara dan dibuka pada Mei 2012. Hanya dikhususkan untuk wanita sahaja. Dengan semangat yang besar dan kasih sayang untuk kekuatan tarian dan program latihan, mereka juga pakar dalam jazzercise yang sentiasa funky dan menghiburkan.
Di Mana?
G67-1, Jalan Teknologi 3/9, Bistari De Kota, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia
Beroperasi di sebuah rumah kedai di tingkat dua berlokasi di Taman Puchong Intan. Pusat kecergasan fizikal/gim ini menawarkan kelas kepada para wanita yang inginkan senama di samping mengekalkan kecergasan tubuh badan serta minda. Objekstifnya ingin memberikan perkhidmatan senaman yang terbaik dan memuaskan hati pengunjung pusat ini. Dibuka setiap hari bermula jam 9 malam hingga 10 malam.
Di Mana?
No.39-A, Jalan Intan 2/7, Taman Puchong Intan, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
Keseluruhannya menyediakan senaman untuk kecergasan bermula dari kardio, muscle dan mengembalikan tenaga agar kekal sihat dan cergas.
Di Mana?
Bandar Baru Bangi
Sesuai untuk wanita yang sibuk, seperti latihan litar inovatif mereka hanya 29 minit setiap sesi, disediakan mengikut keupayaan setiap orang.
Di Mana?
41-1, Jalan Setia Indah X, U13/X, Setia Alam 40170 Shah Alam
Walaupun gimnasium unisex, mereka mempunyai satu-satunya kawasan eksklusif untuk menyediakan keselesaan maksimum bagi wanita untuk senaman dalaman.
Di Mana?
Kebanyakan gimanisium ini mengenakan bayaran berpatutan pada kadar masa cukup berbali. Tetapi untuk yang mahu bersenam dan kekal cergas, boleh datang ke MisFit yang diadakan secara PERCUMA kepada semua hijabi di luar sana.
Berlangsung selama 3- 5 Ogos ini bertempat di Pavilion PWTC dan pelbagai acara menyeronokkan bakal berlangsung di sini.
Bukan itu sahaja untuk yang bercita-cita menjadi model, boleh cuba casting
di bawah ini. Mana tahu lepas ni muncul jadi selebriti popular.Tidak ketingggalan HIJABISTA juga turut membawakan acara Body Combat dibawa khas oleh Squad Hijab Raqtive pada 5 Ogos – Ahad, bermula jam 4 petang hingga 5 petang. Jangan lupa, uji kekuatan anda dengan bersama-sama kami menyertai program yang julung-julung kali diadakan ini.