7 Ciri-Ciri Penampilan Sederhana Hijabi Yang Tetap Nampak Stylish!

Share

Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.

Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana tapi tetap nampak fashionable.

Berpakaian Longgar & Labuh


Pakaian longgar dan labuh pastinya tidak menampakkan bentuk badan. Hijabi boleh memilih sama ada untuk menyarung jubah atau dress.

Solekan Yang Tidak Berlebihan
Gaya makeup yang ringkas sudah memadai. Cukuplah sekadar sapuan bedak dan calitan gincu rona natural.

Hijab Ringkas
Hijabi tetap akan kelihatan menarik jika hanya menyarungkan hijab dengan gaya ringkas. Less is more adalah lebih baik sis!

 

Gaya ‘Old School’
Siapa kata gaya ini ketinggalan zaman. Contohnya, menyarungkan baju kurung polos atau bercorak bunga-bunga kecil. Sweet

sangat! Bertambah sweet kalau ianya dipadankan dengan tudung bawal.

Pakai Stoking
Salah satu cara menutup aurat terutama jika hijabi memakai kasut tidak tertutup. Salah satu kelebihannya ialah mudah untuk solat tanpa mengenakan telekung.

Tidak Ketat
Cara berpakaian yang ketat, juga dilarang oleh Nabi SAW. Ini kerana gaya berpakaian yang ketat seperti orang yang berpakaian tetapi ‘telanjang’.

Menjadi Diri Sendiri
Hijabi yang tampil dengan sikap percaya diri pasti akan kelihatan menarik. Mereka yang mencintai dirinya sendiri juga akan lebih mudah dicintai oleh orang lain.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Amy Mohd