Penjagaan hijab adalah lebih kompleks dari pakaian harian kita yang lain. Terutamanya hijab dari fabrik yang lembut dan mudah koyak seperti sifon. Ayuh, ketahui cara untuk memanjangkan hayat hijab anda.
Hijab adalah perkara yang penting dalam kehidupan seharian. Cara penjagaan yang teliti mampu untuk mengekalkan jangka hayat hijab anda. Hijabista sarankan beberapa tip untuk kekalkan kualitinya.
1. Cuci hijab anda dengan cucian tangan. Jika anda tetap ingin menggunakan mesin pencuci, masukkan hijab anda ke dalam beg atau sarung bantal dahulu.
2. Cuci hijab yang berwarna gelap dahulu diikuti dengan hijab berwarna terang. Harus diingati untuk mencucinya secara berasingan.
3. Mencuci hijab adalah perkara paling mudah. Tidak perlu menggunakan air panas mahupun suam, hanya perlu menggunakan air sejuk.
4. Sabun pencuci hendaklah digunakan dalam kuantiti yang sedikit.
5. Elakkan menggunakan agen pemutih seperti peluntur dan sebagainya.
Jika perlu, gantilah peluntur tersebut dengan cuka putih. Hanya perlu tuang sedikit cuka ke dalam air cucian bagi menghilangkan kekuningan pada hijab anda.
6. Jemurkan hijab di luar, tetapi bukan di bawah mentari terik untuk mengelakkan daripada warnanya pudar.
7. Bentangkan ataupun sangkutkan hijab anda di penyangkut baju hingga kering untuk mengekalkan bentuknya.
Maka, selepas ini harapnya anda dapat memastikan jangka hayat hijab anda lebih panjang. Tidaklah perlu asyik membeli sahaja setiap bulan ataupun menangisi pengakhiran hijab kegemaran anda. Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan: Tip Hijab Kekal Lama & Cantik Ikut Jenis Fabrik