Melihat lakonan hebat beberapa aktor yang menampilkan pelakon lelaki tampan dan gagah pasti membuatkan hati kita berdegup kencang. Walaupun bukan kita yang berlaki tetapi seperti dapat membayangkan alangkah bagusnya jika berada di sisi lelaki berwajah kacak begini untuk dijadikan calon suami.
Namun itu adalah tanggapan sesetengah wanita yang terpengaruh dengan drama yang dilakonkan mereka mempamer sifat romantik. Hakikatnya hati wanita ini sukar untuk kita terjemah. Ada yang cukuplah sekadar mendapat pasangan yang rupanya ‘biasa-biasa sahaja’ asalkan sedap mata memandang dan tidaklah kita dihantui rasa cemburu 24 jam.
Agak-agak kenapa agaknya lelaki kacak, tampan dan sado ini sering kena tolak dengan wanita. Tidak ada penyesalan menolak lelaki yang pastinya menjadi pujaan setiap wanita. Cuma ada kalanya lelaki yang terlalu ‘handsome’ ini sebenarnya juga menakutkan wanita. Jom kita lihat di bawah ini kenapa mereka sering di reject dengan wanita.
1. Lelaki Kacak Kuat Perasan
Mereka sering anggap diri mereka cukup sempurna dan merasakan sering jadi perhatian setiap wanita. Ada juga yang bersikap sombong kerana bagi mereka tidak susah untuk mencari pengganti jika sudah putus hubungan dengan si dia. Dan ada juga sesetengah daripada mereka ini memang jenis tidak serius dalam setiap perhubungan. Mungkin belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.
2. Terlalu Memilih
Oleh kerana mereka perasan diri mereka kacak, pastinyalah juga mahukan pasangan yang sama sepadan. Biar nampak cantik bila bergandingan berdua nanti. Tetapi mereka perlu sedar kadang kala wanita juga pandai memilih, mereka tidak akan mencari yang bersandar kepada wajah kacak semata-mata, tetapi lebih memilih yang beriman dan memiliki ilmu di dada untuk dijadikan imam.
3. Dilabel Mata Keranjang
Siapa sahaja lelaki yang kacak pastinya akan dilabel kasanova. Biarpun mungkin ada sesetengah lelaki kacak tidak begitu, tetapi wanita mempunyai pandangan yang skeptikal mereka bimbang diri dikecewakan kelak dan daripada terus bermain api, baiklah berundur diri. Hati lebih senang memilih mereka yang biasa-biasa sahaja asalkan mencintai diri anda sepenuh hati.
4. Suka Cipta Alasan
Kalau perempuan memang asyik dengan perangai suka membebel, lelaki kacak juga tidak kurang hebatnya gemar memberi 1001 alasan. Maklumlah mereka tidak suka dikongkong dan jika si dia bertanya pasti akan mencipta pelbagai alasan untuk lari daripada situasi begini. Mereka ini suka bebas sebenarnya tanpa ada ikatan.
5. Mahu Yang Setaraf
Kebiasaannya lelaki kacak ini lahir dari keluarga mewah yang akan dapat apa sahaja yang dihajati. Jadi pastilah mereka juga menginginkan wanita yang juga sama setaraf dengan diri mereka. Malu pula nanti dilabel tidak setaraf atau jauh panggang dari api jika digandingkan bersama kelak.
6. Bersifat Pemalas
Tidak dinafikan, lelaki berwajah kacak ini juga ada antaranya yang bersikap malas. Mahu menjaga penampilan semata-mata dan tidak mahu melakukan kerja-kerja yang menjadi tugasan seorang wanita. Lebih parah lagi jika bertemu pula dengan lelaki yang malas bekerja. Silap hari bulan andalah yang menjadi tempatnya untuk menyara keperluan diri. Jadi agaknya lelaki beginikah yang mahu dijadikan calon suami. Sanggup ke begitu?
Artikel Lain: 5 Tahun Tak Kerja Tapi Hati Senang, Kongsi Amalannya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI