6 Rekomendasi Outfit ‘Stylish’ Dan Sopan Untuk Pergi Temuduga Kerja. Pasti Anda Akan Terus Diterima!

Share

Pakaian boleh mencerminkan keperibadian seseorang. Sekiranya anda bakal menjalani sesi temuduga kerja, anda bukan sahaja perlu melakukan persediaan mental, malahan juga fizikal dan penampilan. Para hijabi mestilah memilih outfit yang bersesuaian ketika menghadiri temuduga kerja agar dapat memberikan tanggapan pertama yangwow’

Temuduga kerja ataupun interview adalah sebahagian daripada proses pengambilan pekerja yang dilalui oleh setiap pemohon kerja. Tidak kiralah di syarikat apa pun anda memohon kerja, anda harus terlihat bersedia dan kemas. Jangan pula datang ke temuduga dengan berpakaian kurang sopan seperti memakai seluar pendek, t-shirt dan berseluar jeans ketat. Berkemungkinan permohonan anda akan ditolak sangatlah tinggi! 

Gambar sekadar hiasan

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Banyak Gaya Fesyen Boleh Dilakukan Dengan Sehelai ‘Blazer’! Ini 5 Gaya Yang Boleh Anda Ikuti!

Inspirasi Outfit Temuduga Kerja Yang Sopan Untuk Hijabi

Di samping menarik perhatian penemuduga dengan kelayakan, penampilan adalah sama penting dalam temuduga kerja. Apabila anda masuk ke bilik temu duga, perkara pertama penemuduga akan pandang adalah cara anda berpakaian. Ini membantu anda membuat kesan pertama yang baik. Bak kata pepatah ‘dari mata turun ke hati’.

Memakai pakaian yang sesuai juga membantu meningkatkan keyakinan anda. Tapi ingat para hijabi, pastikan pakaian anda masih mematuhi Syariah dan sopan ya. Oleh itu, anda harus berhati-hati dalam memilih pakaian yang sesuai agar terlihat kemas tapi masih lagi sopan. Berikut adalah inspirasi pakaian untuk ke temu duga kerja yang sesuai, Selamat Mencuba!

1. Kameja plain dan seluar hitam

Sumber gambar dari pinterest

Umum mengetahui bahawa hitam adalah warna yang sesuai dipadankan dengan warna apa sekali. Sebagai seorang wanita, warna hitam merupakan warna ‘penyelamat’ untuk dipakai seharian. Oleh itu, gabungan seluar hitam dan baju plain boleh menjadi pakaian temuduga kerja yang bagus. Para hijabi boleh memadankan seluar hitam dengan

kameja berwarna plain yang tenang dan yakin, seperti warna putih atau gelap. Elak menggunakan seluar denim atau jeans kerana ianya terlalu kasual. Takut nanti majikan berikan tanggapan buruk terhadap anda.

2. Tambahan Outer Blazer

Sumber gambar dari pinterest

Blazer luar ataupun outer blazer sentiasa menjadi pilihan popular untuk gaya pakaian profesional. Oleh itu, ianya sangat bersesuian untuk temu duga kerja. Anda boleh memadankan blazer dengan baju, blaus dan turtleneck di dalam. Padankan blazer anda dengan seluar yang sepadan untuk mengelakkan konflik warna. 

3.Blouse yang Elegan

Sumber gambar dari pinterest

Selain daripada kameja, hijabi sekalian boleh memakai blouse agar terlihat elegan. Berbanding kameja, blouse biasanya mempunyai reka bentuk yang lebih formal dan fleksibel. Kebanyakkan blaus wanita juga tidak mempunyai butang menegak seperti baju. Secara keseluruhan, blouse kelihatan lebih feminin daripada kameja. Oleh itu, blouse boleh menjadi inspirasi pakaian yang hebat untuk temu duga kerja buat wanita yang berhijab mahupun tidak hijab.

4. Memakai Vest

Sumber gambar dari pinterest

Satu lagi outer yang boleh dipakai ke temuduga adalah vest. Pakaian ini sesuai buat anda yang bakal menghadiri temu duga ke syarikat yang kasual dan tidak formal. Pakaian ini selalunya tanpa lengan dan berfungsi sebagai bahagian luar. Oleh kerana vest adalah lapisan luar, para hijabi boleh memakai baju lengan panjang sebagai lapisan dalam. Untuk memadankan warna vest dengan baju, anda boleh menggunakan salah satu pakaian bermotif monokromatik, ataupun kedua-duanya jenis kosong. Yang paling penting, gunakan warna yang neutral agar tidak terlalu menonjol atau menyakitkan mata dari mata penemu duga anda.

5. Skirt Panjang Agar Terlihat Feminin

Sumber gambar dari pinterest

Selain seluar, anda boleh juga memakai skirt panjang agar terlihat feminin. Untuk wanita yang tidak bertudung, anda boleh mencuba skirt bawah lutut. Untuk para hijabi, pakai yang panjang ya. Anda boleh memakai skirt A yang mengembang ke bawah atau model span. Lebih selamat memakai skirt berwarna neutral semasa temuduga. Anda juga disarankan untuk memakai skirt dengan material kain agar tampak lebih profesional. Selepas itu, anda boleh menyesuaikan warna skirt dengan warna baju untuk dipadankan, supaya ia kelihatan menyenangkan mata.

6. Padankan Dengan Seluar Yang Bersesuaian

Sumber gambar dari pinterest

Seperti yang dinyatakan di atas, material seperti jeans tidak digalakkan kerana ia dianggap terlalu kasual. Untuk seluar, para hijabi perlu menggunakan seluar yang tidak terlalu ketat dan labuh hingga ke buku lali. Terlalu ketat nanti menjolok mata pula, terlalu labuh pula nanti dilabel sebagai ‘mop lantai’. Seluar Culottes juga menjadi pilihan terbaik untuk temu duga kerja, kerana ianya tidak ketat malahakan potongannya yang luas mampu menyerlahkan susuk badan yang tinggi serta kekal kemas dan sopan.

Sumber: TokoPedia

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau Jenis Hijabi Kuat Berpeluh, Ini 10 Tip Pilih Outfit Patut Tahu. No 3 Sangat Digalakkan!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira