Selebriti terkenal Indonesia, Lesti Kejora kini bergelar graduan Sains Komunikasi. Lesti menzahirkan kesyukuran setelah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains komunikasi baru-baru ini.
Lesti berkongsi berita gembira itu menerusi akaun media sosialnya.
Dalam beberapa gambar yang dimuat naik oleh Lesti Kejora, dia dilihat memakai jubah hitam dengan selempang tertera namanya dan kelulusan (Ijazah Sarjana Muda).
Turut kelihatan bersama Lesti ialah suami serta ibu bapanya yang hadir memberi sokongan.
“Alhamdulillah MasyaAllah tabarakallah,” tulis Lesti di Instagramnya.
Lesti Kejora memulakan pengajiannya di Universiti Mercu Buana, Jakarta sekitar tahun 2018.
Disebabkan kesibukan dalam dunia hiburan, Lesti akhirnya berjaya meraih ijazah setelah enam tahun pengajian.
Sebelum ini, Lesti pernah berkongsi tajuk tesisnya iaitu ‘Implementasi Digital Public Relations Pada Label Musik Leslar Records Dalam Mempublikasikan Lagu’. Tajuk tesisnya itu telah menarik minat wargamaya.
Untuk info, Leslar Records merupakan label muzik milik Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar.
Lesti kelihatan sangat gembira bergambar bersama Rizky Billar dan anaknya.
BACA JUGA: Hamil Anak Kedua LESTI KEJORA Buat Kejutan, Kit Ujian Kehamilan ‘Hadiah’ Untuk Harijadi Suami
Manakala selebriti terkenal, Inul Daratista yang mempunyai hubungan rapat dengan Lesti turut menzahirkan rasa bangga.
“Sayang, mashaa Allah tabarakallah, ibu tak silap pilih ye… Bangga dengan ibu. Ya Allah semoga berjaya dan dimurahkan rezeki, amin Allahumma, amin, panjang umur. Cium kepada mereka yang membawa Oma Inul Kangeeen.”
Selain Inul, ramai juga rakan artis dan wargamaya yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Lesti Kejora.
Tidak ketinggalan, mereka turut menitipkan doa terbaik buat penyanyi dangdut itu.
Semoga Lesti Kejora terus sukses dan tercapai segala impian pada masa hadapan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ahli Sihir Rusia Dedah Susah Untuk Sihir Orang Islam, Ada Sesuatu Yang Melindungi
Perbuatan sihir adalah suatu benda yang sangat keji yang boleh seseorang lakukan atas dasar hasrat dengki dan berniat jahat untuk mengancam orang yang mereka benci. Perbuatan ini sangat di kutuk oleh Allah swt dan di larang sama sekali kita berkait dengan unsur yang berkaitan.
Tular di laman sosial media, perkongsian dari seorang ahli sihir yang berasal dari Rusia mendedahkan pengelamannya melakukan sihir kepada orang. Dia menjelaskan orang Muslim susah untuk di kenakan sihir oleh kerana amalan yang selalu di buat seperti solat.
Sihir bukan penghalang buat orang Islam
Melalui video temubual bersama projek Shadow Control tetapi di tafsir oleh Ayatuna Ambassador, seorang ahli sihir dari Rusia bernama Zhanna Kushnir telah mendedahkan mengenai kerja-kerja sewaktu menjadi pengamal sihir. Dia juga berkongsi beberapa matlumat yang cukup menarik ketika di temubual dan apa yang menarik adalah apabila dia menyentuh mengenai kesukarannya melakukan sihir kepada orang-orang tertentu.
Zhanna berkata dia telah melakukan sihir terhadapan orang yang berlainan agama tetapi orang yang memegang agama Islam sukar untuk di sentuh. Kaedah yang dia cuba lakukan kepada orang Muslim seolah-olah tidak ada guna dan kurang berkesan.
“Saya berhadapan dengan orang daripada pelbagai jenis agama tetapi susah bagi saya untuk pengaruhi orang Muslim. Mereka di wajibkan beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa di lindingi oleh pelindung dalam ‘kubah’,
“Sihir susah untuk di tembusi kepada mereka kerana orang Muslim sentiasa berdoa kepada pencipta mereka. Orang Muslim juga memiliki iman dan hubungan yang kuat antara pencipta mereka. Pencipta mereka juga sangat melindungi orang Muslim,
“Jadi usaha untuk menyerang orang yang memeluk agama islam ini adalah sangat sukar untuk di laksanakan,” katanya Zhana mengulaskan kesusahan untuk menyihir orang beragama Islam.
Artikel berkaitan: Jika Ada Alami Tanda-Tanda Begini, Ia Simptom Anda Telah Disihir, Segera Rawat Jangan Biarkan
Zhanna cuba menerangkan bahawa dia bukan tidak mencuba untuk menyihir orang Muslim. Malah, kaedah yang dia lakukan seperti mana yang sering dia lakukan untuk menyihir orang lain ternyata kurang berkesan terhadap orang Muslim seolah-olah ada kuasa yang misteri menghalang.
“Setiap kali saya cuba untuk mengikar seorang individu Muslim dengan sihir, kuasa sihir itu seolah-olah di halang dan di keluarkan oleh sesuatu kuasa asing,
“Biasanya ketika nak menjalankan sihir ke atas orang Muslim, saya akan menggunakan foto mangsa, saya lihat dan cuba bayangkan wajah mereka. Namun, tidak tahu mengapa, bayangan itu hilang dari minda saya,
“Ini bermakna ada sesuatu yang melindungi individu tersebut. Tapi apabila saya mahu menyihir orang bukan Islam, bayangan saya tentang mereka akan menjadi tepat dan dengan semudah itu sahaja mangsa akan di pengaruhi dengan sihir.” jelasnya lagi.
Dalam perkongsian itu, Zhanna menjelaskan cara yang dia gunakan untuk meletakkan sihir kepada mangsanya. Meski pun, masanya sama sahaja bagi orang bukan Islam dan orang Islam, kesukaran berlaku terhadap orang Islam.
Jadi sebagai umat Islam, kita perlu mengelakkan dari bersubahat atau terjerumus dengan unsur sihir yang boleh menyesatkan diri. Walaupun sifat ingin tahu itu sangat tinggi, tetapi kita harus ingat Allah swt adalah Tuhan yang mencipta segala-galanya dan tiada kuasa yang dapat tandingi.
Hadis Rasulullah SAW juga jelas menyenaraikan amalan sihir sebagai salah satu dosa besar. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ
Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”
Hadis riwayat Imam Bukhari (2766) dalam Sahih-nya
Artikel berkaitan: Doa Pelindung Dari Segala, Terhindar Daripada Sihir & Kemudaratan Makanan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Isytihar ‘Total Loss’, Lakukan 8 Tip Ini Jika Kereta Ditenggelami Banjir
Setiap kali hujan lebat muncul, hati pasti dirundung bimbang kerana memikirkan masalah banjir yang mungkin datang. Malang memang tak berbau, warga Selangor dan Kuala Lumpur tidak pernah menjangkakan banjir akan melanda. Apa paling dirisaukan bukan saja masalah kesesakan teruk, tetapi juga risiko kenderaan anda mungkin ditenggelami banjir.
Kalau kereta sudah dimasuki air sampai ke dalam ruang kabin, apa boleh buat. Terpaksalah pasrah. Namun, ada beberapa ikhtiar yang boleh dilakukan dengan harapan kereta anda masih dapat dipulihkan dan beroperasi seperti sedia kala. 9 tips ini dapat membantu anda yang dilanda banjir sebelum isytihar ‘total loss’:
1. Hubungi syarikat insurans
Penting pastikan insurans kereta sentiasa tidak tamat tempoh, perkara pertama harus dibuat, hubungi syarikat insurans. Ada insurans menawarkan perlindungan banjir dalam pakej komprehensif, tetapi ada yang mengenakan caj tambahan berasingan. Apapun, sila tanya pegawai khidmat pelanggan insurans anda. Sekiranya tiada, anda masih ada peluang meminta khidmat menunda kereta anda ke bengkel. Ini servis standard yang biasa ditawarkan semua syarikat insurans, tetapi berbeza mengikut jarak tundaan dibuat.
2. Jangan hidupkan enjin
Tangan jangan gatal nak tekan ‘start button’! Antara kesilapan besar dilakukan pemandu adalah cuba menghidupkan enjin dengan memulas kunci kereta sebaik saja selepas banjir reda. Cubaan ini sebenarnya berisiko menyebabkan kerosakan lebih teruk yang menelan kos baik pulih lebih mahal. Ikut langkah-langkah betul di bawah.
3. Kenal pasti kedalaman kereta tenggelam
Selepas banjir surut, lumpur dan selut akan meninggalkan garis air pada bahagian luaran dan dalaman kereta. Syarikat insurans akan menilai tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta anda. Kos baik pulih akan lebih tinggi jika kereta ditenggelami air hingga melepasi aras papan pemuka. Jika air cuma naik terlalu tinggi melepas pintu, kereta anda biasanya masih selamat untuk dibaik pulih. Masa ni hanya mampu berdoa!
4. Keringkan kabin kereta
Garis lumpur dan selut hanya berguna untuk menilai tahap kenderaan ditenggelami air. Namun, anda tidak tahu seberapa banyak air yang masih ada dalam kereta. Jadi, pintu dan tingkap perlu dibuka, serta letakkan tuala atas lantai untuk mengesan sebarang kehadiran air dalam kabin.
Ini juga membantu anda menggantikan barangan yang terjejas akibat banjir seperti karpet lantai, panel pintu dan pelapik kerusi. Ingat, kerosakan itu mungkin turut dilindungi polisi insurans komprehensif anda.
5. Periksa minyak dan penapis udara
Jika nampak titis air pada dipstik (atau tolok minyak) atau paras minyak enjin tinggi, atau terdapat air dalam penapis udara, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin. Terus tunda kereta ke bengkel untuk menyingkirkan air dan menukar minyak enjin, termasuk bendalir lain. Jika mahir, boleh cuba tukar minyak enjin dan penapis udara sendiri tetapi pastikan semua komponen enjin kering.
6. Periksa semua bendalir
Sistem bahan api pada model kereta baharu biasanya ditutup rapi, tetapi komponen itu pada model lama mungkin perlu dikeringkan. Brek, klac, stereng kuasa dan tangki pendingin (coolant) perlu diperiksa supaya tiada pencemaran. Sekali lagi, tugas memeriksa ini sepatutnya dilakukan mekanik bertauliah. Lebih baik jika kereta ditunda ke pusat servis rasmi untuk dilakukan diagnosis menyeluruh.
7. Periksa semua sistem elektrik
Periksa semua sistem elektrikal, dengan pulas kunci pencucuh atau cara lain untuk menghidupkan kereta. Periksa setiap komponen elektrik satu persatu daripada lampu depan, signal belok, penyaman udara, stereo, kunci kuasa, tingkap dan kerusi juga lampu kabin. Jika anda perasan sebarang kekurangan seperti kelancaran enjin dan anjakan gear, itu mungkin menandakan berlaku masalah elektrikal. Segera hantar ke mekanik!
8. Periksa roda dan tayar
Sebelum memandu, cari kesan lumpur dan selut yang mungkin terkumpul sekitar roda, brek dan bawah kereta. Malah, kesan lumpur yang sudah mengeras, atau ranting kecil boleh menyebabkan kereta bergegar ketika memecut. Jika perlu, ambil penyembur bertekanan tinggi dan cucilah sekitar rim dengan berhati-hati.
9. Isytihar ‘total loss’ kalau tidak yakin mampu baik pulih kereta
Kereta ditenggelami banjir boleh mengalami masalah berbulan atau bertahun lama selepas kejadian. Jika yakin bengkel tidak dapat membaik pulih sebaiknya, mungkin boleh meminta syarikat insurans menimbang untuk mengisytiharkan kereta anda sebagai rugi penuh (total loss). Selain memerlukan kos baik pulih tersembunyi yang tinggi, pengisytiharan total loss mungkin dapat menyelamatkan anda daripada sakit kepala.
SUMBER: Pandulaju.com
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Pelbagai Cucur, Sedap Dan Mudah Tak Boleh Bawa Bincang
Himpunan resepi cucur yang paling mudah disediakan dan sering menjadi pilihan ramai terutama ketika minum petang dan sesuai untuk menarik perhatian anak-anak untuk makan semeja.
Cucur adalah sejenis hidangan yang diperbuat daripada tepung gandum dan air bersama beberapa bahan tambahan lain yang memberi rasa yang berbeza setiap satunya.
Menjadi pilihan ramai kerana bukan sahaja kerana ianya mudah dan cepat untuk disediakan malah juga mengenyangkan. Jom lihat idea resepi cucur yang telah HIJABISTA himpunkan untuk santapan petang. Paling mudah dan cepat dihidangkan!
ARTIKEL BERKAITAN: 20 Koleksi Resepi Telur Mudah Dan Sedap Digemari Ramai. Comfirm bertambah!
Cucur kentang
Bahan-bahan:
- 4 biji kentang
- Sosej Ayam (BELI DI SINI) (pilihan isi ayam, udang ketam)
- 1 batangg lobak merah
- 1 tangkai daun bawang
- 2 sudu tepung jagung ( BELI DI SINI)
- 2 sudu tepung gandum ( BELI DI SINI )
- Serbuk cili @ cili flakes (pilihan)
- Penambah rasa ( BELI DI SINI )
- Garam
Cara-cara:
- Lenyek kentang yang telah rebus.
- Masukkan sosej, lobak merah dan daun bawang.
- Masukkan garam, penambah rasa dan serbuk cili jika suka. Gaul sebati.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil gaul.
- Bentuk cucur bulat-bulat satu persatu.
- Sedia untuk digoreng. Goreng sehingga warna kekuningan.
KREDIT: LINDA SAFAR
Cucur Manis
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air mendidih
- 3 sudu besar gula
- Secubit garam
Cara-cara:
- Gaul tepung gandum bersama gula dan garam.
- Masukkan air panas dan gaul sebati.
- Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
- Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Balik-balikkan semasa menggoreng.
- Siap untuk dihidang!
Cucur ketam bercili
Bahan-bahan:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
- 3 tangkai kucai dipotong kecil
- 1 biji cili merah dicincang halus
- 1 biji bawang besar dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
KREDIT: MAMIMIKAEL
ARTIKEL BERKAITAN: Resepi Tauhu Berlauk Sedap Cicah Sambal Kicap Padu. Boleh Di Bekukan!
Cucur telur sedap
Bahan-bahan:
- 200gm tepung gandum
- 25gm mntega
- 1biji telur
- Secubit garam
- ¼ cawan air
Gaul tepung, mentega, telur, garam sebati. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat di tangan. Bahagikan doh kepada 8 biji dan bulat-bulatkan doh. Sapukan mntega dan rehatkan doh.
Inti:
- 2 biji telur
- 2 biji bawang besar dhiris*
- 2 biji cili merah dihiris*
- Secukup daun kucai/daun bwg.dpotong*
- Sedikit garam
Cara Memasak:
- Panaskan kuali goreng bahan-bahan bertanda* tanpa minyak hingga layu masukkan garam dan telur kacau hingga masak biar sejuk.
- Leperkn doh letak inti dan lipat sapu skali lagi mentega. Masa mengoreng tarik dan leperkan sedikit doh. Sedia di goreng.
Cucur megi
Bahan-bahan:
- 2 bungkus mee segera – masak macam biasa, bagi lembut dan toskan (tanpa perencah)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- Bawang besar potong dadu
- Cili merah hiris nipis
- Secubit garam
- Daun sup + daun bawang (potong halus)
- Sedikit air
- Minyak untuk menggoreng
Gaulkan semua bahan sebati. Goreng hingga garing. Siap! Selamat mencuba!
Resepi cucur sayur
Resepi ni dapat dari nenek. Sangat MUDAH tapi SEDAP ! sesuai untuk buat sarapan atau minum petang. Makan panas-panas lagi sedap. RANGUP!
Bahan-bahan:
- Kubis
- Carrot
- Bawang putih
- Bawang merah
- Daun sup
- Daun bawang
Bahan-bahan lain:
- Air
- Garam
- Kunyit
- Tepung gandum
- Serbuk lada sulah/lada putih
- Serbuk Pasti Sedap Knorr (pilihan)
Cara Memasak:
- Potong bahan-bahan sayur dan udang.
- Masukkan tepung dan air. Tepung tak perlu banyak sangat. Asal bahan melekat dah okay.
- Letak kunyit sikit sebagai pewarna.
- Perasakan dengan garam, lada sulah dan serbuk Pasti Sedap Knorr ikut kesesuaian masing-masing.
Resepi Cucur Oat
Resepi ini merupakan salah satu resepi cucur yang jarang dibuat, ini kerana ia menggunakan oat sebagai bahan utamanya. Namun begitu tahukah anda oat yang dibuat cucur amat sedap dan rangup. Tambahan pula bila ditambah dengan beberapa bahan yang menaikkan selera.
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil soda bika
- ½ sudu teh garam
- ½ cawan rolled oat
- Daun bawang
- Cili api merah
- Air suam secukup
Cara Memasak:
- Campurkan semua bahan kering.
- Masukkan air suam dan kacau.
- Biarkan seketika agar oat lembut.
- Masukkan daun bawang dan cili api yang telah dihiris.
- Goreng dengan minyak yang banyak dan panas
- Ulang sehingga habis
- Siap!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI