Untuk mencapai kulit yang sihat dan bercahaya adalah impian setiap wanita, dengan melakukan pelbagai rutin penjagaan kulit wajah. Paling senang tergoda apabila melihat pelbagai jenama yang menjanjikan kesan yang maksima.
Meskipun sudah bertemu dengan skincare yang sesuai, namun namanya wanita tetap mahu mencuba, tergoda dek pengiklanan dan tawaran yang hebat. Dan akhirnya banyak pula diantara mereka yang menyesal setelah cubaan tidak berhasil seperti yang diinginkan.
Namun meski telah mengetahui produk skincare yang baru mereka beli tak sesuai untuk kulitnya, masih saja ada wanita yang enggan untuk menggantinya kerana sayang dengan wang yang telah dilaburkan. Jika kulit wajah anda menunjukkan 6 tanda ini dan meminta-minta untuk mengganti skincare
Walaupun banyak air yang anda minum, kulit tetap kering dan mengelupas seperti tanah di musim kemarau merupakan salah satu tanda anda harus mengganti skincare. Apalagi jika masalah itu terjadi setelah mengganti skincare, perkara ini menunjukkan bahawa ada kandungan dalam skincare yang digunakan tidak sesuai dengan kulit anda.
Kandungan skincare yang baik mengandungi 3 bahan ini di dalamnya, iaitu vitamin B kompleks, hyaluronic acid, dan ceramides. Ketiga kandungan tersebut baik untuk kulit kering, sehingga kulit anda boleh kembali ke keadaan asal dan menjadi lebih sihat.
Bukan mencerahkan, skincare yang digunakan membuat kulit menjadi kusam. Ini pertanda bahawa skincare yang anda gunakan sekarang tidak boleh mengatasi masalah kulit mati pada kulit anda. Pembinaan semulajadi sel-sel kulit mati dapat membuat kulit menjadi kasar dan kehilangan cahaya. Oleh itu anda juga dianjurkan melakukan eksfoliasi 2 kali dalam satu minggu, untuk tanggalkan kulit mati yang membina.
Breakout dalam dunia kecantikan merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan kondisi kulit berjerawat akibat tidak sesuai dengan skincare yang digunakan. Ketika kulit mengalami breakout, jerawat dapat muncul di mana sahaja bahkan pada bahagian yang biasanya tidak mengalami masalah sekalipun. Dan jika tanda ini muncul pada kulit anda, maka haruslah mengganti skincare yang digunakan dengan yang baru.
Anda harus segera mengganti skincare jika kulit mulai terasa gatal, terbakar serta mulai kemerahan dan iritasi. Perkara ini merupakan reaksi penolakan kulit anda terhadap kandungan dari skincare yang sedang dipakai. Dan jika rasa sakit mahupun gatal akibat iritasi semakin teruk atau tak cepat baik, anda harus dapatkan nasihat doktor untuk segera mendapatkan perawatan yang tepat.
Tahukah anda, bahawa salah satu penyebab penuaan pramatang yang anda alami kerana kosmetik dan produk skincare yang digunakan. Ramai yang ingin tetap awet muda sehingga menggunakan makeup dan skincare
secara berlebihan. Dengan menjangka bahawa semakin banyak yang digunakan maka hasil akan semakin baik.Setiap orang pasti menginginkan perubahan yang baik pada kulitnya. Namun skincare yang anda gunakan tidak memberikan efek apapun, bahkan setelah pemakaian rutin dalam waktu yang lama. Ini juga menjadi pertanda bahawa anda harus mengganti skincare yang anda gunakan dengan yang baru.
Pilihlah produk skincare yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda. Banyakkan membaca review produk-produk dari internet, agar anda tak salah pilih skincare lagi.