Selebriti instagram yang juga bekas model Indonesia, Clara Shinta baru-baru ini meraih tumpuan ramai setelah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.
Bukan itu sahaja, kisah wanita berusia 27 tahun ini turut menarik perhatian kerana dia merahsiakan statusnya sebagai mualaf selama enam tahun daripada pengetahuan ibu bapanya.
“Sebenarnya, saya sudah mualaf sejak 2017. Ibu bapa dan keluarga saya tidak tahu,” kata Clara ketika berbual dengan Aurel Hermansyah dalam siaran YouTube pada Ogos lalu.
View this post on Instagram
Menurut pemilik nama Islam, Amira Nurul Aulia ini dia terpaksa menyembunyikan statusnya sebagai mualaf setiap kali pulang ke kampung di Medan, Jakarta.
Malah, Clara juga turut sama-sama ikut ‘beribadat’ di gereja bersama ibu bapanya walaupun ketika itu dia telah pun memeluk Islam.
“Ibu saya bukan Islam. Kalau balik ke Medan, saya berpura-pura ‘beribadat’ di gereja,” kongsi Clara yang sangat menyayangi kedua ibu bapanya. Dia tidak mahu keputusan memeluk Islam itu menjejaskan hubungan mereka.
“Saya sangat sayangkan agama (Islam), namun saya juga sangat sayangkan ibu bapa saya. Itulah alasan mengapa saya terpaksa menyembunyikan hal sebenar,” luah Clara.
RAHSIA TERBONGKAR
Segalanya terbongkar apabila Clara mendapat panggilan untuk menunaikan umrah. Ibunya mendapat tahu hal sebenar kira-kira seminit sebelum Clara berlepas ke tanah suci Mekah. Segalanya berpunca apabila Clara memuat naik statusnya di Instagram.
View this post on Instagram
“Mereka tahu sebelum satu minit saya nak berlepas ke Jeddah untuk umrah,” kata Clara yang dipetik daripada saluran YouTube.
Kisah ‘hijrahnya’ dapat dilihat menerusi hantaran video-video di Instagram Clara. Jelas terpancar kebahagiaannya sebagai seorang Muslimah yang dikelilingi circle yang baik-baik.
View this post on Instagram
Imejnya turut berubah secara total. Pun begitu, imejnya itu tetap nampak fashionable seiring usianya yang masih muda.
Hijabista mendoakan semoga Clara Shinta terus istiqamah sebagai seorang Muslimah sejati.
Kredit Foto: Instagram Clara Shinta
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI